Rumput Azola

Azolla adalah sejenis tumbuhan air terapung dan tergolong dalam keluarga Azollaceae. Azolla menjadi hos pada alga simbiotik biru hijau, Anabaena azollae, yang bertanggungjawab untuk penetapan dan asimilasi nitrogen (nitrogen fixing) dari udara. Azolla, seterusnya, menyediakan sumber karbon dan persekitaran yang baik untuk pertumbuhan dan perkembangan alga. Ia adalah hubungan simbiotik unik yang membuatkan Azolla sebagai tumbuhan yang berguna dengan kandungan protein yang tinggi.

Azolla sangat mudah untuk membiak dan sesuai digunakan sebagai makanan ternakan seperti ikan, ayam, itik, kambing, lembu dan sebagainya.  Ia juga boleh digunakan sebagai baja organik untuk pertanian.  Ia popular dan ditanam secara meluas di negara-negara lain seperti India, China, Indonesia, Vietnam, dan Filipina, tetapi masih belum digunakan secara meluas ni Malaysia.

Kandungan nutrien dan kesannya ke atas pertumbuhan

Azolla adalah sangat kaya dengan protein, asid amino, vitamin (vitamin A, vitamin B12 dan Beta Carotene) dan mineral seperti kalsium, fosforus, kalium, besi, copper, magnesium dan lain-lain
Pada berat kering, ia mengandungi 25 – 35 peratus protein, 10 – 15 peratus mineral dan 7 – 10 peratus asid amino, bahan-bahan bio-aktif dan bio-polimer. Kandungan Karbohidrat dan lemak Azolla adalah sangat rendah. Komposisi nutrien menjadikannya makanan yang sangat sesuai untuk ternakan (lihat Jadual 1). Ternakan mudah mencerna Azolla kerana protein yang tinggi dan kandungan lignin rendah.

 

http://azollamalaysia.blogspot.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *