Resepi  Daging Ayam

|
Ayam | Lembu | Kambing | Lain-Lain |
Nota:Resepi-resepi yang dikumpul adalah dari sumber  pelbagai laman web . Terima kasih diucapkan kepada setiap pihak yang berkaitan


RINNCHAN'S STYLE WOK NOODLES


Bahan-bahan:
200gm Mee Teow (Boleh guna mee sanggul juga), direndam dgn air panas
12pcs cendawan kering, dibersihkan dan direndam dlm semangkuk air
300gm ayam, dipotong kecil
4 ulas bawang putih, diketuk
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tiram
1/2 camca teh lada putih
1/2 camca teh lada hitam
2 camca teh garam
1 sudu besar gula
3 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn
1  mangkuk air
Air secukupnya
2 biji telur

Cara-cara:
Panaskan kuali dan tumis bwg putih dgn sedikit minyak.
Masukkan lada putih dan lada hitam.
Masukkan ayam. Kacau sehingga ayam agak masak.
Masukkan kicap dan sos tiram. Masukkan cendawan bersama-sama air
rendamannya sekali. Kuatkan api dan biarkan kuah menggelegak. Tambahkan air
dan biar sehingga ayam dan cendawan lembut.
 Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau hingga agak likat.
Masukkan
garam dan gula.
Masukkan mee teow dan kacau rata. Boleh tambah air jika perlu.
Akhir sekali, pecahkan telur tetapi jangan terlalu di kacau. Hidangan siap bila telur sudah mula mengeras sedikit. Hidangkan.


AYAM BAKAR MADU

Bahan-bahannya
  4 ekor ayam spring chicken

Bahan untuk dikisar
  2 sudu besar serbuk cili
  2 sudu besar serbuk ketumbar
  1 sudu teh serbuk jintan halus
  2 batang serai
  1 inci halia
  1 inci kunyit hidup
  inci lengkuas
  2 ulas bawang putih (besar, jika kecil guna 3 ulas)
  1 biji bawang besar
  2 sudu besar air limau kasturi
3 sudu besar gula pasir
  3 sudu besar gula timbang
  3 sudu besar madu
  garam secukup rasa
  serbuk perasa jika suka
Cara-caranya

 Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar. Kemudian ayam diperap selama 30 minit, sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasanya rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.
 Panaskan ketuhar pada suhu 170 180C. Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap. Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak. Sedia untuk dihidang.
 

GULAI AYAM NASI DAGANG
Sumber: Babybatriesyia

1 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Sedikit Lengkuas
1 inci kunyit hidup
3 batang lada kering (semua bahan ini ditumbuk halus)

Ayam dipotong kecil2
Santan pekat
Santan cair
1 sudu besar rempah kerutub
3 sudu besar rempah kari
Sedikit air asam jawa
Sedikit Lada Hijau
Sedikit Gula
Sedikit Garam

Tumiskan bahan-bahan tumbuk tadi hingga wangi. Masukkan rempah kari dan rempah kerutub. Tumiskan hingga pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan hingga ia bergaul sebati. Masukkan santan pekat dan gaul lagi hingga sebati. Kemudian masukkan air asam jawa dan santan cair, garam dan gula utk perasa. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi pekat. Angkat.


NASI AYAM GORENG

Bahan-bahannya
 2 mangkuk nasi ayam
  cawan sayur campur
  2 biji telur
 sedikit serbuk lada sulah
  sedikit kicap cair
  secukup minyak untuk menumis

Cara-caranya
  Panaskan sedikit minyak, pecahkan telur dalam kuali dan goreng untuk pecah-pecahkan telur tersebut. Angkat dan ketepikan.
  Masukkan sayur campur, kicap cair dan serbuk lada sulah dan gaul rata. Masukkan telur yang telah diketepikan tadi dan nasi ayam. Gaul rata.
  Angkat dan letakkan diatas pinggan dan hidangkan bersama Ayam Goreng Madu/ Ayam Goreng Ketumbar dan Sambal Nasi Ayam.

Nota: Warna Nasi Ayam Goreng haruslah coklat cair sikit. Resipi ini tidak perlu menggunakan bawang putih sebagainya kerana rempah tersebut telah pun ada sewaktu kita menyediakan Nasi Ayam.


NASI ARAB
Sumber: Hanieliza

Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih
 
Cara
 Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
 Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
 Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
 Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.

Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori

AYAM TANDOORI
Sumber: Hanieliza

Bahan
1 ekor ayam [potong 4 dan bersihkan]
1 paket rempah tandoori MAGGI
3 s/b cili mesin
1 s/b serbuk kunyit



5 s/b tepung goreng ayam
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] mesin halus
2 inci halia ]
garam

Cara
  Gaulkan semua bahan dan perapkan selama 1 atau 2 jam.
  Bakar dalam oven yg dah dipanaskan suhu 220'C selama 1 jam.
  Bila dan masak lumurkan butter supaya nampak berkilat.
   

SUP AYAM PASTA PENNE

Bahan-bahannya
1 paket (250 gram) pasta penne
4 keping isi dada ayam
1 batang karot, dibersihkan dan dipotong ikut suka
3 biji kentang, dikupas kulitnya dan dipotong ikut suka
2 liter air
1 batang kayu manis
3 kelopak bunga lawang
3 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 tangkai daun sup, dibersihkan dan dipotong sepanjang 2 inci
Sedikit bawang goreng
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus

Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
10 tangkai cili padi thailand
1 ulas bawang putih
5 sudu makan kicap
Cara-caranya
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan juga bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan rempahnya masak.
Masukkan air, isi dada ayam, lobak dan kentang. Biarkan kuahnya mendidih dan pastikan kentang dan lobak empuk.
Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan daun sup dan sedikit bawang goreng. Padamkan api. Kuah telah pun siap dimasak.
Cara untuk menghidang
Rebus pasta penne mengikut peraturan di paketnya. Angkat dan toskan. Sewaktu merebus pasta boleh letak 2 sudu makan minyak, ini supaya pasta tidak melekat bila ia ditoskan.
 Isi dada ayam yang didalam kuah dikeluarkan dan disiat-siat. Ketepikan.
Letakkan pasta penne kedalam mangkuk, tuangkan kuah dan letak juga karot dan kentang.

Kemudian letakkan isi dada ayam yang telah disiat-siat. Taburkan dengan bawang goreng dan hidangkan dengan Sambal Kicap.

Nota: Enak dihidangkan panas dan jangan lupa Sambal Kicapnya.

MAKARONI GORENG BEREMPAH
Sumber: Famili Azam

Bahan-bahannya
200gm makaroni maggi
3 camca besar minyak masak

Bahan A
1 labu bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 tangkai daun kari
1 camca teh biji sawi

Bahan B
2 pek perencah bihun goreng maggi
1 camca besar serbuk kari
100 gm daging ayam dipotong dadu
11/2 camca teh kicap pekat maggi
1 camca teh serbuk pati ayam maggi
3 pokok daun sawi, dipotong 3 cm panjang
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng, hirisan cili merah dan hirisan daun bawang
Cara-caranya
Masak makaroni mengikut arahan pada pek
Panaskan minyak, goreng ramuan A sehingga kekuningan.
Masukkan pes maggi dan serbuk kari, tumis hingga terbit bau.
Tambahkan daging ayam dan goreng selama 2 minit.
Masukkan kicap maggi, serbuk pati maggi, makaroni dan daun sawi.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Hiaskan dengan bawang goreng, hirisan cili merah dan daun bawang.

CHICKEN NOODLES

Bahan-bahannya
1 ekor ayam
  2 sudu teh minyak bijan
  1 sudu teh kicap cair
  1 gumpal mee wantan
  1 sudu besar sos abalone
  1 sudu teh kicap cair
  1/4 cawan air rebusan ayam
  secubit serbuk lada putih
  secubit garam secukup rasa
  gula secukup rasa
  sayur pak choy secukupnya, yang telah dicelur

Cara untuk Ayam
Ayam dibersihkan. Panaskan air secukupnya untuk tenggelamkan ayam tersebut didalam periuk. Rebus ayam tersebut sehingga masak. Angkat ayam dan celup dalam besen berisi air sejuk. Cara ini supaya kulit ayam cantik. Angkat ayam dan gantung toskan dan sehingga betul2 kering.
Campurkan minyak bijan dan kicap cair dan sapu diseluruh kulit ayam tersebut, perap selama 10 minit. Kemudian boleh goreng dimana minyak panas dituang diatas keseluruh badan ayam selama 10 minit, sehingga kulit ayam nampak garing dan isinya lembut dibahagian dalam.

 

Cara untuk Mee
Dalam periuk didihkan air, celur mee wantan. Kemudian angkat dan toskan. Celur pula dalam air sejuk. Angkat dan toskan. Campurkan sos abalone, kicapcair, air rebusan ayam, serbuk lada putih, garam dan gula. Masukkan mee wantan dan gaul rata. Angkat dan hidangkan didalam pinggan bersama daging ayam yang telah dipotong dan sayur pak choy.


TOM KHA KAI (TOMYAM AYAM BERSANTAN)



Bahan-bahannya

400 gram isi ayam, dipotong kecil
3 cawan stok ayam
320 ml santan
2 inci halia, dihiris lebar
1 batang serai, dititik
6 keping daun limau purut, disiat dua
1 sudu besar pes cili Thai
1/3 cawan jus lemon
2 sudu gula melaka/ gula perang
2 sudu sos ikan (Nampla)
secukupnya cendawan butang, dihiris
5 tangkai cili padi Thailand, diketuk


Cara-caranya

Masukkan stok ayam, halia, daun limau purut dan serai didalam periuk.
Gunakan api yang sederhana dan biarkan ia mendidih selama 1 minit.
 Masukkan santan dan biarkan ia mendidih semula.
Masukkan isi ayam, pes cili Thai, jus lemon, gula dan sos ikan. Kacau sehingga kuahnya sebati.
 Masukkan cendawan dan biarkan ia mereneh selama 1 minit.
 Masukkan cili padi Thai dan padamkan api. Angkat dan hidangkan. Enak dimakan sewaktu ia panas.
 

NUGGET AYAM NOORMASRI
Bahan-bahannya
  500 g isi ayam, dikisar/cincang
  1/4 cawan fresh breadcrumbs
  1-2 biji telur, dipukul sedikit
  sedikit serbuk lada sulah
  garam secukup rasa
  serbuk cornflake secukupnya atau serbuk roti utk 'coating'

Cara-caranya
  Campurkan ayam bersama fresh breadcrumbs, serbuk lada sulah dan garam.
  Gaul sebati.
  Ambil sedikit adunan bentukkan menjadi leper, ulang sehingga habis.
  Kemudian celup ke dalam telur dan lepas itu digolek kedalam serbuk cornflake/roti.
  Ulang semula dgn mencelup ke dlm telur dan diakhiri dgn serbuk cornflake/roti supaya mendpt lapisan luar yg agak tebal.
  Goreng dengan api perlahan sehingga kekuningan.
  Sedia dimakan bersama sos.

LEMON ROSEMARY GRILLED CHICKEN
Bahan-bahannya
  1 ekor ayam sederhana
  2 biji lemon
  3 sudu makan rosemarry (kering,blh dibeli dikedai)
  3 ulas bawang putih
  3 sudu makan minyak zaitun (olive oil)
  sedikit garam
  sedikit serbuk lada hitam
  kentang, dipotong dadu
karot, dipotong ikut suka
bawang, dipotong baji

Cara-caranya
Lemon direbus sehingga lembut kulitnya.
Selepas itu ambil lemon yang telah direbus tadi dan cucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya dapat keluar bila ayam dibakar dan sumbatkan lemon tersebut didalam ayam tadi.
Bawang putih ditumbuk sehingga lumat. Kemudian D masukkan rosemary bersama minyak zaitun, garam dan serbuk lada hitam dan tumbuk-tumbuk sikit kasi sebati.
Lumurkan bahan-bahan yang telah ditumbuk pada ayam dan biarkan selama 15 minit atau perap lebih lama pun bagus sebelum dibakar.
Bakar ayam dalam oven selama 1 jam atau sehingga ayam masak.
Kentang dan karot D rebus sehingga ia empuk. Pada 10 minit waktu akhir membakar ayam, D masukkan kentang, karot dan bawang dan susun dalam loyang ayam dan sambung bakar selama 10 minit terakhir sehingga ayam pun menguning.
Nota: D masukkan kentang, karot dan bawang pada waktu akhir masa membakar ayam supaya ia tidak terlalu kering dan kentang pun berwarna kekuningan lawa gitu jika nak dihidangkan. Pada D 1 biji lemon telah mencukupi untuk disumbat kedalam ayam. Lemon yang direbus terlebih dahulu, dapat mengeluarkan jus yang lebih banyak kalau kita cucuk dengan garfu jusnya semua terkeluar, jangan dibuang boleh siramkan kedalam perut ayam.

LEMON CHICKEN
ISI AYAM GORENG Bahan-bahannya
400gm isi ayam
1 s/mkn halia kisar
* Lumurkan halia kisar dengan ayam. Perapkan sebentar.

2 s/mkn besar tepung beras
1 s/mkn besar tepung jagung
1 s/mkn lada sulah
1 s/teh garam
1 s/mkn gula
2 butir telur
2 s/mkn susu sejat

Cara penyediaan
Dalam satu mangkuk satukan kesemuanya .
Gaul hingga adunan menjadi sebati.
Masukkan isi ayam yg telah di perap dengan halia.
Goreng ayam dalam minyak yang agak panas dengan api yg sederhana.
Bila ayam sudah di goreng, toskan minyaknya.
Lalu potong ayam dengan menggunakan pisau yg tajam.
Letakkan di atas piring lalu siramkan dengan sos lemon.
Sedap dihidangkan semasa panas.
SOS LEMON Bahan-Bahan
4 s/mkn jus lemon
5 s/mkn gula
3 s/mkn tepung jagung
300 ml air atau secukup kepekatan yang anda inginkan.
1 s/mkn cuka
Setitik dua lemon paste

 
Cara penyediaan
Satukan kesemuanya dalam periuk kecil.
Lalu didihkan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
Rasa apa yang kurang, bolehlah ditambah.
Padamkan api lalu sejukkan. Sedia untuk di gunakan.

Note:
Rasa sos haruslah masam manis.

KUNG PAO CHICKEN
Sumber: Cranko21

Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam

Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 inci halia - ditumbuk halus
1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak untuk menumis
garam - kalau perlu

Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak dlm kuali.
Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api. Sedia untuk dihidang.

HATI AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahannya
  250 gram hati ayam, dibersihkan dan toskan
  1 inci halia, dihiris
  1 ulas bawang putih, dihiris
  1 biji bawang besar, dihiris
  3 sudu makan rempah kari daging
  1 cawan air
  minyak masak untuk menumis
  garam secukup rasa
  serbuk perasa jika suka


Cara-caranya
  Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan pula bawang besar dan gaul rata.
  Kemudian masukkan rempah kari daging gaul rata dan masukkan air.
 
Kemudian masukkan hati ayam dan biarkan sehingga kuahnya meresap dan kering. Sekiranya hati ayam belum masak boleh tambahkan airnya dan kemudian masak sehingga ia kering.
  Jika hendak campurkan hempedal ayam, masak hempedal sehingga 3/4 masak baru masukkan hati ayam. Dan tambah air jika kuahnya kering sehingga hempedal dan juga hati ayam masak dan kuahnya kering. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih. Enak bangettttt!


CHICKEN WRAPS AND FRENCH FRIES

(
Bahan-bahannya
  8 keping wholemeal wraps
  1 biji lettuce, dibersihkan dan dihiris
  2 biji tomato, dipotong dadu
  2 biji bawang besar, dipotong dadu
  1 batang lobak, dihiris
  Mayonnaise

Bahan untuk isi ayam
  kg isi ayam
  6 sudu besar kicap lemak manis
  sudu besar serbuk lada hitam
  1 sudu besar madu
  Garam secukup rasa
  Serbuk perasa jika suka
  Minyak secukupnya

Bahan untuk sos
  cawan air panas
  3 sudu makan gula
  cawan sos cili

Cara untuk isi ayam
  Bahan-bahan digaul rata bersama isi ayam dan diperap selama 1 jam. Kemudian panaskan pan non-stick dan panaskan sedikit minyak dan ayam tersebut digoreng menggunakan api yang kecil sehingga ia masak. Angkat dan ketepikan. Bila telah sejuk, isi ayam dihiris.

Cara untuk sos
  Air panas dan gula dicampurkan sehingga larut. Masukkan sos cili dan gaul sebati. Siap untuk digunakan.

 
Cara membuat Chicken Wraps
  Wholemeal wraps dipanaskan dalam kuali. Tak payah gunakan minyak. Panaskan dalam 10 saat pada setiap permukaan.
  Sapukan sedikit mayonnaise pada wraps, susun lettuce, tomato, bawang, lobak dan hirisan ayam. Pipekan mayonnaise lagi jika suka dan lipat dua.
  Sewaktu hendak makan, tuangkan sos dialam wrap dan mamam bersama French Fries.
 

CHICKEN CHOP

Bahan-bahannya
  2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya
  1 biji telur, dipukul sedikit
  cawan tepung jagung
  minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan untuk perap
  1 sudu besar kicap pekat
  2 sudu besar jus limau
  sudu teh garam
  sudu the serbuk lada hitam
  sudu teh soda bikarbonat

Bahan untuk sos
  250 ml stok ayam
  sudu teh garam
  sudu teh serbuk lada putih
  1/8 sudu teh serbuk lada hitam
  sudu teh garam
  1 sudu besar sos tiram
  sudu besar sos Worcestershire
  sudu teh kicap cair
  beberapa titis kicap pekat
  1 biji bawang besar, didadu kecil
  1 sudu besar bawang putih, dicincang halus
  sudu besar tepung gandum

Cara-caranya
  Daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman.
  Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan.
  Panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau.
 Masukkan tepung dan goreng sekejap. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam.
  Reneh kuah ini sehingga ia memekat. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng.

NOTA: Penggunaan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan daging ayam tersebut. Jika tidak mahu menggunakannya pun tidak mengapa. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa.

AYAM ROAST ALA BARAT
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-bahannya
  1 ekor ayam (berat anggaran 1 1/2kg hingga 2kg ~ jangan dibelah dan jangan dibuang kulitnya)
  Cuci bersih ayam dan toskan , lalu dilumur dengan sedikit garam

  2 sudu teh serbuk buah pala
  1 sudu makan serbuk lada hitam yang kasar
  2 sudu makan kicap cair
  1 sudu makan kicap pekat
  1 biji lemon, ambil jusnya
  200g mentega lembut

Bahan-bahan Sayuran:
 sedikit garam untuk tabur atas sayurnya
 1 biji bawang besar ~ belah empat
  500g kentang kecil dicuci bersih dan jangan kupas kulit
  10 biji broccoli (boleh dilebihkan) potong hujung dan cuci bersih
  2 biji tomato belah 4
  beberapa biji cherry tomato
  Beberapa biji baby carrot ~ kukus sebentar (jika mahu)

Cara-caranya

  Alas tin pembakar dengan kertas timah yang lebih lebar dari dulangnya.
Panaskan ketuhar 180C. Kicap, jus lemon., lada hitam dan buah pala digaul rata dalam mangkuk. )
  Lumurkan pada ayam. Masukkan perutnya sedikit mentega dan cecair perapan. Biarkan sebentar supaya meresap kedalam ayam. Terbalikkan ayamnya dan ikat kedua2 kakinya dengan benang putih kasar, supaya bila dimasak, kakinya bercantum.. begitu juga dengan kedua kepaknya. (Ikat longgar sahaja
  Setelah itu, alihkan ayam kedulang pembakar, dengan bahagian belakang diatas. Curahkan lebihan cecair diatas ayam. Sapu ayam dengan mentega terutama didalam perutnya. Selitkan ubi kentang kecil ditepi-tepi ayam, terutama dibawahnya Masukkan beberapa biji kentang kecil, tomato ceri dan broccoli didalam perut ayam. Hias sekelilingnya dengan lebihan tomato, broccoli dan bawang besar. Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 30 minit.
 
Jika terdapat banyak cecair yang keluar, senduk dan sira diatas ayam. Masukkan semula kedalam ketuhar dan bakar lagi selama 20 minit sehingga masak. (Jikalau kentang kecil belum empuk, biarkan kentang masak beberapa minit lagi.)

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahannya
  1 ekor ayam, dipotong ikut suka
 1 liter santan
  3 biji tomato, dibelah dua
  1 batang serai, dititik
  1 helai daun kunyit, disiat empat
  garam secukup rasa
  serbuk perasa jika suka
  minyak secukupnya

Bahan untuk dikisar
  10 batang cili padi merah
  10 batang cili padi hijau
  3 biji bawang besar
  1 ulas bawang putih (besar kalau kecil letak 2 ulas)
  1 inci halia
  1 inci kunyit hidup

Cara-caranya
  Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan digoreng sehingga ia masak. Angkat dan ketepikan.
 Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, bahan yang telah dikisar dan daun kunyit. Tumis sehingga ia naik bau dan keluar minyak.
  Masukkan garam dan serbuk perasa bersama ayam yang telah digoreng tadi. Gaul kesemuanya sehingga sebati.
  Masukkan santan dan api dikecilkan sedikit dan gaul rata. Biarkan sehingga kuahnya meresap kedalam ayam dan mendidih. Selalu dikacau jadi tidak pecah minyak kuahnya. Bila dah mendidih dan ayam telah pun masak dan kuahnya meresap, masukkan tomato dan matikan api dan tutup periuk. Setelah 5 minit tomato pun dah layu sedikit, angkat dan hidangkan.

Nota: Sekiranya anda tidak tahan pedas boleh kurangkan kuantiti cili padi merah dan hijau dalam masakan ini.

AYAM LADA HITAM
Sumber: Mami Asmah Laili

Bahan-bahannya
  1 ekor ayam, buang segala lemak dan kulit, potong 12
  2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar
  Garam secukup rasa

Bahan diatas digaul rata dan diperap selama jam

  4 sudu makan kerisik putih
  1 sudu makan lada serbuk
  1 sudu teh serbuk jintan halus
  1 sudu makan serbuk ketumbar
  1 sudu teh kunyit serbuk
  3 biji bawang besar, dihiris halus
  3 biji tomato, didadu
  1 jari kayu manis
  4 kuntum bunga cengkih
  4 biji buah pelaga
  3 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
  1 pelepah daun ketumbar, dirampai
  Garam secukup rasa
  1 sudu teh gula
  1 cawan minyak kanola
  Lagi 2 sudu makan lada hitam, ditumbuk kasar

    Cara-caranya
      Panaskan minyak didalam kuali. Goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
   
  Masukkan pula minyak yang sama, hirisan bawang, kayu manis, cengkih dan pelaga. Tumis sehingga naik aromanya.
  Masukkan pes halia/bawang putih dan tomato. Masak selama 5 minit. Selepas itu, masukkan lada serbuk, kerisik, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, kunyit dan garam. Tuang cawan air.

  Masukkan kepingan ayam goreng dan masak selama 5 minit lagi. Taburkan gula, lada hitam, hirisan daun ketumbar dan renihkan selama 5 minit.
 
  Enak disajikan dengan sebarang nasi mahu pun roti.

AYAM KUKUS
Sumber: Smile

Bahan-bahannya
 
  300gm ayam
 
  2 ulas bawang putih (ditumbuk)
 
  1 batang serai (ditumbuk)
 
  sedikit halia (ditumbuk)
 
  sedikit lada sulah
 
  1 sudu besar sos tiram
 
  1 sudu kecil kicap pekat
 
  lobak merah+kacang peas+daun sup+bunga kobis (dipotong kecil)
 
  beberapa cili padi (dipotong)
 
sedikit air asam jawa (gunakan hanya sedikit air)
 
garam secukup rasa

Cara-caranya
 
  Campurkan semua bahan kecuali sayur dan cili dan perap ayam semalaman atau 3-4 jam.
 
  Kukus ayam yg sudah diperap ini dlm kukusan.
 
Apabila hampir masak, masukkan sayur dan cili.

Nota: Semasa mengukus, ayam akan mengeluarkan air dan minyaknya sendiri seterusnya menghasilkan sedikit kuah.


AYAM GORENG STYLE BERIANI

Bahan-bahannya
 
1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
 
  5 sudu besar pes halia dan bawang putih
 
  1 biji telur
 
  5 sudu besar serbuk cili
 
  sedikit serbuk ketumbar
  sedikit serbuk jintan manis
 
  garam secukup rasa
 
  tepung beras secukupnya

Cara-caranya
 
 Gaul semua bahan diatas kecuali tepung beras sehingga sebati dan perap selama 30 minit
   Kemudian tabur tepung beras dan salut secukupnya.
 
  Goreng dalam deep fryer pada suhu 160 darjah C selama 15 minit atau sehingga masak. Angkat, toskan dan sedia untuk dihidang.
   Nota: Boleh juga campurkan daun kari, ia akan membangkitkan aroma sewaktu ayam digoreng.


AYAM GORENG RANGGUP

Bahan-bahannya
  1 kilo kepak ayam, dibersihkan dan toskan
    2 sudu makan pes halia
    2 sudu makan pes bawang putih
    2 sudu makan serbuk ketumbar
    1/2 sudu makan serbuk jintan halus
    kunyit serbuk secukupnya
    garam secukup rasa
    Tepung beras secukupnya

Cara-caranya

    Gaul kesemua bahan-bahan diatas kecuali tepung beras dan perap ayam selama 15 minit 30 minit.
 
  Kemudian salut ayam dengan tepung beras dan goreng menggunakan minyak yang panas sehingga ayam kekuningan dan garing.
    Angkat dan hidangkan sewaktu ia panas. Sedappppp.


 

AYAM GORENG KETUMBAR

Bahan-bahannya
  1 ekor ayam, dipotong kecil
  2 sudu makan pes halia
  2 sudu makan pes bawang putih
  2 sudu makan serbuk ketumbar
  1/2 sudu makan serbuk jintan halus
    kunyit serbuk secukupnya
    garam secukup rasa

Cara-caranya
    Gaul kesemua bahan-bahan diatas dan goreng ayam sehingg garing.
 
Jika ingin ayam goreng yang bersalut tepung garing macam KFC gitu. Selepas gaul rata bahan-bahan diatas boleh taburkan tepung beras secukupnya untuk menyalut ayam dan kemudian digoreng sehingga garing.

 

 


ASAM PEDAS AYAM LADA HITAM


  Bahan-bahannya
  1 ekor ayam goreng

  BAHAN MESIN
   10 ulas bawang merah
   3 ulas bawang putih
   1 biji bawang besar
    2-3 sudu besar cili mesin
   1" halia
   1" kunyit hidup
   1 peket kecil lada hitam biji (anggaran 1-2 sudu)
   belacan sebesar ibu jari
   buah keras - kalau nak pekat
   1" lengkuas
   2 batang serai
   1 ikat daun kesum / daun kunyit
   1 keping asam / air asam jawa
   2 biji tomato
   10 btg kacang bendi

  Cara-caranya
   Tumis bahan kisar dan serai sehingga pecah minyak.
   Masukkan air dan asam, biarkan mendidih lama sikit
   masukkan ayam, daun kesum dan garam.
   Masukkan tomato dan kacang bende.

 


AYAM GORENG BEREMPAH
  Sumber : Variasi Masakan Mami oleh Hajah Fadhilah Hanoum
   Bahan-bahannya
  1 ekor ayam dipotong
  1 biji telur
    3sm tepung jagung

  Bahan hiris
    1 biji bwg besar
    Halia
    3 biji bwg putih
    1 sm gula
    2st rempah garam masala
    2st serbuk cili kering
    1st serbuk kunyit
    Daun kari
    Garam

 
 Cara-caranya
   
Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
 
  Perap ayam selama 4 jam.
    Kemudian goreng dlm minyak yg banyak hingga garing.

Ayam Masak Merah

 

Bahan-bahan

  • 2 biji bawang besar-diblender
  • 6 biji bawang putih-diblender
  • sedikit halia-diblender
  • 10 batang lada kering-diblender
  • 1 biji bawang merah-di hiris bulat2
  • kayu manis,bunga cengkih etc
  • sebatang serai-diketuk
  • 2 biji ubi kentang-dipotong bulat nipis dan di goreng,ketepikan
  • 1 biji tomato-dibelah 4
  • sedikit kacang peas
  • 2 sudu besar tomato puree
  • daun ketumbar
  • garam,serbuk perasa


 

Cara membuat

  1. Goreng ayam separuh masak.Ketepikan.
  2. Tumis kayu manis etc sehingga wangi.Masukkan serai,bawang hiris bulat tomato puree dan bahan blender.Bila lada sudah garing,masukkan air secukupnya.
  3. Tunggu hingga kuahnya mendidih,baru masukkan ayam,kentang dan tomato.Setelah 5 minit,masukkan kacang peas,garam ,serbuk perasa dan daun ketumbar.

STEW AYAM

Bahan-bahan

  • 500 gm ayam
  • 5 ulas bawang merah/kecil     ]
  • 2 ulas bawang putih                  ] mayang halus
  • 1 inci halia                                    ]
  • 2 tangkai daun sup                    ]
  • 2 tangkai daun bawang[potong 1 inci
  • 1 sudu kecil kicap cair
  • 1 biji cili merah...mayang
  • 1 batang carrot [potong kecil]
  • 1 biji tomato [belah 6]
  • 1 s/k tepung jagung ] bancuh
  • 1/2 cawan air            ]
  • 1 s/k lada hitam
  • 1 s/k minyak bijan
  • garam secukup rasa...

Cara membuat

  1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan kedalam microwave oven dan masakkan pada HIGH selama 15 minit.
  4. Keluarkan dan gaul rata lagi dan masukkan tomato pula.
  5. Masukkan semula dalam microwave dan masakkan lagi selama 10 minit.
  6. Keluarkan dan taburkan hirisan daun bawang dan daun sup.
  7. Hidangkan dengan nasi or roti.

Kerutub ayam

Bahan-bahan

  • ekor ayam basuh bersih dan dipotong kecil
  • 1 kotak santan kotak Ayam Brand (kecil)
  • 3 sudu makan rempah kerutub (saya guna rempah kerutub cap Jam)
  • 5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 serai diketuk
  • 1 inci halia -  dihiris halus atau tumbuk ( terpulang)
  • 1 sudu makan kerisek
  • 1 biji tomato belah 4
  • 1 asam keping



 

Cara membuat

  1. Tumiskan bawang merah, putih, halia dan serai sehingga garing.
  2. Masukkan rempah kerutub. ( rempah ini dicampurkan terlebih dahulu dgn sedikit air menjadi pes)
  3. Bila sudah pecah minyak. Masukkan ayam. Biar sekejap. Masukkan air jika nampak kering sangat.
  4. Bila ayam sudah empuk, masukkan santan kotak tadi. Tambahkan air  sedikit.
  5. Kacau selalu supaya kuah masak sekata. Masukkan asam keping.
  6. Masukkan kerisek. Biar lagi sehingga betul2 masak (mendidih)
    Sebelum tutup api, masukkan tomato dan  garam  secukup rasa.

AYAM GORENG LENGKUAS

 

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam ( 1 kg), potong menjadi 8 bahagian
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 lembar daun salam (bay leaf)
  • 4 sdm lengkuas parut mesin kering
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan yang dikisar/tumbuk 

  • 4 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 3 biji buah keras
  • air asam jawa (campuran dari 2 sdm asam jawa & cwn air)
  • sedikit kunyit basah
  • garam dan gula secukupnya

Cara membuat

  1. Campurkan potongan ayam dengan bahan yang telah dimesin dan lengkuas parut dan gaul sampai rata.
  2. Dalam sebuah kuali melengkung (sebaiknya guna kuali non-stick), masukkan campuran potongan ayam ini dengan daun salam dan serai.  Biarkan  diatas api sederhana hingga ayam setengah masak.  Angkat dan toskan airnya.
  3. Bersihkan kuali tadi dan panaskan minyak untuk mengoreng. Goreng ayam sampai kecoklatan.  Angkat dan hidangkan dengan taburan bumbu2 yg telah garing digoreng bersama ayam tadi.

BAKED BEANS CHICKEN 

Bahan-bahan
  • 1 tin baked bean
  • 300 gm ayam [potong kecil]
  • 3 s/b  minyak
  • 3 s/b tomato sos
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 3 biji cili merah [cincang]
  • garam dan gula
  • 1 pokok kecil daun sup [cincang]
  • kentang goreng [jika suka]

Cara membuat

  1. Panaskan minyak
  2. Tumis bawang putih & bawang besar
  3. Masukkan ayam (seeloknya ditutup bagi mempercepatkan daging itu masak).
  4. Masukkan tomato sos
  5. Masukkan baked bean dan gaul hingga rata.
  6. Hidang bersama roti bakar atau garlic bread atau nasi

Paprik Ayam Diana

 

Bahan-bahan

  • ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi (depends, kalau suka pedas boleh tambah lagi)- ditumbuk
  • 2 biji limau kasturi - diambil jusnya
  • 5 helai daun limau purut - carik-carikkan
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis,bahan2 perasa

 

 

Cara membuat

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air.
  4. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  5. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

 


CHICKEN AFRICAN

Bahan-bahan

  • 4 -  6 peha ayam --tidak berkulit dan tulang
  • 2 biji peppers (merah dan kuning), dihiris
  • 1 ulas bawang, dihiris
  • 2 sudu makan jus limau
  • 2 camca halia, dihiris
  • 2-3 ulas bawang putih, cincang
  • 1/4 camca red pepper flakes/cili kering 
  • salt n ground pepper to taste
  • 1 sudu makan minyak canola

Cara membuat

  1. Campurkan pepper, bawang, jus limau, halia, garlic, red pepper flakes, salt and pepper; reserved/biarkan..
  2. Panaskan minyak dlm nonstick skillet..masukkan ayam.. pastikan api sederhana ..cover dan tunggu masak dlm 10 min.
  3. Terbalikkan ayam dan masukkan bahan reserved tadi..cover separuh tutup.. tunggu hingga ayam masak ..turn occasionally.
  4. Hidang dgn nasi or couscous..

 


AYAM KUNG PAO

Bahan-bahan

  • 600 gm isi ayam - potong dadu
  • tepung jagung
  • garam

Cara membuat

  1.  isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan-bahan B

  • 100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
  • 30 gm lada kering - pilih yg lebar2 dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
  • 2 biji bawang besar (kuning)  - potong dadu besar2
  • 4 ulas bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 inci halia - ditumbuk halus
  • 1 biji lada bangala hijau- potong lebar2 sediikit
  • 3 sdm sos tiram
  • 2 sdm cili sos
  • 1/4 cwn air
  • minyak tuk menumis
  • garam - kalau perlu

Cara membuat

  1. Panaskan sedikit minyak dlm kuali
  2. Goreng lada kering hingga garing dak ketepikan
  3. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
  4. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos  tiram dan cili sos dan sedikit air.
  5. Bila kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api

AYAM PEDAS SERAI

 

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam - kerat ikut suka dan goreng 1/2 masak

Bahan yang dikisar/tumbuk 

  • 5 ulas bawang kecik
  • 2 ulas bawangputih
  • cili kering (ikut suka banyak mana) (nak tambah cili padi boleh saja)
  • sedikit belacan
  • kunyit hidup
  • halia

Bahan-bahan lain

  • 1 asam keping
  • 3 batang serai - di titik
  • 1 biji santan
  • cili padi - saja letak eksyen
  • sedikit kacang tanah goreng / gajus

Cara membuat

  1. Tumis bahan mesin dan serai sehingga keluar minyak.
  2. Masukkan ayam, santan, asam keping, biarkan seketika, sesekali kacau.
  3. Lauk ini ala2 sambal kering dia, api kalau nak berkuah pun terpulanglah pada citarasa memasing.
  4. Bila sudah masak, taburkan kacang tanah sebagai hiasan.
  5. Sedap di jamu bersama nasi putih, ketupat, lontong, nasi impit, lemang, pulut atau roti.  bubuh atas pizza pun sodap, dalm bun roti pun sodap, dlm instant puff pun sodap

TOMATO BREDIE
 

Bahan-bahan

  • 1.2 kg ayam(buang kulit dan potong 12)
  • tepung gandum agak aje asalkan boleh goreng
  • 2 labu bawang besar( hiris)
  • 2 ulas bawang putih ( dikisar)
  • 2 ulas bawang putih ( dikisar)
  • 30 gm halia(dikisar)
  • 4 biji buah pelaga
  • 30gm ketumbar
  • 15 jintan hitam
  • 2 tangakai cili hijau(hiris dan buang bijinya)
  • 1 kg tomato(di celur,buang kulit dam dicincang)
  • 40 gm serbuk kari
  • 20 gm serbuk kunyit
  • sedikit gula perang
  • sedikit garam

Cara membuat

  1. Perapkan ayam bersama garam dan lada.Kemudian lumurkan bersama tepung gandum dan goreng ayam tersebut sehingga keemasan.Ketepikan
  2. Panaskan minyak atau minyak sapi dan tumiskan bawang besar,bawang putih  dan halia sehingga naik bau.Kemudian masukkan buah pelaga,ketumbar dan jintan hitam
  3. Masukkan kan ayam,cili hijau,tomato,gula perang dan garam.
  4. Reneh di atas api sederhana seketika sambail dikacau sekali sekala .biarkan seketika barulah angkat .Jika bredie terlalu kering ,tambahkan sedikit air.

SPAGHETI AYAM

Bahan

  • 1 peket spageti [direbus bersama 1 s/k minyak]
  • 1 tin sup tomato
  • 1 tin cendawan butang [belah 4]
  • 1 batang lobak merah [potong dadu]
  • 2 biji bawang besar [potong dadu]
  • 3 biji tomato muda [potong dadu]
  • 200 gm daging/ayam cincang Ramly
  • 1 s/k serbuk lada hitam
  • 4 ulas bawang putih [cincang halus]
  • 1 s/b aregano herb
  • butter/minyak
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara membuat

  1. Panaskan butter/minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga ia wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau rata suapaya daging ayam tidak berketul2.
  3. Masukkan  sup tomato dan setengah cawan air dan biarkan mendideh.
  4. Apabila mendidih, masukkan carrot, tomato buah, cendawan, lada hitam, gula dan garam.
  5. Kacau rata dan biarkan sehingga agak pekat baru masukkan aregano herb dan kacau rata.
  6. Bila telah pekat angkat dan letakkan atas spagheti yg telah di letakkan dalam pinggan.
  7. Taburkan keju parmesan.

Kari Ayam Tomato

Bahan

  • ayam sekor di potong 12
  • 150gm serbuk kari
  • 250gm tomato paste/puree
  • 150gm ghee/minyak sapi
  • 4 biji bawang merah - di mayang
  • 5 biji bawang putih. di mayang
  • 2 sudu kecil serbuk jintan putih
  •  2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • bunga lawang, buah pelaga, k.k.manis, cengkih
  • daun kari
  • 2 tomato
  • sedikit serbuk cili
  • tairu/yorghurt 180gm (satu cawan)
  • garam secukup rasa

Cara membuat

  1. ghee di panaskan dan di masukkan bawang serta awas2 yg lain.
  2. tumis hingga naik bau nya serta kekuningan.
  3. masukkan serbuk kari, jintan manis, jintan putih n serbuk cili.
  4. kacau sehingga masak.
  5. masukkan tomato puree n kacau.
  6. Masukkan daging ayam n kaco.
  7. Masukkan 1-2 cawan air.
  8. Kacau sehingga masak.
  9. Masukkan yorghurt n garam.
  10. Kacau sehingga sebati dan idangkan.

 


PERTAL AYAM

Bahan

  • 1/2 ekor ayam - potong kecil2 - lumur garam kunyit

Bahan yang dikisar/tumbuk A

  • 2 cb cili kisar
  • 3-4 ulas bwg putih
  • 3-4 ulas bwg merah
  • 2 cm halia

Bahan B

  • 1/2 ct jintan kasar
  • 1/2 ct biji sawi
  • 1 strip daun kari
  • 2 cb susu cair
  • 2 cb kicap pekat
  • Air secukupnya
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam, gula serta pepper powder
  • 1 biji bwg besar - potong 6
  • 2-3 biji kentang - potong ikut suka - goreng
  • Daun ketumbar - hiris halus

Cara membuat

  1. Ayam digoreng hingga masak tetapi jgn terlampau garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumis bahan2 A & B hingga wangi dan garing. Masukkan sedikit air.
  3. Kecilkan api kemudian masukkan bahan2 perasa, susu cair, kicap pekat serta air asam jawa.
  4. Sesuaikan rasa kemudian masukkan ayam, bawang besar serta kentang goreng. Kacau hingga sebati.
  5. Padam api, masukkan ke dlm pinggan hidangan dan taburkan daun ketumbar (yg ita buat cam kat gambar kat atas nun tabur daun bwg & sup jer sbb tak dak daun ketumbar)

Lo Mai Kai

Bahan-bahan topping

  • 200 gm  isi ayam (bahagian peha potong kecil2)
  • 8 keping cendawan (yg kering  rendam dan potong kecil)
  • 3 sdm minyak bijan
  • 2 sdm Fish Sauce
  • 1 sdt gula
  • sdm biji lada hitam tumbuk halus
  • 2 sdm minyak
  • 1 tsp sugar
  • Sedikit halia
  • Bawang putih tumbuk halus

Cara-cara membuat topping

  1. Panaskan 2 sdm minyak masak dlm kuali dan tumiskan bwg putih dan halia.
  2. Masukkan cendawan dan gaul sebentar
  3. Masukkan bahan2 lain gaul rata hingga isi ayam masak.
  4. Ketepikan inti tadi didlm mangkok dan sejukkan seketika.
  5. Biarkan jus2 dari ayam tadi di dlm kuali

Bahan-bahan untuk pulut

  • 300 gm pulut (bersihkan dan rendam sekurang2nya 3 jam)
  • 3 sdm minyak bijan
  • cwn air
  • 2 sdm Light Soya sauce
  • 1 sdm dark soya sauce
  • 1 sdm gula
  • 1 sdt garam

Cara membuat pulut

  1. Di dlm kuali yg ada jus ayam tadi.. masukkan semua bahan2 untuk pulut tadi dan gaul selama 10 minit hingga pulut nampak melekat2 sedikit dan ketepikan

 

Cara membuat Lo Ma Kai

  1. Masukkan sedikit inti tadi ke dlm mangkuk kecil.
  2. Ambil sedikit pulut tadi dan tekapkan mampat
  3. Kukuskan selama 25 minit di dlm kukusan.
  4. Hidangkan panas bersama sedikit cili sos kalau mau

 


Thai Green Curry

Bahan-bahan

  • 6 ketul ayam (large size)
  • 1 terung, potong dadu/memanjang
  • 2 c. susu/santan
  • 3 helai daun limau parut
  • 10 helai daun kari
  • 2-3 sb pes 'Thai Green curry' (lihat resepi dbawah)
  • 1 biji bawang besar bombay (medium size)
  • minyak utk menumis
     

Cara-cara membuat

  1. Tumiskan bawang besar, daun kari
  2. Masukkan pula terung
  3. Kemudian pes kari dan limau purut
  4. Lepas tu susu/santan. Kacau2 sebati
  5. Masukkan ayam. Tutup periuk, biar 10-15 min. Sedia utk dihidang.







 

Pes 'Thai Green curry':

  • 10-12 cili hijau fresh, buang bijinya
  • 3 batang serai, hiris halus
  • 1 sb lengkuas, cincang
  • 1 bawang merah besar, cincang
  • 3 ulas b. putih
  • 1 batang daun ketumbar(termasuk akar dan batang), cincang kasar
  • 1/2 sb biji ketumbar
  • 1/2 sb tsp jintan putih
  • 1/2 st garam
  • 1 sb minyak
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara membuat

  1. Blend semua bahan hingga hancur.
  2. Panaskan minyak dan goreng campuran rempah hingga bertukar warna kpd hijau tua.
  3. Sejukkan sebelum disimpan dlm bekas

 

 

 

AYAM SOS OREN/LEMON

Bahan-bahan

  • 400 gm ayam tanpa tulang, dipotong ke 2 kepingan sama
  • 2 s/k Serbuk Pati Ayam MAGGI
  • lada sulah secukup rasa
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • 1 cawan tepung jagung (untuk menyalut ayam)
  • minyak untuk goreng terendam
  • 2 ulas bawang putih (cincangkan)

Bahan-bahan A

  • 1 cawan Jus Oren sunkist [2 biji]
  • 1 s/k Serbuk Pati Ayam MAGGI
  • 1 c/k gula atau secukup rasa
  • 1 s/k minyak bijan (jika suka)
  • 2 s/k tepung jagung dicampur dengan 2 s/b air
  • 1 biji oren, dihiris [boleh gunakan lemon]
  • 2 biji tomato, dipotong berbaji
  • pasli & cili merah

 

Cara-cara membuat

  1. Buat hirisan pangkah di atas permukaan daging ayam.
  2. Perapkan ayam dengan Pati MAGGI dan lada hitam selama 10 minit.
  3. Sadur nipis ayam dengan telur, kemudian dengan tepung jagung
  4. Goreng terendam ayam hingga kekuningan dan tuskan.
  5. Keluarkan minyak hingga tinggal 2 s/besar dalam kuali.
  6. Tumis bawang putih hingga kekuningan, masukkan bahan A dan masak hingga mendidih.
  7. Pekatkan sos dengan campuran tepung jagung.
  8. Potong ayam ke kepingan yang disukai dan senduk sos ke atasnya.
  9. Hias dengan hirisan oren, tomato, pasli dan cili.

 


ROJAK AYAM

Bahan-bahan

  • 1/4 ekor ayam
  • 3 biji telur rebus [belah2]
  • 3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
  • 1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
  • 1 batang timun
  • 1/2 biji salad lectuce
  • 500 gm mee kuning [celurkan sikit]
  • Kuah Kacang/sos Kacang
    Buatkan saperti kuah satay

Cara-cara membuat

  1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil.
  2. Semua sayuran dipotongkan kecil.
  3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan

MASAK LEMAK AYAM & REBUNG ALA SIAM

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam } potong kecil
  • 300 g rebung
  • 2 batang serai } diketuk
  • 10 tangkai cili padi atau 2 tangkai cili hidup
  • 3 helai daun limau purut - siat sikit
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 keping asam keping
  • 2 1/2 cawan santan
  • garam secukup rasa

Cara-cara membuat

  1. Kisar kunyit dgn cili padi hingga hancur
  2. Masukkan bahan kisar,serai,asam keping dan santan ke dalam periuk.
  3. Apabila kuah mendidih masukkan ayam dan daun limau purut.
  4. Reneh hingga ayam empuk.
  5. Kemudian masukkan rebung dan garam secukup rasa.
    Bila masak boleh lah diangka

Ayam Kalasan

Bahan-bahan A

  • 1 ekor ayam  (appx 2 kg) potong 8  - bersihkan dan toskan airnya
  • 5 cwn air kelapa (takde air kelapa.. air paip pun ok)
  • 2 daun salam (optional)
  • Garam

Bahan-bahan B -kisar halus

  • 4 buah keras
  • 3 sdm serbuk kunyit  (atau guna kunyit hidup 2 ibujari)
  • 3 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 1 sdm ketumbar biji
  • 1/2 sdm jintan manis

Cara-cara membuat

  1. Masukkan semua bahan2 tadi dlm kuali dan masakkan di atas api sederhana hingga ayam 3/4 masak. jgn lupa balik2 ayam sekali sekala.
  2. Bila ayam dah 3/4 masak, tapiskan air lebihan.
  3. Panaskan minyak masak yg byk dlm kuali dan goreng ayam tadi bersama2 ngan hampas2 yg telah di saring hingga ayam garing.
  4. Angkat dan hidangkan panas2 bersama sambal belacan(mesin sekali tomato dlm sambal belacan tu) dan ulam-ulaman seperti kobis, timun, kacang panjang dan apa2 jer laaa..

OVEN CRISPY CHICKEN WINGS

Bahan-bahan

  • 10 keping kepak ayam
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung beras
  • 1-1/2 sdm all-spices powder
  • 1/2 sdm serbuk lada hitam
  • garam secukupnya

Cara-cara membuat

  1. Panaskan oven pada 180 deg cel
  2. Bersihkan ayam dan potong 2
  3. Campurkan semua bahan2 tadi dan gaul rata.
  4. Pastikan ayam di saluti tepung.
  5. Susun ayam dlm baking pan dan bakarkan selama 20 minit (kalau tepung di salut lebih.. naikkan masa hingga 25 minit) kemudian terbalikkan dan bakar lagi selama 20 minit.
  6. Hidangkan panas-panas

AYAM PANDAN THAI

Bahan A

  • 5 keping isi ayam (tanpa kulit) - di potong dadu dlm 1-1/2 inci besar
  • Daun Pandan secukupnya  - pilih yg lebar-lebar
  1. bersihkan ayam tos airnya
  2. bersihkan daun pandan dan di lap hingga kering

Bahan B

  • 1 batang serai
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang kecil
  • sedikit kunyit
  • 1 sdm sos ikan
  • 1 sdt sos soya (dark soya sauce)
  • 1 sdt gula
  • 1 sdt serbuk lada putih - lebihkan kalau mahu lebih pedas
  • sedikit garam

Cara-cara membuat

  1. Masukkan semua bahan2 B dlm blender dan di blend hingga halus.
  2. Gaulkan isi ayam dgn Bahan2 kisar tadi dan perap selama sekurang2nya 1 jam
  3. isikan ayam dlm daun pandan dan ikat secara baik.
  4. Semasa mahu menghidang.. panaskan minyak dan goreng ayam dlm daun pandan tadi selama 5 minit.. toskan minyak dan hidangkan.

Nota:
Ayam pandan ni boleh di buat dan di simpan dlm freezer dan
goreng bila2 masa di perlukan...


Ayam Tandoori

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (sederhana besar)..potong 4 dan bersihkan

Bahan Perap

  • 1 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 1 cawan yogurt
  • 1 inci halia................................]
  • 1 labu bawang besar.............]
  • 3 ulas bawang putih...............]
  • 2 biji tomato buah...................] mesinkan dan gaul rata semua ini
  • 1 pokok daun ketumbar........]
  • 1 sudu besar madu/gula.......]
  • 1 sudu besar minyak.............]
  • garam secukupnya................]

Cara-cara membuat

  1. Perapkan bahan ni bersama ayam dan bakar dalam oven 200 C sehingga masak (1 jam).
  2. Hidangkan bersama salad dan roti atau nasi.

AYAM GAJUS(Chinese Style)

Bahan-bahan

  • 500 g daging ayam dipotong dadu
  • 125 g  gajus
  • 4 ulas cendawan kering
  • 1/2  biji cili capsicum hijau   }dihiris dadu
  • 1/2  biji cili capsicum merah }dihiris dadu
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • 1 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • 2 tangkai daun bawang } di hiris
  • minyak kacang untuk menumis

Sos

  • 1/2 sudu kecil garam                      
  • 1 sudu kecil kicap cair                  
  • 1/4 sudu kecil serbuk lada sulah     
  • 1 sudu kecil tepung jagung 

Semua bahan sos dicampurkan  dalam satu mangkuk   

Cara-cara membuat

  1. Rendam cendawan hingga lembut dan potong 4 segi kecil.
  2. Campurkan tepung jagung, gula dan garam bersama ayam.
  3. Panaskan minyak kacang dalam kuali dan goreng gajus hingga kuning. Keluarkan gajus dari kuali.
  4. Masukkan ayam yang telah diperap tadi, goreng hingga masak. Keluarkan ayam. Keluarkan lebihan minyak dan tinggalkan hanya dalam 1 sudu besar sahaja.
  5. Masukkan bawang putih , goreng hingga naik bau kemudian masukkan semua capsicum dan cendawan
  6. Masukkan sos, goreng sekejap sehingga pekat kemudian masukkan ayam, gajus dan daun bawang.
    Kacau seketika dan bolehlah dihidangkan

SANDWICH AYAM MAYONNAISE

 

Bahan-bahan

  • 1kg daging ayam (isinya sahja)
  • 3 batang celery (dihiris tipis)
  • 1 biji lada capsicum (dihiris tipis)
  • 1 biji bawang Jepun (dipotong dadu)
  • 1 sudu makan cuka apple cider atau jus lemon
  • 4 sudu makan serbuk lada hitam
  • 3 atau 4 sudu makan mayonnaise


 

Cara-cara membuat

  1. Isi ayam direbus hingga empuk. Bila sejuk, buang kulit dan lemaknya dan potong tipis-tipis. toskan.
  2. Gaul semua bahan. Keadaan nya tidak boleh terlalu basah atau terlalu kering. Jika terlalu kering., tambah sedikit mayonnaise. Rasa- kalau ada apa-apa yang kurang boleh ditambah kan lagi.
  3. Bila hendak makan, sapukan ke roti. paling enak jika digunakan roti Perancis yang sederhana, belah dua, sapukan sedikit mentega kemudian lapiskan inti yang disediakan tadi ke sebelah permukaan roti itu.
  4. Aturkan diatasnya, dua atau tiga hiris tomato, timun dan lettuce, kemudian tangkupkan roti.

 


SOTO [NoorMasri]
 

Bahan-bahan : Anggaran untuk 5-6 orang

  • ekor ayam (berat 900 g) } dipotong 2
  • 300 g nasi himpit segera } direbus selama 2 jam kemudian sejukkan
  • 1 sudu besar rempah serbuk sup Adabi
  • 2 sudu besar minyak untuk menumis
  • 9 cawan air atau secukupnya
  • garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk menumis

  • 3 cm kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih


 

Bahan-bahan kisar

  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 cm lengkuas
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 2 biji buah keras

 

Bahan sampingan

  • sedikit suhun } digoreng
  • 1 tangkai daun bawang }dihiris
  • 1 tangkai daun sup} dihiris
  • 100 g kacang tanah }digoreng
  • 100 g taugeh } buangkan ekornya
  • sedikit bawang goreng


 

 

Cara-cara membuat

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis bahan-bahan penumis sehingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan kisar & serbuk sup, goreng hingga wangi dan garing.
  3. Masukkan air, ayam dan garam secukup rasa.
  4. Masak dgn api yg perlahan hingga ayam empuk.
  5. Keluarkan ayam,  siat-siatkan isinya dan ketepikan. Tulang ayam dimasukkan semula  kedalam kuah sup tadi.
  6. Ketika menghidang, isikan nasi impit ke dalam mangkuk diikuti  suhun, taugeh, isi ayam, begedil, bawang goreng, daun bawang, daun sup, kacang goreng, sambal kicap dan akhir sekali kuah.
    Enak dimakan ketika kuah masih panas.
Sambal Kicap

Bahan-bahan

  • 10 biji cili api
  • 7 sudu besar kicap manis
  • 1 ulas bawang putih

Cara-cara membuat

  1. Campurkan semua bahan kemudian kisar halus.

 

Begedil

Bahan-bahan

  • 500 g kentang
  • 150 g daging kisar
  • sudu kecil serbuk lada sulah
  • gengam bawang goreng
  • 1 biji telur
  • sedikit daun sup }dimayang
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng


Cara-cara membuat

  1. Kentang dibuang kulit kemudian hiris nipis-nipis. Goreng hingga masak. Angkat ketepikan.
  2. Daging digoreng hingga kering airnya.
  3. Satukan daging, kentang goreng, serbuk lada sulah, daun sup, bawang goreng dan garam secukup rasa. Gaul dan ramas-ramas hingga sebati.
  4. Ambil sedikit adunan dan kepal-kepalkan menjadi bulat kemudian leperkan sedikit.
  5. Pukul telur kemudian celupkan adunan yg telah dileperkan tadi ke dalam telur dan goreng hingga keperangan.

 


KEPAK AYAM MASAK KUKUS ASAM

  Bahan-bahan

  • 4 kepak ayam
  • 2 helai daun salam 
  • 3 buah belimbing sayur, dipotong-potong 
  • 8 buah cabai belaga
  • daun pisang untuk membungkus 

Bahan yang ditumbuk

  • 6 biji bawang merah
  • 6 buah cabai merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 sudu teh serbuk kari 
  • 1 sudu teh garam 

Cara-cara

  1. Gaulkan kepak dengan bahan yang ditumbuk dan perapkan selama 20 minit. 
  2. Bungkus dalam daun pisang lalu tambahkan daun salam, belimbing sayur, dan cabai belaga
  3. Kukus selama 20 minit sampai masak. 



OPOR AYAM

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam, potong-potong
  • 750 cc santan dari 1 biji kelapa
  • 2 sudu teh gula jawa
  • 1 batang serai dititik
  •  4 sudu makan minyak masak

Bahan yang ditumbuk

  • 5 biji bawang merah
  • 3 siung bawang putih
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 cm lengkuas
  •  2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak

Cara-cara

  1. Panaskan 4 sudu makan  minyak goreng di dalam kuali.   Goreng potongan ayam sampai setengah masak, angkat dan toskan.
  2. Gunakan 2 sudu makan minyak goreng baru dan panaskan dengan api sederhana dalam kuali  yang  besar.
  3. Tumis bahan yang ditumbuk sampai wangi.
  4. Tuangi santan, masukkan gula, serai, dan didihkan.
  5. Kemudian, masukkan potongan ayam yang sudah digoreng setengah masak tadi.  Masak sehingga ayam empuk dan kuahnya agak pekat.
  6. Siap dihidangkan
     
Untuk 3-4 orang.

KALIO AYAM


 

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam muda
  • 1 batang serai, dititik
  • 2 cm lengkuas dititik
  •  2 keping asam
  • 1 helai daun kunyit
  • 3 gelas santan
  •  Garam secukupnya
  • Minyak untuk mengoreng secukupnya

Bahan yang ditumbuk

  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  •  8 biji cabai merah
  • 4 cm kunyit

 

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam lalu potong menjadi 4 bahagian.
  2. Panaskan minyak , tumis bahan yang ditumbuk bersama serai, lengkuas, daun kunyit dan garam secukupnya.
  3. Setelah berbau wangi, masukkan potongan ayam, asam dan santan.
  4. Masak sampai ayam menjadi empuk dan santan pecah minyak.
  5. Angkat dan sedia untuk dihidangkan

Untuk 3-4 orang.

 


Ayam Goreng LENGKUAS

 

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam ( 1 kg), potong menjadi 8 bahagian
  • 1 batang serai, diketuk
  • 2 helai daun salam
  • 4 sudu makan lengkuas diparut
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan yang ditumbuk

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 sudu teh asam jawa
  • 2 sudu teh kunyit, dicincang
  • garam dan gula sesuai dengan selera

Cara-cara

  1. Dalam mangkok, campurkan dan gaul  potongan ayam dengan bahan yang ditumbuk dan lengkuas parut sampai rata.
  2. Lalu masukkan campuran potongan ayam ini dengan daun salam dan serai.  Tutup bahan ini dan  masak di atas api kecil sampai ayam menjadi setengah matang.  Tambahkan sedikit air bila perlu.  Angkat ayamnya
  3. Panaskan minyak yang banyak di atas api yang sederhana.  Goreng ayam sampai warna coklat.  Angkat dan tapiskan
  4. Hidangkan bersama bahan gorengan yang ditumbuk tadi dan ditaburkan di atas ayam yang telah digoreng.

Untuk 4-5 orang

Ayam Goreng Kalasan

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam, potong 4
  • 100 cc air kelapa
  • sdt soda kue
  • 5 ulas bawang putih,dicincang
  •  2 helai daun salam
  • 1 cm lengkuas, dititikan
  •  garam dan gula merah menurut selera
  •  minyak untuk mengoreng secukupnya

Cara-cara

  1. Rebus ayam bersama air kelapa dan bahan lain sehingga air hampir habis dan ayam sudah lembut.  Tambahkan air jika perlu.  Tapiskan dan sejukkan.
  2.  Goreng ayam dengan minyak yang banyak dan panas hingga berwarna kekuningan perang (tidak terlalu kering).  Angkat.
  3. Sapukan dengan baki kuah yang pekat tadi supaya kelihatan kilat.
  4. Hidangkan dengan sambal ayam goreng kalasan

Untuk 4 potong

AYAM BETUTU

Bahan-bahan

  • 1 ekor ( 1 kg ) ayam besar
  • 5 sdm minyak, untuk menumis
  • daun pisang/aluminium foil, untuk pembungkus

Bahan untuk ditumbuk

  • 7 biji cabai merah dan 5 cabai besar
  • 10 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan serai, dihiiris halus
  • 1 sudu makan lengkuas dicincang
  • sudu teh serbuk pala
  • 2 sudu teh kunyit dicincang
  •  2 sudu teh halia dicincang
  • garam dan gula menurut selera

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga wangi dan kering.  Angkat dan sejukkan.  Bahagikan kepada  dua bahagian.
  2. Campur satu bahagian ke dalam  Masukkan dalam rongga badan ayam, semat lubangnya dengan cungkil gigi.   Dan sebahagian lagi dilumur pada permukaan ayam dan di bawah kulit.
  3. Bungkus dengan beberapa lapis daun pisang, ikat ketat dengan tali.  Panggang dalam oven dengan panas 180C, selama 2-3 jam sampai masak.
  4. Angkat, potong-potong dan hidangkan.

Catatan:   sebelum dipanggang, boleh juga dikukus lebih dulu 45 minit, kemudian dipanggang selama 1 jam.

Untuk 3-5 orang.
   

Ayam KICAP Bakar

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam
  • Mentega untuk sapuan
  • Kicap manis secukupnya
  •  1 potong lengkuas, diketukkan
  •  1 batang serai, diketukkan
  •  3 helai daun salam
  •  5 biji cabai merah, dihiris halus

Bahan untuk ditumbuk

  • 2 ulas bawang putih
  • 4 butir bawang merah
  • 1 potong (1 cm) kunyit
  • garam secukupnya

 

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan dipotong 4 bahagian.
  2. Semua bahan tumbuk digaulkan.
  3. Dengan air secukupnya, rebus ayam dengan bahan tumbuk digaulkan , tadi, lengkuas, daun salam dan serai sampai masak dan bahan meresap rata.
  4. Lalu bakar ayam dengan bara api yang sederhana sambil dilumur dengan  cabai merah yang sudah dihaluskan, lalu disapu dengan mentega dan kicap manis.   Bakar ayam sampai warnanya kecoklatan.
     
Untuk 3-4 orang.

MASAK PETAI HATI & HEMPEDAL AYAM

Bahan-bahan

  • 6 potong hati ayam
  • 6 potong hempedal ayam
  • 4 sudu makan minyak masak
  • 1 biji bawang bombay, dihiris
  • 2 ulas bawang putih, diketuk
  •  5 biji cabai hijau, dhiiris serong
  • 3 biji cabai merah, diiris serong
  • 1 helai daun salam
  • 1 cm lengkuas dihiris
  • 1 biji tomato, dipotong
  • 2 papan petai, dikupas
  • garam secukupnya
  •  2 sudu makan kicap manis
  • 1 potong kiub maggi , dilarutkan dalam air

Cara-cara

  1. Rebus hati dan hempedal ayam dalam air secukupnya sampai lembut  dan warnanya berubah.
  2. Angkat, potong hati dan hempedal ayam sesuai dengan selera masing-masing, asingkan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dengan api yang sederhana, tumis bawang bombay, bawang putih, cabai hijau, cabai merah, daun salam sehingga wangi.   Kemudian masukkan tomato, petai, garam, kicap dan larutan maggi.  Setelah itu, masukkan hati dan hempedal ayam dan air lebih kurang 75 cc air.
  4. Masak semua bahan sehingga masak.
  5. Angkat, siap dihidangkan.

Untuk 4-5 orang

   Ayam golek

   Bahan-bahan

  • 2 bahagian paha ayam
  • 1 mangkuk santan
  • 5 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 tangkai cili kering
  • sedikit kunyit dan sedikit halia

 



Cara-cara
  1. Bawang merah,bawang putih,kunyit,halia,serai,cili kering dikisar halus
  2. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar serta ayam kedalam santan pekat.masak hingga ayam separuh masak.
  3. Keluarkan ayam tadi dan bakar antara 20-25minit
  4. Kuah rebusan ayam tadi di sapukan pada ayam yang sedang dibakar.
  5. Siap utk dimakan

   nugget ayam bakar

   Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 isi dada ayam
  • 2 sudu butter
  • 1/2 cawan bread crumbs
  • 1/4 cawan parmesan cheese
  • 1 sudu kecil parsley
  • garam
  • serbuk lada putih

 

 

Cara-cara

  1. Bersih dan potong isi ayam kecil-kecil. Lumurkan garam dan serbuk lada putih
  2. Carikan butter dengan api yang kecil. Kemudian gaulkan dengan ayam tadi
  3. Masukkan bread crumbs, parsley, dan cheese ke dalam plastik beg. Goncang-goncang biar semua bercampur.
  4. Masukkan ayam ke dalam plastik beg tadi. Goncang-goncangkan. Biarkan semua ayam tadi bersalut dengan campuran bread crumbs tadi.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 200C sehingga masak

 


     Ayam Percik Terengganu

   Bahan-bahan:

A
  • 15 biji cili kering, direndam
  • 10 ulas bawang moray
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 batang serai
  • 2 cm kunyit hidup
B
  • 250 ml santan pekat
  • 2 camca besar gula secukup rasa
  • 1 camca besar tepung beras
  • 2 Kiub Pati Ayam
  • 1 kg ayam, dipotong ke 4 kepingan dan dihiris
 Cara:
  1. Campur ramuan A dan kisar hingga lumat. Dalam periuk, campur ramuan A dan B. Masak di atas api yang sederhana hingga kuah hampir pekat.Ketepikan dari api.
  2. Sapu kepingan ayam dengan kuah rempah dan panggang atas dawai memanggang hingga kekuningan.Kemudian terbalikkan di sebelahnya, sapu lagi dengan kuah dan panggang hingga masak.Ulang proses ini dengan kepingan seterusnya


Gulai Ayam Berempah

         Bahan bahan

  • Seekor ayam - di potong ikut citarasa anda

  • 15 - 20 tangkai cili padi - ditambah jika suka pedas

  • 3 ulas bawang merah

  • 2 ulas bawang putih

  • Kunyit hidup - aggaran seinci

  • 2 batang serai - dititik
  • Satu sudu teh ketumbar
  • Satu sudu teh jintan putih
  • 3 - 4 biji ubi kentang - di belah 4
  • Santan dari sebiji kelapa - asingkan patinya
  • Garam secukupnya
  • Sedikit minyak unutk menumis

Cara membuatnya

  1. Cili padi ,bawang merah ,bawang putih,dan kunyit hidup di tumbuk halus .

  2. Goreng tanpa minyak ketumbar dan jintan putih kemudian tumbuk halus.

  3. Tumiskan bahan tumbuk bersama ketumbar dan jintan putih yang telah
    ditumbuk tadi sehingga naik baunya

  4. Masukkan serai dan ayam .. balik - balikkan ..kemudian tutup periuk dan
    perlahankan api ...biarkan selama lebih kurang 5 - 10 minit
    ( supaya ayam sebati dengan bahan tumisan tadi )

  5. Masukkan santan cair biarkan mendidih kemudian masukkan ubi kentang

  6. Masukkan pati santan , garam dan sedikit perahan air asam jawa .Biarkan
    seketika ..kemudian bolehlah dihidangkan


CHICKEN KIEV

BAHAN :

  • 2 buah dada ayam, tanpa tulang 

  • 1 sendok makan air jeruk lemon

  • 1/2 sendok teh garam 

  • 3 lembar daging salai

  • 50 gram keju cheddar, potong kecil memanjang 

  • minyak untuk menggoreng 

    BAHAN PELAPIS: 

  • 2 butir telur yang telah dipukul sebati

  • 50 gram tepung roti 

  1. Hiris daging dada ayam hingga nipis-nipis.Gaul dengan air  lemon, garam, dan perap selama 20 minit. 

  2. Sediakan ayam dan kemudian dilapis dengan daging salai. Selitkan keju lalu gulung, sematkan ujungnya. 

  3. Celupkan dalam telur lalu golekkan di atas tepung roti. Goreng dalam minyak sehingga masak.


Dada Ayam Isi

BAHAN :  

  • 2 keping dada ayam tanpa tulang 

  • minyak untuk goreng

BAHAN ISI: 

  • 2 ulas bawang putih, cincang halus 

  • 1/2 buah bawang bombay, cincang halus 

  • 1 sudu makan margarin 

  • 1/4 sudu teh garam 

  • 1/8 sudu teh serbuk perasa

  • 150 gram ayam yang telah dicincang 

  • 1 biji telur 

  • 2 sudu makan tepung roti 

BAHAN SAPUAN: 

  • 1/2 sudu teh garam 

  • 1/4 sudu teh serbuk perasa

  • 2 sudu makan mustard 

BAHAN SOS: 

  • 1 sudu makan kicap

  • 100 ml stok ayam

  • 1/2 sudu teh garam 

  • 1/8 sudu teh serbuk pala  

  • 2 ulas bawang putih, cincang halus 

  • 10 batang cendawan, dipotong 2 

  • 1 sudu makan tepung gandum

  • 1 sudu makan mentega 

  • 1 sudu teh kicap manis  

    CARA MEMBUAT:

  1. Buat lubang di bahagian atas dada ayam . Lumur dengan bahan sapuan. 

  2. Tumis bahan isi dengan bawang putih dan bawang bombay dalam mentega sehingga naik bau. Kemudian masukkan ke dalam ke dalam dada ayam dan disematkan. 

  3. Panaskan minyak. Goreng dada ayam dengan api yang sederhana sehingga masak. 

  4. Rebus bahan sos sehingga pekat . Sajikan ayam dengan sos


GULAI AYAM MUSSAMAN (Mussaman Gai)

 

Bahan-bahan

  • 2 cawan isi ayam

  • 3 cawan santan

  • 2 sudu besar kacang tanah (panggang)

  • 5 biji bawabg besar - dihiris

  • 4 biji kentang sederhana besar - dipotong dadu (3 x 3 cm)

  • 3 sudu besar pes kari mussaman

  • 2 sudu besar sos ikan

  • 3 sudu besar gula melaka

  • 3 sudu besar air asam jawa

  • 3 helai daun bay

  • 1 cm kulit kayu manis

  • 5 biji buah pelaga

  • 1 sudu besar minyak sawit

Cara-caranya:
  1. Potong isi ayam kepada ketulan sebesar lebih kurang 2 inci.

  2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan pes kari dan 1 cawan santan. Kacau di atas api yang rendah hingga wangi.

  3. Masukkan ayam dan kacau perlahan-lahan.

  4. Masukkan santan yang selebihnya dan renihkan selama 5 minit.

  5. Masukkan kentang, kacang, bawang, sos ikan, gula melaka, air asam jawa, daun bay, buah pelaga dan kayu manis. Renihkan sehingga lembut.

  6.  Angkat dan hidangkan

 


ROLADE AYAM

BAHAN:

  • 250 gram ayam cincang

  • 1/2 buah bawang bombay 

  • 2 ulas bawang putih, cincang halus 

  • 1/2 sudu teh garam 

  • 1/4 sudu teh serbuk perasa

  • 1/8 sudu teh serbuk pala  

  • 1 biji telur 

  • 100 gram kacang peas

  • 2 keping fucuk, rendam sebentar 

BAHAN PELAPIS: 

  • 2 biji telur, dipukul

  • 25 gram tepung roti 

  • minyak untuk menggoreng 


CARA MEMBUAT:

  1. Campur ayam cincang bersama bahan rempah, telur, dan kacang peas. Bubuh tauhu yang telah kembang di atas papan canai. 

  2. Bubuh campuran ayam di atasnya, ratakan lalu gulung dan ikat ujungnya. Kukus selama 20 minit, angkat, dan sejukkan. 

  3. Celupkan dalam telur lalu gulingkan di atas tepung roti. Goreng dalam minyak sehingga perang. 

  4. Sajikan dengan sos cili. 

 

 

 


 
SATAY AYAM

Bahan-bahan:
  • 400 gm isi ayam - di potong dadu
  • 3 sdm kicap pekat manis
  • 2 sdm air asam jawa pekat
  • sedikit minyak masak
  • 1 sdt jintan manis/halus
  • 1 sdt ketumbar
  • 1 sdm kunyit serbuk
  • sedikit garam

    Bahan-bahan yang di kisar
  • 8 biji bawang kecil
  • 3 biji lada merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ibu jari lengkuas



Cara.

Gaulkan semua bahan2 tadi dan perap sekurang-kurangnya 1/2 jam sebelum mencucuk ke lidi.

Nota:
resepi ini lebih sesuai untuk di bakar seperti satay biasa. Tapi kalau hendak mengoreng... gunakan minyak yg tidak terlalu byk mahupun tidak terlalu sedikit.

SAYAP AYAM BERISI

         

BAHAN  :

  • 5 keping sayap ayam 

  • minyak untuk menggoreng 

    BAHAN ISI: 

  • 2 sudu makan mentega 

  • 2 ulas bawang putih cincang halus 

  • 100 gram carrot, potong kiub

  • 50 gram kacang buncis dihiris halus 

  • 50 gram ayam cincang 

  • 25 gram soun rendam sebentar 

  • 1/2 sudu teh garam 

  • 1/4 sudu teh serbuk perasa

  • 1 sudu makan tepung gandum

  • 100 ml stok ayam

  • BAHAN PELAPIS: 

  • 2 biji telur 

  • 1/4 sudu teh garam 

CARA MEMBUAT:

  1. Potong sayap ayam dibahagian atasnya. Kerat daging yang terdapat di sayap. Patahkan 2 tulangnya sehingga membentuk uncang (poket). 

  2. Sediakan isi, tumis bawang putih sampai naik bau. Masukkan carrotl, buncis, dan ayam. Gaul sehingga sebati. Masukkan soun kemudian masukkan garam dan perasa. Gaul rata. 

  3. Tambahkan tepung gandum lalu tuangkan stok. Campur sehingga sebati & masak. Angkat. 

  4. Isikan ke dalam uncang ayam, semat ujungnya lalu kukus 20 minit. 

  5. Celupkan ke dalam telur yang dicampur dengan garam. Goreng dalam minyak sehingga kuning dan masak. 


Ayam Masak Palembang
Bahan-bahan :

  • 600 g dada ayam, tanpa kulit dan lemak

  • 100 g (8 biji) cili merah

  • 100 g (8 ulas) bawang merah

    Bahan (A) ditumbuk :
     

  • 40 g (2 ketul sebesar ibu jari) kunyit hidup

  • 40 g (2 batang) serai

  • 5 g (3 helai) daun kunyit muda

    Bahan (B) dihiris halus:
     

  • 3 g (5 helai) daun limau purut

  • 60 g (1 biji) bawang besar, dihiris bulat

  • 20 g (2 sudu makan) asam jawa, dicampur dengan 1/2 cawan air untuk mendapatkan jusnya

  • 60 ml (1/4 cawan) susu rendah lemak

  • 5 g (1 sudu teh) garam

Cara memasak :
  1. Ayam dipotong sebesar kotak mancis. Cuci dan toskan.
  2. Gaulkan ayam bersama bahan (A) dan (B), kemudian perap selama 15 minit.
  3. Masukkan bawang besar, jus asam jawa, susu rendah lemak dan garam ke dalam ayam yang telah diperap tadi. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan campuran ke dalam kerajang aluminium. Balut kemas dan bakar di dalam oven pada suhu 240C selama 20-30 minit.
    Hidangkan semasa panas.

Ayam bakar mayonis

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 8 ketul drumstick
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Lada hitam secukupnya-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1/2cm halia-tumbuk

Cara-cara

  1. Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap

Ayam goreng crispy

Bahan-bahan ( 6 ketul )

  • 6 ketul ayam
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung kanji
  • 2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk bawang putih(optional)
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan susu(fresh milk)

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Buang kulit kalau tak suka. Sejatkan airnya.
  1. Masukkan semua bahan dari no.2~ no.8 ke dalam beg plastik. Tutup mulut beg plastik dan goncang-goncang biar semua bergaul sebati.
  2. Campurkan susu dengan telur dan pukul sehingga sebati. Kemudian panaskan minyak.
  3. Ambik 2~3 ketul ayam. Masukkan ke dalam tepung tadi. Goncang-goncangkan beg plastik.. biarkan ayam bersalut dengan tepung. Kemudian keluarkan ayam tadi. Celup pula ke dalam sebatian telur dan susu. Masuk semula ayam ke dalam beg plastik. Goncang-goncangkan. Kemudian goreng dengan minyak penuh sehingga perang atau garing.
  4. Angkat dah letakkan di atas bekas yang berlapik dengan kitchen paper supaya minyak meresap pada paper.
  5. Ulang langkah ke 4~5 sehingga ayam habis. Hidangkan ketika panas-panas.

Ayam grill madu

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 500g ayam
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • ( TUMBUK )
  • 2 ulas bawang putih
  • 1cm halia
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara

  1.  Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.
  2. Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar

Ayam kalio

Bahan-bahan ( 6-7 orang )

  • seekor ayam
  • halia 1cm(lebih kurang) dikisar
  • 4 biji bawang merah dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • 1/2 cm kunyit dikisar ( ni nak bagi balance supaya kurang risiko kena sakit jantung sebab makan santan banyak)
  • 2 batang serai(diketuk)
  • 3 keping daun limau purut(nak lebih boleh tapi jgn banyak sangat nanti maung)
  • 2 keping asam gelugor (kalau nak masam letak lebih, biasanya saya letak lebih sebab saya suka masam)
  • Cili kisar(cili boh pun boleh, tapi nak sedap elok guna cili kisar sendiri sebab takde bahan campuran lain)
  • 1 1/2 biji santan kelapa (nak guna sebiji pun boleh saya suka buat kuah pekat)
  • cili api (tambahan kepada sesiapa yang nak pedas)

Cara-cara

  1. Satukan semua bahan yang dikisar bersama santan, serai dan cili kisar
  2. Masukkan ayam
  3. Kemudian jerang atas api, kacau santan supaya tak pecah minyak
  4. Masukkan daun limau purut
  5. Bila santan dah separuh masak, masukkan asam keping dan masak sehingga santan betul-betul masak
  6. P/S: Kalau nak lauk bersantan tahan lama, masakkan santan lama-lama barulah lauk ni tahan lama
  7. Biasanya kalau saya masak ayam kalio ni, saya akan pastikan masakan ni pedas dan masam sikit baru ada ummph.

 


Ayam Masak Kicap

Bahan-bahan ( 1-2 orang )

  • 1 bahagian paha ayam
  • garam kunyit secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • 1/2 biji bawang besar -hiris nipis
  • 2 ulas bawang puting- mayang
  • 1cm halia- cincang halus
  • kicap pekat manis secukupnya
  • 2-3 biji cili padi- potong dua
  • 1-2 batang cili hijau

 

Cara-cara
  1.  Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
  2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan
  3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
  4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
  5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam. Goreng sekejap dan padamkan api.
  6. Siap untuk dimakan.

Ayam masak pedas

Bahan-bahan ( ramai )

  • Ayam atau daging
  • 2 batang serai
  • Sedikit lengkuas - dimesin
  • 3 ulas bawang putih - dimesin
  • 1/2 ulas bawang besar - dimesin
  • Cili kering ( mengikut citarasa untuk pedas ) - dimesin
  • sedikit cuka atau air asam jawa.
  • sedikit garam,gula dan air.
  • Kicap

Cara-cara

  1. Potong ayam atau daging pada saiz kesukaan
  1. Blenderkan kesemua bahan yang dimesin itu kemudian panaskan minyak dan tumis bahan yang dimesin itu dan masukkan ayam
  2. Tambahkan sedikit air mengikut kuah yang dikehendaki, biar sehingga mendidih dan naik bau,masukkan air asam atau cuka,garam,gula dan kicap. Kacau lalu biarkan sehingga mendidih dan pekat
  3. Apabila masak bolehlah dimakan bersama nasi atau dicicah bersama dengan ketupat. Sebab itu ayam atau daging dipotong mengikut kesukaan anda
  4.  Cubalah sedap.saya buat untuk cicah bersama ketupat dihari raya.

Ayam oren goreng

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 8 ketul kepak ayam

*Bahan A *

  • 1/2 cawan yogurt
  • 1/2 jus oren
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/4 sudu kecil serbuk cili - boleh tambah kalau nak lagi pedas
  • * Bahan B *
  • tepung gandum secukupnya
  • 2 biji oren
  • Italian parsley secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

 

Cara-cara

  1. Bersih ayam. Toreh ayam ikut arah tulang
  2. Perap ayam dengan bahan-bahan A selama 1/2 jam atau lebih. Lagi lama, lagi sedap.
  3. Buang air. Salut ayam dengan tepung. Masukkan tepung dalam beg plastik. Masukkan ayam. Tutup mulut plastik beg dan goncang-goncangkan.
  4. Gorenglah dalam minyak panas sehingga kekuningan/masak.
  5. Hiaslah dengan parsley dan oren

 

 

 


Roti pita ayam

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 4 keping roti pita
  • 2 keping dada ayam- potong nipis
  • * 2 sudu kecil worcestershire sauce
  • * garam
  • * serbuk lada hitam
  • *1 ulas bawang putih-parut
  • *1cm halia-parut
  • 1 biji telur
  • lettuce
  • tomato

 

  • sos tomato/cili
  • mayonis
  • tepung secukupnya
  • minyak untuk menggoreng 

      Cara-cara

  1. Perap isi ayam dengan semua bahan bertanda (*) selama 30 minit atau lebih
  2. Pukul telur. Celupkan isi ayam ke dalam telur. Cover dengan tepung. Then goreng dengan minyak panas sehingga masak.
  3. Potong 2 roti pita. Then isilah lettuce, tomato, ayam dan juga sos.
  4. Siap untuk dimakan

Tauhu ayam

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 keping dada ayam
  • 280g tauhu
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk lada
  • 3 tangkai daun sup
  • 1 biji telur ayam
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula

Cara-cara

  1. Cincang isi ayam
  2. Lecek tauhu dengan garfu
  3. Potong halus daun sup
  4. Gaul semua bahan-bahan diatas dengan isi ayam, tauhu dan juga daun sup
  5. Kemudian goreng dalam minyak penuh seperti goreng cekodok


|
Ayam | Lembu | Kambing | Lain-Lain |