Menu
BEBOLA IKAN( FISH BALL)
Bahan-bahan:
300 g isi ikan tenggiri
3/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil tepung ubi/kanji (tapioca starch)
50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
secubit serbuk perasa jika suka
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
FISH BALL
Bahan-bahan:
400 g isi ikan tenggiri
1 sudu kecil garam (paras rata)
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil tepung ubi
60 ml air sejuk atau secukupnya
1/4 sudu kecil soda bikarbonat
secubit serbuk perasa jika suka
Cara membuat:
Masukkan dlm mesin kisar (food prosessor) isi ikan, lada sulah dan garam, mesin hingga lumat
Masukkan tepung jagung, tepung ubi, serbuk perasa dan air sejuk kemudian mesin lagi sehingga sebati dan kenyal.
Bulat-bulatkan dgn menggunakan sudu kecil. Jika ingin guna tangan, celupkan tangan ke dlm air terlebih dahulu ambil secubit pes tadi bulat2 kan sehingga habis
Didihkan air, masukkan fish ball kemudian rebus sehingga fish ball timbul dipermukaan seketika bolehlah diangkat.
fishballmaisya_cr.jpg
**yg fish ball jual tu putih sbb:**
1. guna ikan tenggiri (atau ikan lain yg isi putih)
2. jumlah tepung byk berbanding ikan
lebih berspring akak rasa dorang buh tepung kanji kot..
kak Noor dah tahu…letak soda bikarbonat dlm adunan fish ball tuh..akak dah try baru2 nih..masa nak buat mee bebola ikan..hasilnya bebola tuh mmg spongy cam yg commercial punya..
oh kalau nak buat camtu..amik segengam adunan picitkan keluar melalui celah2 antara ibu jari dan jari telunjuk…tapi kalau nak cepat amik je pastu gentel jd bulat..pastikan tangan basah sket supaya adunan tak melekat kat tangan..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
kepoklekorkaknoor.jpg
KEROPOK LEKOR (Noormasri)
Bahan-bahan:
2 cawan@1/2 kilo isi ikan tamban atau selayang
4 cawan tepung sagu rumbia
1 1/4 sudu kecil garam
secubit serbuk perasa jika suka
ais ketul mengikut kesesuaian adunan
Cara membuatnya:
Bersihkan ikan
Asingkan tulang dan kulit dari isinya
Mesinkan isi ikan sehingga hancur
Masukkan tepung sagu dan mesin sekali lagi sambil menambahkan sedikit demi sedikit ketulan ais/air sejuk sehingga mendpt adunan yg lembut.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras
Gentel dengan tangan membentuk saiz memanjang
Panaskan air hingga mendidih
Masukkan keropok lekor,Angkat setelah ia timbul dipermukaan air seketika.
tapi oleh krn sini (UK) tak ada tepung sagu rumbia so resepi nya Noor adjust jadik cam ni..
KEROPOK LEKOR PERANTAU
Bahan-bahan:
KEROPOK LEKOR PERANTAU
Bahan-bahan:
2 cawan isi ikan@1/2 kilo
2 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kanji (tapioca starch)
1 sudu kecil garam
ais ketul secukupnya (boleh guna air sejuk dlm peti klu tak ada ais ketul)
secubit serbuk perasa jika suka
Cara membuat:
Bersihkan ikan
Asingkan tulang dan isinya
Mesinkan isi ikan sehingga hancur
Masukkan tepung jagung & tepung kanji, mesin sekali lagi sambil menambahkan sedikit demi sedikit ketulan ais/air sejuk sehingga mendpt adunan yg lembut.
Pastikan adunan tidak terlalu lembik atau keras
Gentel / uli dengan tangan membentuk saiz memanjang
Panaskan air hingga mendidih
Masukkan keropok lekor
Angkat setelah ia timbul dipermukaan air beberapa ketika
Boleh dimakan terus atau digoreng
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx 
KEROPOK LEKOR (hanieliza)
500 gm ikan selayang/parang
500 gm tepung sagu rumbia [hanya banyak di Terengganu/Kelantan]
garam secukupnya
sedikit kiub ais
Cara;
1. Ambil isi ikan, buangkan tulangnya.
2. Tumbuk atau blend halus isi ikan sambil dibubuh garam.
3. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini.
4. Kemudian bubuh tepung sagu secukupnya sambil diuli menjadi doh yang
kenyal [kental].
5. Ambil sebuku kecil adunan ini dan kepalkan.
6. Gelekkan supaya menjadi saperti sebatang kayu.
7. Jerang air hingga men-didih dan masukkan keropok ke dalamnya.
8. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis.
8. Biar sejuk sebelum dipotong pendek dan digoreng di dalam minyak panas.
**Terlebih tepung tapioca membuatkan ianya liat..kalau tak suka liat tak yah bubuh tepung tapioca pung boleh, ganti dgn tepung jagung..kalau suka kepok yg betul2 byk ikan boleh kurangkan tepung jagung..terpulang pada citarasa masing2..Noor mmg suka kepok yg bila digoreng ianya akan kembang skit (spt yg selalunya dijual kat pasar malam sekitar Trg kepok jenis ni digentel panjang2 cam gambo kat Liza tu)..sbb tu Noor bubuh tepung tapioca..kalau kepok yg byk ikan bila goreng ianya tak kembang (spt kepok losong yg kecik2/pendek tu )
kepok yg sedap mesti guna tepung sagu rumbia..tapi kat perantauan nie..alternatifnya tepung jagung
a’ah buh tepung ubi mmg leh tercabut gigi (gigi palsu ler hehehe) tapi kalau kepok yg byk tepung tu (yg bila goreng kembang sampai tak hengat) dorang mmg buh tepung sagu + tepung ubi sket…kepok jenis camni sedap makan lepas digoreng panas2..kalau makan hok rebus dok sedap langsung..kalau yg goreng tapi dah sejuk pung dok sedap…lagi liat semacam
Kalau suka liat2 cam tu..ekcel boleh adjust ratio tepung jagung dgn isi ikan..cuba tepung sama byk dgn isi ikan..dan tak payah buh tepung ubi..lebih byk ikan ke, crunchy ke atau kurang ikan..
Lagi satu jenis ikan yg digunakan juga mempengaruhi texture kepok tersbt.. paling sedap guna ikan fresh sardine (kalau Ganu panggil ikan ni tamban beluru)
KEROPOK LEKOR http://mekarmewangi.blogspot.com
Bahan-bahan:
20 ekor ikan mackerel
1 1/2 packet tepung ubi (tapioca)-(500gm +250gm)
garam
ajinomoto
sedikit air
Cara-cara:
1. fillet ikan, buang kulit. potong kecil.
2. menggunakan hand blender, blend sampai lembut, dan hancur tulangnya
3. masukkan garam dan ajinomoto(kalu tak taruk , tak rasa cam trengganu nyer)
4. masukkan tepung sikit2.-kalau suka keropok yg byk ikan bole kurangkan tepung. mengikut selera tersendiri.
5. kalau perlu air, taruk sikit, sampai doh senang di uli dan di bentuk
6. ambil sedikit, masak dalam microwave, untuk test rasa. rasa mesti lebih sedikit garamnya, coz pas ni nak rebus pulak. kalau tak puas hati dgn rasa, tambah lg garam, selalunya try 2-3 kali baru puas hati dgn rasa.
7. bila rasa dah ok, bole la di bentuk. dan rebus sampai masak.
8. kalau dah buat byk cam ni, bole simpan lama. 3-4 hari dlm fridge pun ok. kalau nak lama lg potong kecil2, simpan dalm freezer. next time nak makan, goreng trus cam chip.
Menu