Tak yah membazir-bazir ko beli...... Buat sendiri sudah.......!!
Ni aku bagi bahan-bahan dia..... Sure rasa macam ayam KFC punya.....
Bahan-bahan: ( satu family pon bleh )
1 ekor ayam (ikut suka kalo nak banyak buat banyak)
1 biji telur
2 sudu minyak bijan
2 sudu serbuk lada putih
1 kotak tepung goreng kentucky
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Ayam dipotong ikut suka. Kemudian dibersihkan.
Di dalam satu mangkuk, masukkan ayam, telur, minyak bijan dan serbuk lada putih. Gaulkan sehingga rata.
Perapkan lebih kurang 30 minit.
Ambil ayam yang diperap dengan bahan-bahan tadi kemudian digolek-golekkan dengan tepung kentucky.
Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak dan keperangan. Ulang hingga habis ayam yang diperap tadi.
Sedia untuk dimakan. Sedap dimakan ketika panas. Selamat mencuba!
Menu