Menu
Resepi Koeyteaw
Bahan :
220 mml air
300 gm tepung gandum
200 gm tepung beras
1/2 sk air abu (mak tak letak.ni dikenali sebagai alkaline water.ada jual kat kedai bakery atau
sensei.kat kuwait..takder..kedai abg abu pon tak pernah jumpa.mana nak jumpa air plak kan.)
1 sk garam
1 sk kapur
Cara :
1) 220 mml air dibahagikan kepada dua
- 110 (dicampur dgn 1/2 sk air abu)
- 110 (dicampur dgn 1 sk air garam)
2) Masukkan tepung bersama dgn campuran air abu - mak x buat.korang gi jek la cari dah alang2
kat mesia tu.bila letak..lagi cun.sb utk kenyalkan koey teaw.
3) Selepas doh menjadi sebati..
4) Masukkan 1 sudu kecik air kapur
5) Masukkan campuran air garam dan mixer hingga sebati
6) Setelah itu dikepal kan doh menjadi bulat
7) Dan dicanaikan menggunakkan mesin karipap...
8) Guna dibahagian pertama dan bahagian ketiga
9) Setelah menjadi mee taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat
10) Masakkan air hingga mendidih masukkan minyak (1 sudu)
11) Celurkan mee
12) Basuh mee tadi dgn aliran air paip utk hilangkan lebihan kapur dan tepung tadi
13) Setelah itu ditoskan,dicampur dgn minyak (1 sudu) sekali lagi untuk kelihatan kilat dan
tidak melekat
14) Diletakkan ke dalam bekas utk dibiarkan kering..
siap uli.mak uli separuh masa pertama.minit terakhir mak masukkan dalam mixer mak n uli sampai
sebati.
mak xnak tunjuk doh.mak nak tunjuk mak ada taik lalat kiut gojes kat tapak tgn.kahkahkah
ini koey teaw.senget sikit sb ikat kat kusi makan jerk.
yg beketak2 tu abaikan jek la.x koser aku nak potong anak dah bangun.masa itu emas.
celor.ok jadi dah.bleh la mak nak makan.walaupun mak skip tang air abu tu.tp kalau nak cun,n
tak mudah patah,korang carik la air abu yek.usaha la lebih sikit pegi kedai cari.tumpang dah
kat mesia tu.cuba kenang sikit mak yang kat perantauan nih.susah benor nak mendapat benda2
pelik nih.esok balik cuti mesia mak angkot 16 botol terus.kahkahkah.baru bleh eksyen sket.skang
kena idup dalam keadaan kreatif jap.skang mak xdan nak upload gmbar mama mak posing kat pokok
baby mengkudu..posing kat keter jiran(ye lah takkan nak posing kat teksi..kang kena marah lak
rugi kastemer lak driver teksi)..semer tu takdan.byk sgt gmbor ni.mak pon sibuk bwk mama abah
mak jalan2 hoi..hahahahaha..syok sungguh..nanti mak sambung yek.tata!!
********************************************************************************************
http://www.myresipi.com/top/detail/917
Bahan-bahan ( satu kilo )
                                 350 tepung gandum
                                 150gm tepung beras
                                 1 biji putih telor
                                 200 ml air
                                 tepung ubi secukupnya
                                 minyak secukupnya
                                 air untuk merebus
                                 garam secukupnya
Cara-cara
1.                              
Kteow-bahan
 Satukan kedua2 jenis tepung,putih telor dan air ke dalam mangkok adunan dan uli doh. Kemudian jerang air dalam periuk dan setelah air mendidih, masukkan sedikit minyak masak ke dalamnya)
2.                              
Kteow-letak_minyak
 Setelah adunan siap, masak air dan letakkan sedikit minyak dan biarkan mendidih
3.                              
Kteow-masuk_dlm_mesin_pasta
 Abil sedikit adunan dan masukkan ke dalam mesin pasta pada no1 dan putar (makin banyak tepung maka akan lebih panjang kuey teownya)
4.                              
Kteow-spin_nipis
 Putar adunan sehingga tepung nampak rata dan tukar tahap nipisnya dengan no besar (saya buat sehingga no4 atau no5)
5.                              
Kteow-taburtepung
 Setelah nipis taburkan tepung ubi ke atas adunan supaya tidak melekat dan lakukan sehingga semua aduna habis diputar nipis
6.                              
Kteow-potong
 Setelah semua adunan nipis, masukkan ke dalam pemotong mesin pasta yang bergigi besar (biasanya ada 2 saja - untuk mee dan untuk kuey teow)
7.                              
Kteow-jgn_melekat
 Terus memotong sehingga adunan habis
8.                              
Kteow-rebus
 Setelah air mendidih, rebus kuey teow sedikit2 atau muat tapisan-periuk)
9.                              
Kteow-timbul
 Rebus sebentar sahaja atau sehingga kuey teow timbul - angkat dan toskan
10.                          
Kteow-tos-minyak
 Letakkan kuey teow yang telah ditoskan ke dalam dulang/loyang dan tuangkan sedikit minyak dan gaul rata (buat semasa kuey teow sedang panas. Jika tidak kuew teow akan melekat antara satu dengan lain)
11.                          
Kteow-sejukkan
 Ulang proses tersebut sehingga kesemuanya habis dan sejukkan kuey teow sebelum disimpan atau digunakan