rumput napier

 

RUMPUT NAPIER (Pennisctum purpureum) atau juga dalam bahasa lain dipanggil ‘Napier Grass’ atau ada yang panggil sebagai Rumput Gajah merupakan sejenis rumput yang mudah untuk ditanam untuk makanan ternakan. Kini tanaman rumput napier yang juga merupakan tumbuhan yang berperanan mempastikan bahawa sumber tanah dan air dikawasan tanaman mendapat tumbuhan dioptimakan penggunaanya disamping membantu mencegah hakisan tanah. Rumput Napier dari jenis tertentu yang dijaga baik mampu hidup subur menjadi bahan hijauan untuk diberikan kepada ternakan ruminan seperti lembu, kambing, kerbau dan sebagainnya. Rumput Napier jenis Pak Chong 2 dari Thailand kini juga ada yang panggil rumput gajah adalah merupakan alternatif yang sesuai untuk ditanam.

Terdapat beberapa jenis rumput napier yang sesuai ditanam dinegara kita untuk dijadikan sumber makanan ternakan. Walau pun sebelum ini usaha penanaman rumput napier komersil hanya diusahakan oleh penternak ruminan untuk memberikan bahan makanan ternakan mereka tetapi kini ada usaha oleh petani lain yang menanam rumput napier secara komersil untuk dijual kepada lebih ramai penternak. Rumput Napier menarik minat pekebun kecil kerana ada beberapa varieti rumput napier yang sesuai dikomersilkan berhasil tinggi dan diproses menjadi produk lain seperti silaj dan hay.

Tanaman rumput napier juga sesuai digunakan dalam usaha untuk memelihara kestabilan tanah dengan cara mencegah daripada hakisan tanah yang teruk. Ini disebabkan rumput jenis ini merupakan tumbuhan yang mampu tumbuh dengan cepat sehingga dalam waktu singkat ia mampu meliputi tanah dengan kadar rapat dan tebal (Sila lihat foto diatas). Selain itu tumbuhan rumput napier yang ditanam menjadikan bahagian atas daunnya mampu melindungi permukaan tanah dari percikan air hujan dan melambatkan pengaliran air di permukaan. Lazimnya pada bahagian bawah tumbuhan atau akarnya boleh menguatkan struktur tanah dan membantu melancarkan resapan air kedalam tanah. Secara umumnya penanaman rumput napier ini boleh dilakukan secara ‘monoculture’ataupun ‘interculture’ dengan tanaman lain untuk mendapatkan manfaat tanaman napier iaitu secara maksima. Pertumbuhannya yang relatif cepat dalam waktu yang pendek serta peranan daun-daun dan perakarannya terhadap hakisan (erosion) maka penanaman rumput napier dapat menjadi pilihan yang bijaksana dan menguntungkan.

Artikel kali ini dalam “Anim Agro Technology” saya menulis lagi mengenai penanaman rumput napier untuk tujuan bagi makanan ternakan khususnya ruminan seperti testimoni dlaporkan oleh beberapa akhbar tempatan.

http://animhosnan.blogspot.my/2017/08/rumput-napier-mudah-tanamnya.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *