Menu
roti jala
Pagi tadi saya ada lebihan kari kepala ikan yang masih elok, saya bancuh tepung untuk buat roti jala. Tapi kepala ikan tak masuk posing dalam gambar ni, malu katanya. iskh... entahlah... biar la dia. Apa pun dah selamat dia dalam perutku ini. Hehehe
Click Here To Read More!
Bahan-bahan:
A. Roti jala
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
Garam secukup rasa
Sedikit air
Sedikit pewarna masakan kuning
Ada orang letak santan kut dalam bahan... saya tak pernah letak... sebab macam ni pun dah ok rasanya, lagipun... tak elok makan santan banyak2... dah le kuah kari ada santan... dengo la nasihatku ini.. (sebenarnya nak berjimat jugak hehehhe)
B. Kuah:
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit halia
Serbuk kari
Santan (jumlah bergantung kepada kepekatan dan banyak yang anda kehendaki)
Garam secukup rasa
Sebiji kentang
Seketul ayam (tanpa tulang -sebaik-baiknya bahagian dada)
Cara-cara:
A. Roti jala
1. Bancuh kesemua bahan A, kemudian masukkan dalam pengisar basah (blander) dan kisar hingga bancuhan tepung menjadi halus. Jumlah air hanya untuk membolehkan anda mengisar. Jika terlebih air, adunan terlalu cair dan cetakan anda akan kurang menjadi.
2. Cuba mencetak dengan cetak roti jala, jika bancuhan tidak lancar keluar dari pencetak, tambahkan sedikit air.
***Sewaktu mengisar, pastikan anda tidak terlebih air.
3. Cetak terus atas kuali leper / kuali biasa, dengan sedikit minyak, apabila agak kering, lipat dua bahagian, dan lipat sekali lagi dan terus angkat.
***Tak perlu dibalikkan ye :)
Lihat gambar di bawah.
B. Kuah
Jenis kuah bergantung pada kegemaran. Tapi selalunya saya buat kari ayam dan kentang ni.
1. Tumis bawang dan halia yang telah dikisar atau tumbuk
2. Masukkan serbuk kari dan tambah air dan santan sedikit. Masukkan kentang dan ayam yang telah dipotong kecil biarkan hingga masak. Tambahkan santan selebihnya dan biarkan hingga mendidih dan jgn lupa masukkan garam secukup rasa.
p/s : sukatan panduan, 2 cawan tepung = 1 biji telur, 4 cawan tepung = 2 biji telur dan seterusnya.