Menu
Ini cara nak buat TAUHU 
BAHAN asas tauhu ialah biji-bijian kacang soya. Biji-bijian kacang soya yang bermutu
tinggi sahaja yang digunakan untuk diproses menjadi tauhu. Oleh itu ia hendaklah
terlebih dahulu dibersihkan daripada sebarang kotoran seperti tanah, pasir, habuk, kulat
dan sebagainya. Biji-bijian kacang soya yang hendak dibuat tauhu mestilah bukan yang
sudah busuk atau rosak, pecah dan juga keadaannya mestilah bebas daripada serangga
dan penyakit serta tidak yang sudah kecut. 
Tauhu diperbuat daripada protein kacang soya yang dibekukan oleh agen pembeku iaitu
Calcium Sulphate atau dipanggil Siako atau Plaster of Paris; digunakan ia hendaklah
dibakar terlebih dahulu kemudian ditumbuk atau dikisar supaya menjadi halus seperti
tepung. Penggunaannya ialah: 
Bagi setiap kilogram kacang soya, gunakan sebanyak 60 gram Saiko. 
Warna semulajadi tahu ialah putih, tetapi boleh dibuat menjadi berwana kuning dengan
menggunakan kunyit. Isi kunyit ditumbuk dengan sedikit air bersih, dan airnya
dimasukkan ke dalam adunan, dikacau ke tahap warna kuning yang dikehendaki. Boleh
juga kunyit dimasukkan ke dalam air semasa merebus tauhu yang sudah siap di peringkat
akhir memproses, Sedikit garam juga boleh dimasukkan ke dalam air rebusan di
peringkat akhir memproses, iaitu pada Langkah 10. 
Peralatan Membuat Tauhu 
Yang paling penting sekali ialah alat untuk mengisar kacang Biji-bijian Kacang Soya itu
supaya ia menjadi hancur halus. Secara mudah ialah dengan menggunakan blender. Yang
lain-lainnya ialah pencetak tauhu dan lain-lain yang akan disebut semasa langkah
memproses bagi membuat tauhu dihuraikan. Semua peralatan mestilah bersih dan stril
tidak terdapat kuman, kulat dan bekteria yang boleh memudaratkan yang makan tauhu
itu. 
Langkah Memproses Tauhu Secara Tradisional 
Ada 10 langkah bagi menghasilkan tahu dari kacang soya. Bagi setiap langkah, tahap
kebersihan mestilah dijaga rapi bagi memastikan tauhu yang dihasilkan tidak akan
membawa mudarat kepada pengguna yang memakannya. 
Langkah 1: Biji-Biji Kacang Soya Ditampi 
Biji-biji Kacang Soya hendaklah dibersihkan melalui tampian menggunakan nyiru atau
pun dulang bagi mengasingkan kacang-kacang soya itu dengan segala bahan kotoran
seperti pasir, habuk, akar, tanah, dan apa saja yang mesti dibuang supaya tidak masuk ke
dalam tauhu yang dihasilkan nanti. 
Langkah 2: Biji-Biji Soya Kacang Dibasuh-cuci 
Biji-biji Kacang Soya yang telah ditampi dimasukkan ke dalam baldi atau takungan
mengandungi air bersih bagi menanggalkan segala kotorang yang masih melakat
padanya. Adalah lebih baik lagi jika air yang digunakan untuk membasuh biji-biji kacang
soya itu dalam keadaannya mengalir perlahan-perlahan agar ia dapat menghanyutkan
keluar segala kotoran yang tanggal dari biji-biji kacang soya itu dan meninggalkan bijibiji kacang soya itu. 
Langkah 3: Biji-Biji Kacang Soya Direndam 
Kacang Soya yang sudah dibasuh bersih, direndam dengan Air Bersih selama 6 12 jam
supaya ia menjadi lembut dan kulitnya boleh menjadi mudah dapat dikupas.  
Langkah 4: Pengupasan Kulit Biji-Biji Kacang Soya 
Kacang Soya yang sudah direndam dengan Air Bersih selama 6 12 jam itu dibuang
kulitnya dengan cara memicit-micitnya di dalam air bersih hingga kulitnya tanggal, dan
kulitnya dibuang. Kacang Soya itu dipicit-picit supaya terbelah. 
Langkah 5: Pengisaran Biji-Biji Kacang Soya 
Kacang Soya yang sudah dibuang kulitnya itu direndam dengan Air Panas ( 1 Bhg.
Kacang Soya + 8 Bhg. Air Panas). Masukkan Kacang Soya sedikit demi sedikit ke dalam
alat pengisar (blender), dan kisar sehingga menjadi halus seperti bubur pekat. Ini
dipanggil Bubur Mentah Kacang Soya. 
Langkah 6: Memasak Bubur Mentah Kacang Soya 
Masak Bubur Mentah Kacang Soya dengan Air Panas di dalam periuk yang cukup
besarnya ( 1 bhg. Bubur Kacang Soya + 1 bhg. Air Panas). Masak sehingga mendidih
sambil dikacau-kacau agar ia tidak meruwap. Apabila dua kali ia membusa (naik
meruwap), tutuplah api. 
Langkah 7: Penyaringan 
Sediakan sebuah takungan atau baldi yang di bahagian dalamnya di beri alas dengan kain
belacu. kain belacu ini mestilah yang cukup besarnya. Kain belacu ini akan digunakan
untuk membungkus Bubur Mentah Kacang Soya itu. Tuangkan adunan dari hasil
Langkah 6 itu ke dalam takungan (atau baldi) yang siap beralas dengan kain belacu tadi. 
Bungkus Bubur Mentah Kacang Soya itu di dalam kain belacu tadi dan diikat kemaskemas untuk bungkusan itu supaya bungkusan itu dapat pula diapit dengan Pengapit
Papan bagi mengeluarkan Pati Air Kacang Soya. Hasil apitan ini mengeluarkan Pati Air
Kacang Soya yang akan mengalir masuk ke dalam tadahan takungan (baldi) plastik. Setelah selesai mendapat Pati Air Kacang Soya itu, hampas kacang soya yang berada di
dalam bungkusan kain belacu itu tidak digunakan. 
Langkah 8: Penggumpalan dengan menggunakan Tepung Halus Calcium Sulphate 
Dalam satu bekas lain pula larutkan dengan sedikit air 180 gram Tepung Halus Calcium
Sulphate ( iaitu 3 Kg. Pati Kacang Soya + 180 gram Calcium Sulphate ). 
[Peringatan: Siako atau Calcium Sulphate mestilah terlebih dahulu dibakar, kemudian
ditumbuk halus menjadi seperti tepung ]. 
Masukkan ia ke dalam Pati Kacang Soya yang masih panas itu dan dikacau. Pati Kacang
Soya akan menjadi bergumpal-gumpal. 
[ Birakan 5 10 minit agar proses penggumpalannya sempurna. ] 
Sediakan alat pencetak atau acuannya untuk membentuk Tauhu. 
Langkah 9: Mencetak atau Membentuk Tauhu 
Ambil hanya gumpalan pati Kacang Soya dan buangkan airnya. Masukkan Gumpalan
tauhu ke dalam acuan/pencetak yang terlebih dahulu dialas dengan kain belacu. Temukan
atau lipat bahagian hujung kain belacu ini supaya menutup adunan, kemudian diletakkan
benda berat yang boleh menekan adunan di dalam kain belacu itu. Potong Tauhu
mengikut saiz yang dikehendaki, biasanya 5 x 5 sm. atau mengikut saiz yang
dikehendaki. 
Langkah 10: Perebusan: 
Rebus Tauhu dan semasa merebus inilah boleh dimasukkan sedikit garam jika inginkan
tauhu itu terasa masin sedikit, dan dibubuh serbuk kunyit jika inginkan tauhu itu
berwarna kuning. Setelah selesai direbus, tutup api dan biarkan ia sejuk dan terus berada
terendam di dalam Air Rebusan. Tujuan tauhu itu terendam di dalam air rebusannya
supaya ia tidak menjadi basi atau masam. 
Percubaan Membuat Tauhu Sendiri 
Bahan 
Air Bersih : Secukupnya untuk merendam Kacang Soya 
Kacang Soya : 3 kg 
Calcium Sulphate : 180 gram (Hendaklah dibakar, kemudian ditumbuk halus) 
Air Panas : 2 liter 400 ml 
Garam : Mengikut Keperluan 
Serbuk Kunyi : Secukupnya (jika inginkan Tauhu berwarna kuning) 
Cara Membuat: 
1. Tampi Kacang Soya untuk membuang segala kekotoran, pasir dan sebagainya. 
2. Basuh kacang Soya dengan Air supaya menjadi bersih. 
3. Rendam Kacang Soya dalam baldi dengan Air Bersih selama 6 12 jam. 
4. Ramas Kacang Soya di dalam Air supaya kulitnya tanggal menjadikan biji kacang
soaya terbelah dua. 
5. Rendam Kacang Soya yang sudah dibuang kulitnya itu dengan air panas. 
6. Blender Kacang Soya sehingga hancur menjadi seperti Bubur Mentah Kacang Soya. Di
dalam sebuah periuk yang cukup besarnya panaskan hingga mendidih Bubur Mentah
Kacang Soya ini bersama dengan Air Panas. [Sukatan Air Panas ialah sama banyak
dengan sukatan Bubur Mentah Kacang Soya]. Kawal api, dan kacau adunan supaya
adunan tidak membuak keluar tumpah dari dalam periuk. Masak selama 15 - 30 minit
atau setakat 2 kali adunan membuak naik, tutup api. 
7. Sediakan baldi yang dialas dengan kain belacu yang cukup besarnya di dalamnya
untuk dituangkan Bubur Mentah Kacang Soya yang panas itu, dan dibungkus dengan
kain belacu itu serta diikat untuk sudia diapait, bagi mendapatkan Pati Kacang Soya. 
8. Masukkan Garam dan Air Kunyit secukupnya ke dalam Pati Kacang Soya. kacau
sebati. Kemdian masukkan pula 60 gram Tepung Calcium Sulphate dan dikacau adunan
menjadikan adunan bergumpalan. Biarkan selama 5 10 minit supaya adunan menjadi
gumpalan dengan sempurna. 
9. Siapkan sediakan alat pencetak tahu. Sebelum dimasukkan gumpalan tauhu ke dalam
pencetak yang dialas dengan kain belacu yang cukup besarnya, airnya hendaklah
dipisahkan. Setelah gumapalan tahu diisi penuh di dalam pencetak, bahagian tepi kain
belacu itu diangkat untuk menutup gumpalan tauhu, dan diletakkan pula bebanan berat di
atasnya bagi menindihnya selama satu minit agar tauhu itu menjadi agak mampat. Potong
tauhu mengikut saiz yang dikehendaki. 
10. Tauhu yang sudah dipotong-potong itu hendaklah direbus dengan Air Bersih.
Sewaktu merebus tauhu ini, masukkan sedikit garam jika suka hasil tahu itu berasa
sedikit masin, dan kunyit, jika mahukan ia berwarna kuning. Setelah direbus, tutup api
dan biarkan tauhu itu terendam dan sejuk di dalam air rebusannya