http://www.jphpk.gov.my/Malay/resepi bm beef.htm

Resepi
Daging Lembu

| Ayam | Lembu | Kambing | Lain-Lain |
Nota:Resepi-resepi yang dikumpul adalah dari sumber  pelbagai laman web . Terima kasih diucapkan kepada setiap pihak yang berkaitan



Daging Hitam Manis

Bahan-bahan:

Daging
1 inci halia}dikisar
3 ulas bawang merah}dikisar
2 ulas bawang putih}dikisar
1 biji bawang besar}dimayam
1 sudu cili kisar
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 sudu cili sos
Sedikit air
Minyak
Garam secukup rasa.


 
Cara penyediaan:
Goreng daging sehingga masak.
tumiskan bahan kisar hingga wangi.
kemudian masukkan cili dan digoreng sehingga garing.
masukkan kicap manis,sos tiram,cili sos dan sedikit air.
akhir sekali masukkan daging yang telah digoreng dan bawang besar.
kacau seketika dan sedia untuk dihidang.

 


US Sirloin steak maya_zakry@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 )
  400g stik US sirloin
  1 biji kentang - dibakar
  1 biji jagung
  1 biji tomato
  Sedikit lobak merah, bunge kobis & brokoli
  Seasoning steak - kat tesco ade

**** BAHAN SOS ***

  1 ulas b.putih- cincang
  2 biji b.besar - cincang
  2 sudu besar sos worchestershire - carik kat rak lea & perrins
  1 sudu besar jus limau nipis
  1 sudu besar kicap pekat
  1 sudu besar mentega
  1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
  2 biji tomato - buang biji + cincang
  1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara
  Bersihkan daging. Perap daging dengan seasoning steak selama 1 jam
  Panggang daging hingga masak. Atau masuk oven je.
  Sementara tunggu tu, rebus carrot, bunge kubis ngan jagung dgn secubit garam hingga lembut. Toskan
  Panaskan mentega dlm periuk. Tumis bawang yg dicincang tadi sampai berbau. Masukkan bahan sos yg lain dan kacau hingga pekat.
  Bubuh daging dan sayuran dlm pinggan. Hidangkan dgn sos kite tadi.


Daging Bumbu Bali
oleh: cindaibiru

Bahan-bahan ( 3 orang )

500g daging (potong nipis, cuci bersih)
250ml santan tin
3 helai daun limau purut
2 sdb kicap pekat
*5 biji buah keras
*8 biji cili merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sdt kunyit serbuk
Garam dan kicap manis rasa
Minyak untuk menumis
Tomato dipotong 4 dan bawang besar potong bulat.

Cara-cara

Kisar bahan yang bertanda *, panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.
Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat.
Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.
Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. kacau lagi dan angkat.

 


Masak Lemak Cili Api Daging Salai dgn Mangga Muda
tuntung15@myresipi.com

Bahan-bahan ( sekeluarga )

500gm Daging Salai
1 biji Mangga Muda
1500ml santan (kalau nak kuah byk lebih tambah lagi)
20 biji cili api (kalau nak pedas tambah lah cili lagi)
1 inci kunyit
Garam secukup rasa

 

Cara-cara

Daging salai dihiris nipis.
Tumbuk cili api dengan kunyit sehingga lumat.
Rebus daging salai dengan cili yang telah ditumbuk sekejab. Ini untuk pastikan daging salai empuk dan cili masak sempurna.
Apabila daging telah empuk. Masukkan santan dan garam.
Mangga dikupas kulit dihiris nipis. Kacau gulai sehingga mengelegak. Rasakan garamnye. Akhir sekali masukkan mangga yang telah dihiris, biar gulai mengelegak sekejab. Tutup api.


 Sup Tulang

Bahan-bahan ( 4 orang )

500g tulang lembu
1 sup bunjut adabi
2 kiub ayam
2 1/2 liter air.
3-4 ulas bawang putih
1 cm halia
minyak untuk menumis
daun sup/ daun bawang
bawang goreng
cili padi -kalo nak pedas :)
limau nipis- kalo suka masam2
2 ketul ubi kentang
1/2 batang lobak merah

 

Cara-cara

Mula-mula cucilah tulang temulang.
Kupas bawang putih. Pastu bersihkan.
Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. Pastu cincang-cincanglah biar jadi halus.
Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalo sape ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.
Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalo hangus sket tu takpe..
Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.
Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. Kalo tak nak letak pun takpe..
Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk. Masukkan pula sedikit gula.
 
Pastu bolehlah rasa. Kalo tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.
Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. Kalo suka masam perhlah sedikit limau nipis.


murtabak segera
minami133@myresipi.com

Bahan-bahan ( 6 keping )

  100 g daging cincang
  2 biji ubi kentang
  1 sudu setengah rempah kari
  1/2 biji bawang besar
  1 ulas bawang putih
  daun sup
  minyak
  1 sudu kecil garam dan secubit
ajinomoto
  kulit popia
  2 biji telur

 

Cara-cara

  mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
  goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.


DAGING REBUS BUTTER & KICAP CIKDAK
Resipi Sumbangan: Cikdak
Gambar Sumbangan: Maklang


  Bahan-bahannya
 
1 kg daging fillet
 
1/4 cawan kicap pekat
 
1/4 cawan kicap cair
 
1 sudu besar lada hitam
 
5 ulas bawang putih
 
1/3 ketul butter
 
6 cawan air

  Cara-caranya
 
Daging dipotong kepada 2 atau 3 sahaja dan dibersihkan.
 
Tumbuk lada hitam dan bawang putih.
 
Letak semua kicap, daging, bawang putih dan lada hitam dalam periok.
  Gaul daging dengan bahan-bahan tadi dan biarkan dalam jam untuk diperap
  Tambah air dan butter ke dalam periok dan rebus dengan api sederhana hingga daging empuk.
  Jangan lupa balik-balikkan daging supaya mesra semua bahagian.
    Keluarkan daging dan potong nipis-nipis dan susun dalam pinggan.
  Jika mahu, pekatkan kuah dengan sedikit bancuhan tepung jagung.
    Curah kuah atas daging dan sedia untuk dimakan dengan nasi.

BAMIA DAGING HAJAH KAMISAH

 Bahan-bahannya
  3 kilo daging kambing/ lembu, potong ikut citarasa
 
1 liter air
 
1 paket rempah kari daging babas
 
7 biji bawang besar, dihiris
 
1 paket bawang goreng (yang dah siap punya)
 
1 tin sedang tomato puree
 
7 biji tomato, potong 6
 
10 biji lada hijau
 
1 paket tairu/ 1 container kecil plain yoghurt (gunakan salah satu)
 
1 tin susu cair
 
sedikit bunga pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis
 
4 sudu besar minyak sapi
 
4 sudu besar minyak sayuran
 
50 sen daun ketumbar
 
50 sen daun pudina
 
garam secukup rasa
 
ajinamoto (jika suka)

 
Bahan untuk Dikisar
 
10 ulas bawang putih
 
2 inci halia
 
5 biji bawang besar

Bahan Hiasan
 
30 batang sedang sayur bendi (lady fingers), direbus
Cara-caranya
 
Semua dimasukkan kedalam kuali/ periuk kecuali bawang goreng dan lady fingers yang telah direbus tadi.  
 
Masak dengan api sederhana selama 2 jam perlu dikacau selalu agar dasar periuk tidak berkerak, sehingga dagingnya empuk. Kalau belum empuk boleh tambah sedikit air.
Bila daging telah empuk boleh dimasukkan bawang goreng, kacau rata dan siap untuk dihidangkan.

Cara untuk menghidang
 
Sendukkan bamia kedalam pinggan, letakkan 2 batang ladyfingers yang telah direbus dan hidangkan bersama roti gardenia/ roti perancis/ roti jala/ roti naan. Cepati pun sodap.
 
Tapi Bamia daging ini harus ada lauk sampingannya iaitu Rojak Salad, seperti lettuce, hirisan bawang besar, tomato yang dipotong bulat, telur rebus yang dipotong bulat dan dituang sos kacang atau sos tomato diatasnya, baru ia sempurna.


BOL KENTANG KELUARGA DIANA

  Bahan untuk Kuah
  2kg kentang, kupas kulitnya, potong bulat, goreng dan tumbuk lumat
  1/2 kilo daging tetel, dibersihkan
  4 liter air
 
4 sudu makan kicap lemak manis
 
4 kelopak bunga lawang
 
5 batang bunga cengkih
 
1 batang (5cm) kayu manis
  garam secukup rasa
 
serbuk perasa, jika suka
 
minyak untuk menumis
 
Bahan untuk intinya
  750 gram daging cincang
  garam secukup rasa
  serbuk perasa jika suka


 

Bahan untuk dikisar
 
4 biji bawang besar
 
3 ulas bawang putih
 
1 inci halia
 
1/2 sudu makan serbuk lada putih
  8 biji buah pelaga
 1 batang (5cm) kayu manis
 

Bahan untuk Kulit Bol
 
2 cawan tepung gandum
 
air secukupnya
 
garam secukup rasa
 
sedikit pewarna kuning
 

Untuk Hiasan
Timun, kupas kulitnya buang hatinya
hirisbawang besar yang dihiris
daun sup
bawang goreng
 

Cara untuk Inti Bol Kentang
  Buah pelaga dan kayu manis untuk bahan kisar ditumbuk menggunakan batu lesung sehingga separuh lumat.
  Kemudian dikisar bersama bahan-bahan yang lain.
Ambil 3 sudu makan rempah dan ketepikan untuk bahan membuat inti bol kentang. Lebihannya diketepikan untuk membuat Kuah Bol Kentang.
Rempah yang telah diambil 3 sudu makan, ditumis dengan sedikit minyak. Setelah naik bau, masukkan daging cincang, garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka.
Masak sehingga air daging kering. Angkat dan ketepikan.

 Cara untuk Kulit Bol Kentang
Tepung dibancuh dengan air secukupnya bersama garam dan pewarna kuning. Bancuhan tepung haruslah macam kita hendak menggoreng pisang tapi pekat sedikit.

Cara-caranya untuk membuat Bol Kentang
  Kentang dikupas kulitnya, dipotong bulat dan digoreng. Kemudian ditumbuk sehingga lumat. Ketepikan.
Ambil kentang yang telah ditumbuk lumat, isikan dengan intinya dan dibentukkan bulat. Ketepikan.


Panaskan minyak dalam kuali, celup bol kentang yang telah dibentukkan dalam tepung dan digoreng. Sebaiknya minyak mesti banyak dan panas bila menggoreng bol kentang. Biarkan bol kentang supaya ia garing, barulah diterbalikkan. Angkat dan ketepikan.

Cara untuk Kuah Bol Kentang
Panaskan minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan garam secukup rasa dan serbuk perasa jika suka dan juga kicap. Masukkan daging tetel dan air. Kacau sebati dan biarkan kuah mendidih.
Setelah kuah mendidih, siap untuk dihidang.

Cara menghidang Bol Kentang
Letakkan 2 biji bol kentang dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya, hias dengan timun, bawang, daun sup dan bawang goreng.

BERGEDIL DAGING KELUARGA DIANA

 Bahan-bahannya
  1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan  dipotong bulat
  300 gram daging cincang
  2 biji telur, asingkan kuning dan putih
  3/4 cawan bawang goreng
  secekak daun sup, dicincang
  2 ulas bawang putih
  2 sudu teh serbuk lada putih
  garam secukup rasa

 

Cara-caranya
  Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat. Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
  Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih.
  Kemudian tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang.
  Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
  Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah ditumbuk lumat.
  Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup.
Gaul rata adunan.
  Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
   Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah bila digoreng.
  Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur tadi dan kemudian goreng.
  Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing.


SOTO AYAM KELUARGA DIANA


  Bahan-bahannya
  6 bungkus lontong yang telah dimasak
  2 ekor ayam, dibelah empat
  3 - 4 liter air
  1 cawan santan pekat
  1/2 cawan serbuk ketumbar
  2 sudu teh serbuk jintan halus
  2 sudu teh serbuk lada putih
  3 batang serai, dititik
  lengkuas sebesar ibu jari, dititik
  1 batang kayu manis
  1 kuntum bunga lawang
  4 biji buah pelaga
  5 tangkai bunga cengkih
  garam secukup rasa
  1 cawan minyak untuk menumis

 
(bahan dibawah dikisar halus)
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
20 biji lada padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis

Bahan Hiasan
bergedil
taugeh yang telah dicelur
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat
Cara-caranya
Panaskan minyak didalam periuk.
Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih) bersama serai dan    lengkuas yang telah dititik.
Tumis rempah yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati.
  Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam. Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.

Cara membuat Sambal Kicap
Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus. Sedia untuk digunakan.

Cara menghidang
Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat bersama taugeh dan tuang kuahnya.
Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng, bergedil dan sambal kicap.

BUTTER BALL
Sumber: Halimah Anang

Bahan-bahannya:
  • 50 gram mentega

  • 260 gram daging cincang

  • 250 gram air daging

  • 150 ml susu cair

  • 100 gram tepung gandum

  • sedikit bawang kecil buat tumis

  • daun sup/daun bawang

  • serbuk lada putih

  • serbuk buah pala

  • garam

  • gula

  • ajinomoto

 

 

Cara membuat:

  1. Tepung dibancuh dengan air kemudian masukkan susu.
  2. Mentega dicairkan, goreng bawang sampai kuning. Masukkan daging kemudian digoreng dengan api perlahan.
  3. Masukkan bancuhan susu, tepung dan air daging masak sampai kering.
  1. Masukkan serbuk lada putih, buah pala, garam dan ajjinomoto. Kemudian daun sup dan daun bawang.
  2. Kacau atas api yang kecil sampai pekat, kemudian sejukkan.
  3. Kepal bulat-bulat dan golekkan atas serbuk roti (bread crumbs), celup dengan putih telur dan golekan lagi atas tepong roti dan digoreng.

DAGING BISTIK

Bahan-bahannya:
  • 1/2 kg daging batang pinang, dihiris nipis
  • 3 biji kentang, dipotong wedges
  • 2 batang karot, dipotong ikut suka
  • 2 biji tomato, dipotong empat
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 3/4 cawan kicap
  • 4 cawan air


 

  • sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka
  • minyak untuk menumis

      Bahan untuk kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 5 batang lada merah
  • 10 batang cili padi thailand
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh pada api yang sederhana selama 10 minit.
  4. Bila daging telah setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang telah digoreng tadi. Biarkan ia reneh lagi selama 10 - 15 minit sehingga semua kuah dan bahan-bahan sebati. Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit.
  5. Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut. Masukkan tomato dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.


Bahan B:
  • 1 cawan capsicum (campur semua warna) dihiris
  • 1 biji bawang bangla di potong enam
  • 1 ikat daun bawang dipotong sepanjang 3 inci
  • 2 biji tomato besar potong enam
  • 3 inci halia di hiris halus seperti batang mancis
DAGING BLACK PEPPER KAK ROSSYA
Sumber:
Rossyabakes
Bahan-bahannya:
  • 500g daging batang pinang (dihiris tipis)( rebus daging ni kejap sbb nakkan air daging tu)
  • 1 sudu kecil bawang putih dicincang
  • 1 sudu besar sweet sauce (boleh guna kicap manis saja)
  • 1 sudu makan oyster sauce
  • 1 sudu makan lada hitam ditumbuk kasar
  • 1/4 cawan air
  • Minyak untuk menumis
Cara membuat:
  1. Panaskan sedikit minyak dikuali. Masukkan bawang putih, daging dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga daging empuk.
  2. Akhir sekali masukkan sos manis, sos tiram, dan kesemua bahan B. Setelah sebati.. masukkan sedikit air. Bubuh garam dan gula jika perlu..

DAGING KICAP BEREMPAH
Sumber:
Rozzan Shared Recipes

Bahan-bahannya:
  • 1 kg daging lembu/kambing (potong ikut suka)
    (Rebus hingga 3/4 empuk. Biar lebihkan airnya utk digunakan nanti)
  • 12 tangkai cili kering (rendam)
  • 3 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu teh jintan halus
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 2 biji pelaga (gunakan isinya saja)
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 biji buah pala
  • Kisar semua bahan di atas hingga halus)
  • 2 biji bawang besar (potong gegelang (rings) dan goreng sebentar)
  • 6 sudu besar sos tomato
  • 5-6 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 biji kentang (dipotong wedges)
  • 3 biji tomato buah (setiap biji potong 2 atau 4)
  • 1 btg lobak merah (dipotong kecil2)
  • 3 sudu besar bawang goreng (optional)
  • sedikit daun ketumbar
  • secubit garam,
  • sedikit gula
  • minyak utk menumis
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan daging bersama air rebusannya, lobak merah, sos tomato, kicap manis, garam dan gula. Sesuaikan rasanya. Bila daging sudah empuk, masukkan bawang goreng, gegelang bawang & kentang wedges dan kacau sebentar.
  3. Akhir sekali masukkan tomato buah dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan kemudian matikan api. Hidangkan dgn nasi atau roti.

DAGING MASAK BOMBAY DIELLA
Sumber: Diella

Bahan-bahannya:
  • 500gm daging, direbus dengan sedikit garam, dipotong kecil dan diperapkan dengan cili giling dan kicap manis untuk 1 jam
  • Daging yang telah diperap kemudian digoreng dengan minyak dan kemudian dimasukkan air rebusan daging tadi dan juga bahan-bahan dibawah
  • Masukkan
    2 biji bawang besar, dihiris
    3 batang lada hijau, dibelah tengah
    2 batang serai, dititik
    5 batang daun kari, dilurutkan ke dlm
    2 biji limau nipis, diperah ambil airnyer
  • Tutup periuk dan biarkan hingga kuahnya kering sedikit. Letakkan 2 biji tomato yang telah dibelah.

   

DAGING MASAK KETUMBAR JINTAN

Bahan-bahannya:
  • 1 kg daging, dipotong nipis
  • 1/2 cawan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan halus
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula hitam
  • 1/2 cawan gula pasir
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka
  • 1/2 cawan minyak
 

Bahan untuk dikisar:

  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai
  • 1 inci lengkuas

C
ara membuat:
  1. Masukkan daging dalam periuk/ kuali.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar, minyak, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, air asam, air, gula, garam dan serbuk perasa jika suka.
  3. Gaul rata dan masak daging dengan api sederhana sehingga kering.

DAGING MASAK MERAH
Sumber: MD

Bahan-bahannya:
  • 1/2 kilo daging dipotong nipis n direbus dengan pewarna merah sehingga lembut
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 1 biji cili capsicum hijau (optional)
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 batang serai dititik
  • garam secukup rasa

* sos cili, sos tomato dan sos tiram kalau nak lebihkan pun boleh ikut citarasa anda.

Cara membuat:
  1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, serai dan sos tiram. Kalau kering letak air sikit. Kalau suka berkuah boleh lebihkan airnya. Tapi jangan terlalu banyak.
  3. Masukkan garam, serbuk perasa kalau suka dan akhir sekali masukkan daging yang telah direbus tadi.
  4.  Setelah sebati masukkan pula bawang besar yang telah dihiris, sesuaikan rasanya, angkat dan hidangkan.

DAGING MASAK SAMBAL BALI

Bahan-bahannya:
  • kg daging, dipotong tipis
  • cawan bawang goreng
  • cawan kicap
  • cawan air
  • 3 sudu makan cuka
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar:
  • 20 tangkai lada kering, dibersihkan dan direndam dalam air panas
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara membuat:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  2. Bila rempah telah masak dan garing, masukkan air, kicap, cuka, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan daging dan reneh sehingga dagingnya masak.
  3. Rasakan rempahnya, mesti ada rasa pedas, masam dan manis. Masukkan pula bawang goreng dan gaul rata. Siap untuk dihidang.

DALCA TULANG RUSUK

Bahan-bahannya:
  • 300 gm daging rusuk
  • 2 batang lobak merah
  • 1 batang terung panjang
  • 3 biji ubi kentang
  • 2 biji tomato
  • 100 gm kacang buncis
  • 2 cawan kacang dal
  • 8 sudu besar bumbung rempah kari daging
  • 1 biji kelapa (dijadikan 4 cawan santan)
  • 5 cm kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
 

 

 

  • 3 biji buah pelaga
  • air asam secukupnya
  • garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 cm halia

 

Cara membuat:
  1. Bersihkan daging rusuk dan masukkan kedalam periuk dan diisi air cukup menutupi daging.
  2. Rebus daging rusuk dan kacang dal sehinga keduanya masak dan empuk.
  3. Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
  4. Masukkan kentang dan lobak dan dimasak sehingga empuk. Bila kentang dan lobak telah empuk masukkan pula terung dan kacang panjang.
  5. Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  6. Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Nota: Sewaktu anda merebus daging rusuk dan kacang dal, jika air telah surut boleh ditambah dan masak sehingga daging empuk. Boleh juga anda gantikan daging rusuk kepada daging.




C
ara membuat:
  1. Bahan yang telah dikisar dimasukkan dalam kuali bersama daging.
  2. Masak sebentar sehingga kering airnya sedikit, kemudian masukkan santan, gula melaka, kerisik, daun limau purut, asam keping, garam dan serbuk perasa.
  3. Masak lagi sehingga ia kering. Angkat dan hidangkan.
RENDANG DAGING KELUARGA DIANA

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo daging, dipotong ikut suka
  • 1 liter santan
  • cawan kerisik
  • 2 keping asam keping, direndam, cuci bersih dan dihiris halus
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 ketul gula melaka (sederhana besar)
  • 4 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
Bahan untuk dikisar:
  • 20 batang lada merah
  • 20 batang cili padi thailand
  • 500 gram bawang kecil
  • 6 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 3 inci halia
  • 4 inci kunyit hidup
  • 1 inci lengkuas
  • 1 helai daun kunyit (batangnya dibuang)

 


  • 1 biji kelapa dijadikan -1 mangkuk santan pekat dan 2 mangkuk santan cair
  • cawan asam jawa
  • 2 inci belacan
  • 2 cawan bawang goreng
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa
  • serbuk perasa jika mahu
  • minyak untuk menumis
SAMBAL GORENG PENGANTIN HAJAH HALIMAH

Bahan-bahannya:
  • kg daging/ tetel, direbus, dipotong dadu dan digoreng
  • kg paru, direbus, dipotong dadu dan digoreng
  • 10 batang lada merah, dihiris dan digoreng
  • 10 batang lada hijau, dihiris dan digoreng
  • 10 ulas bawang putih, dihiris dan digoreng
  • 5 tangkai lada kering, digunting serong tipis dan digoreng sekejap
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 inci lengkuas, dititik
  • cawan lada kering yang telah dikisar

Cara membuat:

  1. Santan cair diramas dengan asam jawa dan belacan, diperah dan tapis - diketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis lada kisar dan masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik dan tumis sehingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan santan cair yang telah ditapis dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan santan pekat, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  5. Masukkan daging dan paru yang telah dipotong dadu dan digoreng, lada merah, lada hijau, bawang putih yang telah digoreng dan akhir sekali bawang goreng.
  6. Masak sehingga kuahnya mendidih dan memekat sedikit menyerap kedalam daging, paru dan bahan-bahan lain. Kemudian masukkan lada kering yang telah digoreng. Gaul rata.
  7. Padamkan api dan lauk sedia untuk dihidang.
   

SERUNDING DAGING KELUARGA DIANA


Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan daun limau purut, daun salam, daun kunyit, air asam jawa dan cawan air. Gaul rata.
  3. Kemudian masukkan garam, serbuk perasa, gula timbang/ gula Melaka bersama gula pasir dan juga daging. Masak sehingga rempah keluar minyak. Rasa rempahnya supaya ada rasa pedas, masam dan manis.
  4. Akhirnya masukkan kelapa parut putih yang telah disanggar dan gaul sehingga rata. Kemudian boleh dihidangkan.

   Bahan-bahannya:
  • 2 biji kelapa parut putih, disanggar sehingga kering dan kuning sedikit
  • 250 gram daging, dipotong nipis
  • 3/4 cawan air asam jawa yang pekat
  • 4 helai daun limau purut
  • 4 helai daun salam
  • 1 helai daun kunyit (setengah dikisar dan setengah disiat)
  • cawan gula timbang + cawan gula pasir / 1 ketul gula Melaka (yang besar) + cawan gula pasir
    cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis

   Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 20 tangkai lada kering, dibersihkan dan direndam dengan air panas
  • 10 batang cili padi
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 6 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • cawan serbuk ketumbar, disanggar
  • 2 sudu teh serbuk jintan halus, disanggar
  • cawan udang kering
  • Setengah daun kunyit yang telah diketepikan untuk dikisar
     

PIZZA KENTANG/ KAMPUNG
Sumber: Kak Browneyes

Bahan-bahannya:
  • 600 gram kentang, dibuang kulit dan dipotong dadu.  Kentang direbus dengan sedikit garam. Jangan rebus terlalu empuk, angkat dan kemudian toskan.
  • 500 gram daging cincang, disangar
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit halia




C
ara membuat :
  1. Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar.

  2. Campurkan rempah kari daging dan tumis sehingga naik minyak.

  3. Kemudian masukkan daging, garam dan serbuk perasa dan masak sehingga ia kering.

 

Bahan-bahannya:
  • 1 tin kacang peas
  • 2 biji bawang besar kuning (bawang jepun), dipotong bulat
  • daun sop dan daun bawang dihiris
  • 2-3 biji tomato, dipotong bulat
  • 1 tin cendawan butang, dihiris (optional)
  • 1 botol (340 gram) sos cili
  • 15 biji telur, dipukul
Cara membuat:
  1. Gunakan loyang 10 x 10 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas kertas timah (aluminium foil) dan disapu mentega lagi diatas kertas timah.
  2. Kentang yang telah direbus ditabur rata didalam loyang dan biarkan tabur serapat mungkin.
  3. Kemudian tabur daging yang telah disediakan dan ratakan dan tekan sedikit.
  4. Lapiskan pula dengan dengan kacang peas, daun sup/ daun bawang dan tekan sedikit biarkan ia mampat.
  5. Taburkan cendawan butang dan tekan lagi agar ianya kemas.
  6. Kemudian aturkan bawang berselang seli dengan tomato.
  7. Tuang sos cili tadi diatas sehingga habis. Kemudian curahkan telur yang telah dipukul diatasnya dan biarkan selama 10 20 minit agar telur tadi meresap betul.
  8. Kemudian barulah dibakar pada suhu 180C selama 1 jam. Biarkan pizza betul-betul sejuk baru dikeluarkan dari loyang. Kalau nak cepat sejuk, letakkan ia dalam dulang yang diisi degnan air dan air batu.


Cara membuat inti:
  1. Terlebih dahulu rebuskan kentang yg telah dipotong didalam air mendidih sehingga hampir (3 suku ) masak/empuk. Kemudian toskan kentang tersebut. Rempah kari dan rempah kurma dicampurkan dengan sedikit air panas supaya jadi pes.

  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan yg di kisar sehingga wangi dan agak garing. Kemudian masukkan pes rempah tadi. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
     

  3. Kemudian masukkan daging/ayam, goreng sehingga daging/ayam masak. Masukkan bawang besar serta kentang, kacau sekejap sehingga kentang empuk dan intinya menjadi agak kering. Angkat dan sejukkan.

MURTABAK PERANTAU
Sumber: Kak NoorMasri

Bahan-bahannya:
  • 12 keping kulit popia yg bersaiz 250 mm x 250 mm
  • 2 cawan daging atau isi ayam } dicincang
  • 4 ulas bawang merah } dikisar
  • 1 cm halia } dikisar
  • 2 ulas bawang putih } dikisar
  • 1 labu bawang besar } dipotong dadu
  • 500 g kentang } dipotong dadu
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • garam dan gula secukup rasa
  • 6 biji telur (jika suka telur banyak boleh tambah sebiji dua lagi)
  • minyak untuk memasak

Cara membuat murtabak:

  1. Telur dipukul sedikit kemudian dicampurkan dgn inti, kacau hingga sebati. Buka sekeping kulit popia kemudian letakkan secukupnya campuran inti + telur ditengah2 kulit popia , ratakan inti tersebut.

  2. Kemudian lipatlah kulit popia itu bermula dari pepenjuru dibawa ke tengah sehingga menjadi 4 segi. Masak dlm pan leper yg mengandungi sedikit minyak dgn api yg sederhana sehingga perang. Ulang proses diatas sehingga habis.

Nota: Kentang direbus terlebih dahulu supaya intinya cepat siap/masak. Kalau tak mau guna kentang pun boleh jugak..hanya gantikan kentang kpd daging/ayam..


ROTI LAPIS DAGING
Sumber: Hajah rohanna

Bahan-bahannya:

  • 2 batang roti perancis yang besar
  • 1/2 kg daging cincang
  • 2 sudu teh lada putih
  • sedikit daun sop/bawang dihiris halus
  • 50g mentega
  • 3 tangkai lada hijau dihiris halus
  • 3 tangkai lada merah dihiris halus
  • 100g bawang goreng
  • 1 biji kelapa (ambil 700ml santan)
  • 2 sudu teh warna kuning
  • 7 biji telur
  • 2 sudu teh garam
  • 3 biji bawang besar- potong dadu
Cara membuat:
  1. Daging cincang digoreng dan ditoskan.

  2. Perapkan roti bersama santan, kemudian diramas ramas sampai halus, masuk kan garam dan 3 dari 7 biji telur. Masukkan minyak bekas goreng daging tadi bersama mentega., dikacau lagi hingga rata dan bahagikan adunan roti kepada 3 bahagian.

  3. Apabila sudah sejuk, masukkan bawang goreng,lada putih,daun sop & bawang, lada merah & hijau, dan bawang besar yg dah dipotong dadu, dan telur, digaul hingga rata.

  4. Sediakan loyang. Masukkan roti dahulu untuk lapisan bawah dan kemudian lapiskan dengan daging, buat seterusnya hingga habis.

  5. Bakar dengan menggunakan suhu 180C selama 45 minit.



Cara membuat:
  1. Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau menggunakan api yang sederhana. Sentiasa dikacau untuk elakkan rempah dari hangus.

  2. Kemudian masukkan liter air bersama kentang dan lobak yang telah dipotong dadu. Kacau rata dan reneh dalam 5 minit. Kemudian masukkan lagi lebihan liter air, masukkan garam, serbuk perasa dan kacau sebati.

  3.  Kemudian masukkan daging yang telah dikepal bulat dan biarkan sebentar tanpa dikacau -untuk elakkan daging tersebut hancur. Gunakan api yang sederhana besar. Selepas 5 10 minit kacau dengan perlahan dan masak sehingga dagingnya masak dan kentang dan lobak empuk.

  4. Akhir sekali masukkan tomato, lada hijau dan daun ketumbar. Digaul rata dan padam apinya.

Nota: Daging cincang yang telah dikepal bulat boleh anda celupkan kedalam putih telur dan goreng sedikit. Angkat dan toskan. Jika tak mahu goreng pun boleh . Jika mahu letak kacang peas atau kacang kuda pun boleh lagi sedap. Jika kuahnya pekat sangat, boleh anda tambahkan air.

KARI KOFTA


Bahan-bahannya:

  • 500 gram daging cincang, dikepal bulat
  • 2 biji kentang, dipotong dadu
  • 2 batang lobak merah, dipotong dadu
  • 2 biji tomato, dibelah empat (jika suka)
  • 4 batang lada hijau, dibelah dua (jika suka)
  • 1 liter air
  • 2 inci kayu manis
  • 3 batang bunga cengkih
  • 4 kelopak bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga, ditumbuk pecahkan
  • Daun ketumbar secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan untuk dikisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • - cawan gajus
  • 2 sudu makan cili kisar/ 12 tangkai lada kering
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar (yang telah disanggar)
  • 1 sudu teh serbuk jintan halus
  • 1 sudu teh (bumbung) serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 2 sudu makan rempah kari daging



 


RENDANG TOK
Sumber : kakliza


   Bahan:
  • 1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
  • 2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1/2 biji kelapa [dipotong nipis]
  • 3 s/b gula merah
  • 3 keping asam keping
  • Daun kunyit [koyakkan]
  • garam

   Bahan mesin:

  • 2 s/b ketumbar
  • 1 s/b jintan manis
  • 1 s/b jintan manis
  • 1 s/b jintan putih
  • 1 s/b lada hitam
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 25 biji cili kering
  • 20 biji bawang merah
  • 5 cm halia
  • 5 batang serai
  • 3 cm lengkuas

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan asam keping dalam kuali.

  2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.

  3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, asam keping dan kerisik. Kacau rata.

  4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat. [sebaiknya keringkan sikit rendang ni]

  5. Hidangkan


GULAI DAGING

   Bahan:

  • 500g daging dipotong ketul-ketul (kambing atau lembu)
  • 400g kentang -dikupas dan dipotong 4-6
  • 1 biji bawang besar di hiris halus
  • 5 kuntum bunga cengkeh
  • 4 biji buah pelaga
  • 3cm kayu manis
  • 3 cawan air
  • minyak untuk menumis
  • garam secukupnya
  • 1 sudu besar kelapa parut di sangar hingga garing dan dikisar halus
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu teh rata serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh penuh serbuk kunyit

   Bahan-bahan dikisar:

  • 12-14 tangkai lada kering di rendam sehingga lembut
  • 1.5sm halia
  • 1 batang serai
  • 1 sm lengkuas

   Cara membuat:

  1. Campurkan bahan-bahan berikut dalam sebuah mangkuk :~ daging, bahan-bahan yang dikisar, serbuk rempah dan kelapa parut yang disangar.

  2. Panaskan minyak. Masukkan bawang yang dihiris, cengkeh, pelaga dan kayu manis. Tumis hingga bangkit baunya.

  3. Kemudian, masukkan daging yang sudah bercampur bahan kisar, ditumis selama beberapa minit lagi hingga wangi.

  4. Tuangkan air and renih dengan api kecil hingga daging empuk. Tuangkan santan pekat dan kacau, masak anggaran 2-3 minit sebelum memasukkan kentangnya. Masak sehingga kentang empuk.


KUIH TALAM BERLAUK

 

Bahan:

  • 200 g keladi yg telah diparut
  • 180 g tepung beras
  • 50 g tepung jagung
  • 1000 ml santan (dari 1 biji kelapa)
  • 1 sudu kecil garam

Bahan lauk:

  • 250 g daging kisar

  • 50 g udang kering }dibasuh, kemudian ditumbuk

  •  80 g bawang merah } dijadikan bawang goreng

 

  • 1 tangkai daun sup } dihiris

  • 1 tangkai daun bawang }dihiris

  • 1-2 tangkai cili merah }dihiris

  • garam secukup rasa

  • 1-2 sudu besar minyak masak

Bahan sos:

  • 3 tangkai cili merah

  • 1 ulas bawang putih

  • 3 sudu besar air masak

  • 1/2 sudu kecil cuka

  • 2 sudu besar sos tomato

  • garam dan gula secukup rasa

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak kedlm kuali, masukkan udang kering goreng sehingga naik bau kemudian masukkan daging

  2. Goreng lagi sehingga air daging kering. Masukkan garam secukup rasa tutup api

  3. Masukkan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili merah,kacau sekata.Ketepikan.

  4. Di dalam periuk lain campurkan tepung beras, tepung jagung, santan, dan garam.

  5. Masak di atas api perlahan sambil dikacau dgn pemukul telur sehingga naik wap.

  6. Tutup api, masukkan keladi kacau sebati masukkan kedlm loyang kemudian kukus sehingga masak.

  7. Kemudian angkat loyang dan taburkan bahan lauk di atasnya.

  8. Tunggu sehingga betul-betul sejuk baru boleh dipotong dan dihidangkan

  9. Hidangkan bersama sos cili


MEE HOON SUP BEBOLA DAGING

   Bahan untuk bebola daging:
  • 600g daging cincang
  • 70 g tepung kanji/sagu (tapioca flour)
  • 50 g tepung jagung
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • sudu kecil garam

    Cara membuat:

  1. Campurkan semua bahan-bahan kacau hingga sebati..

  2. Bulat-bulatkan mengikut size yg sesuai. Ketepikan

Bahan untuk kuah;

  • 2 liter air
  • 1 ketul kiub pati daging
  • 2 sudu kecil kicap cair
  • 4 ulas bawang putih }dicincang halus
  • sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
  • 2 batang celery } dihiris nipis
  • 2 tangkai daun bawang }dihiris
  • 3 tangkai cili merah/hijau } dihiris nipis
  • sedikit bawang goreng
  • 1 bungkus mee hoon } dicelur selama 1 minit dlm air mendidih,disejat  kemudian dibilas dgn air sejuk supaya mee tak melekat

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan keperangan. Masukkan air, kuib pati daging, kicap cair, serbuk lada sulah, dan garam.

  2. Setelah mendidih, masukkan bebola daging tadi hingga terapung.

  3. Setelah daging terapung masukkan celery.

  4. Untuk menghidangkan, masukkan mee hoon , daun bawang, hirisan cili, bawang goreng dan sambal kicap.

  5. Tuangkan sup dan bebola daging atasnya.

  6. Hidangkan panas-panas.


Tumis Buncis Daging Cincang

Bahan:

  • 250 gr daging cincang
  • 20  buncis potong dua
  • 1/2 lada besar merah, potong panjang
  • 3 bh bawang putih, cincang halus
  • 5 bh bawang merah, cincang halus
  • 1 sdm cabai merah yang sudah dihaluskan
  • 1/2 sdt belacan
  • 1 sdm kicap asin
  • garam dan gula pasir secukupnya


C
ara membuat:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.

  2. Kemudian masukkan cabai merah dan belacan

  3. Gaulkan sampai rata, kemudian masukkan daging giling.

  4. Masukkan soya sauce dan garam secukupnya

  5. Kemudian masukkan buncis dan paprika, gaulkan sebentar, jangan sampai layu

  6. Angkat dan hidangkan.


   RENDANG DAGING

Bahan:

  • 1 kg daging [potong nipis kecil]
  • 5 helai daun kunyit [mayang halus]
  • 2 batang serai [ketuk]
  • 2 ulas bawang putih [ketuk[
  • 1/2 cawan minyak
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 s/besar kerisik
  • 1 s/besar gula merah
  • garam

Bahan dimesinkan:

  • 5 tangkai cili kering + ciliapi 1 mengikut kepedasan sendiri
  • 3 biji bawang besar
  • 10 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih dikisar
  • 1 inci halia halus
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang putih yg diketukkan.

  2. Masukkan bahan mesin dan biarkan sehingga wangi dan naik minyak.

  3. Masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sebati ngan rempah mesin sebentar.

  4.  Masukkan santan, garam dan biarkan mendidih dan agak pekat

  5. Masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit.

  6. Biarkan sehingga naik minyak.

  7. Boleh dihidangkan dengan nasi atau pulut atau roti saja..

 


OPOR DAGING

Bahan:
  • 1 kg daging [hirskan nipis dan bersihkan]
  • 1 biji kelapa [4 cawan santan]
  • 2 s/b kerisik
  • 1 s/b gula perang atau gula merah lembut [soft brown sugar]
  • 3 s/b rempah kari daging ]
  • 1 s/k jintan putih ]
  • 3 keping asam keping
  • minyak
  • garam

Bahan tumis:

  • 2 cm kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Bahan mesin:
  • 20 tangkai cili kering
  • 15 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 2 cm lengkuas
  • 3 batang serai

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.

  2. Masukkan bahan mesin & rempah daging yg digaulkan dan kacau rata.

  3. Masukkan daging dan kacau rata sehingga nampak naik minyak.

  4. Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api yg kecil sehingga mendidih dan daging lembut.

  5. Masukkan gula, garam, asam keping dan kerisik dn kacau lagi. Biarkan naik minyak.

  6. Hidangkan dengan nasi putih/minyak atau ketupat atau pulut kuning


DAGING GORENG MASAM MANIS

Bahan:

  • 1 kilo daging lembu (dipotong nipis)
  • 10 ulas bawang merah (dimayang nipis)
  • kicap pekat
  • minyak masak
  • 1 biji limau nipis
  • gula
  • garam
  • kunyit

 

 


C
ara membuat:

  1. Daging tersebut dicampur bersama garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Angkat daging tersebut.

  2. Gorengkan bawang merah yang dimayang sampai kekuningan.

  3. Masukkan daging yang telah digoreng tadi.

  4.  Masukkan kicap pekat, gula, garam dan satu biji limau nipis secukup rasa

  5. Kacau sehingga sebati

  6. Setelah itu bolehlah dihidangkan

 


DAGING CILI API BERKICAP

Bahan:

  • Daging - 1/2kg
  • Cili padi - 15 ulas
  • Bawang besar - 3 biji
  • Halia - 1/2 inci
  • Sos Tiram - 2 sudu besar
  • Kicap - 2 sudu besar
  • Garam secukup rasa
  • Gula sedikit(jika suka)
  • Cili merah potong menyerong
  • Limau kasturi 2 biji (jusnya)

Cara membuat:

  1. Daging di potong nipis, gaulkan dengan kicap . Rebus bersama hirisan bawang besar hingga daging empuk.Biarkan kering dan pada peringkat ini daging jadi kehitaman.Ketepikan.

  2. Blend cili padi, halia dan dua biji bawang besar.

  3. Tumis bahan (2) di atas hingga garing

  4. Kemudian masukkan sos tiram, garam, gula dan sebiji lagi bawang besar tadi yang dihiris bulat serta cili merah.

  5. Setelah bawang layu sedikit masukkan jus limau kasturi

  6. Akhir sekali masukkan daging dan gaul rata. Masak selama 1 minit dan bolehlah dihidangkan.

 


GULAI PERUT DAN REBUNG

Bahan:

  • 1/2 kg perut lembu
  • 1 biji kelapa -asingkan pati
  • 1 mangkuk rebung
  • garam secukup rasa
  • 15 - 20 biji cili padi* - tambah jika ingin pedas
  • 6 ulas bawang merah*
  • 1inchi kunyit hidup* - ditumbuk lumat/kisar

Cara membuat:

  1. Rebus perut sehingga empuk dan hiris memanjang.

  2. Masukkan perut , bahan kisar,rebung dan santan cair ke dalam periuk lalu didihkan perlahan - lahan .

  3. Kemudian masukkan santan pekat dan juga garam secukup rasa.

  4. Masak atas api perlahan sehingga mendidih . Kacau selalu agar tidak pecah minyak .
    * Boleh juga masukkan daun kunyit dan serai jika suka


Rendang Daging

Bahan:
  • 1kg. daging, dipotong mengikut citarasa
  • 2 helai daun kunyit disiat-siat
  • 4 batang serai, dihiris nipis
  • 2 helai daun limau purut - jika suka
  • minyak untuk menumis
  • 1 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan ketumbar ] disangai hingga
  • sudu makan jintan manis ] wangi, barulah
  • sudu makan jintan putih ] ditumbuk lumat
  • biji kelapa, jadikan kerisik
  • 1 biji kelaPA
  • sedikit air asam jawa, garam dan serbuk perasa - jika suka
 

Bahan yang perlu dikisar :

  • 500gm bawang merah
  • 1 labu bawang putih
  • 1 inci kunyit, lengkuas dan halia
  • 2 senduk cili kisar (cili kering + cili padi)

 

 

Cara membuat:

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan garing.

  2. Kemudian baru dimasukkan cili dan terus dikacau hingga garing. Masukkan rempah kari, ketumbar jintan, serai yang dihiris dan kacau hingga pecah minyak.

  3. Masukkan daging. Kacau rata-rata dan tutupkan kuali. Masak sampai kering airnya, sambil itu dikacau sekali sekala supaya tidak hangit.

  4. Kemudian masukkan air asam jawa, santan dan terus dikacau sampai daging empuk. Bila daging sudah empuk, masukkan garam dan serbuk perasa, daun kunyit yang telah disiat-siat, daun limau purut dan kerisik. Teruskan mengacaunya sampai kering dan pecah minyak.


KARI DAGING

  Bahan:

  •  1/2 kg daging - dipotong dan dibersihkan
  • 3 packet sebuk kari Baba's - dibancuh dengan sedikit air
  • sedikit serbuk cili
  • 4 ulas bawang merah }
  • 3 ulas bawang putih }
  • 1 inchi halia } dikisar halus
  • air asam jawa
  • 5 biji tomato masak - dikisar
  • 4 biji ubi kentang - di potong 4
  • kulit kayu manis , bunga lawang, bunga cengkih untuk menumis

Cara membuat:

  1. Tumiskan penumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar . Biarkan sehingga kekuningan dan naik baunya .

  2. Masukkan pula serbuk kari dan serbuk cili .. biarkan sehingga pecah minyak

  3. Masukkan perahan air asam jawa ..kemudian masukkan daging dan biarkan sehingga mendidih

  4. Masukkan pula ubi kentang dan juga jus tomato yang diblend tadi .

  5. Biarkan sehingga pekat dan sesuaikan rasanya . Bolehlah dihidangkan


DAGING DENDENG

  Bahan:
  •  1 kg daging lembu [yg tiada lemak]

  Bahan mesin (kasar):
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 tangkai cili merah
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 s/b gula merah
  • garam dan kunyit

  Cara membuat:

  1. Daging lembu dibersih,kemudian digaulkan sedikit garam & direbus hingga empuk dikeluarkan& dihiris nipis-nipis serta lebar.

  2. Kemudian digoreng hingga garing dan angkat.

  3. Tumbukkan daging dalam lesung supaya lembut sikit lagi.

  4. Panaskan sedikit minyak dlm kuali,tumiskan bahan yg dimesin kasar tadi sehingga naik baunya.

  5. Masukkan daging tadi dan digaulkan hingga rata sesuaikan rasanya.Bila telah garing bolehlah diangkat dan hidangkan.


  ROTI JOHN

 

Cara membuat:

  1. Daging cincang disangai dengan sedikit rempah sop.

  2. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam.

  3. Masukkan daging, bawang besar dan hirisan cili merah.

  4. Roti dibelah dua dan letakkan adunan telur diatas roti dan masak di kuali yang telah dilengseri dengan sedikit minyak masak.

  5. Balik-balik kan. Setelah masak, hidangkan bersama hirisan timun,tomato dan daun salad





 




  


Bahan:
  •  200gm daging cincang
  • 3 biji roti perancis yang kecil
  • 6 biji telur
  • 2 biji bawang besar
  • 1 batang cili merah dihiris
  • sedikit serbuk lada hitam dan garam

Sosnya:
  • 15 tangkai lada kering kisar
  • 5 sudu makan tomato sos
  • sedikit cuka, air dan sedikit gula dan garam
  • Campurkan semua bahan-bahan diatas dan masak hingga mendidih
     

SATAY DAGING

Bahan yang perlu dikisar :

  • 3 ulas bawang merah
  • 2 biji buah keras
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
  • 4 cm halia
  • 2 batang serai
  • 4 cm lengkuas
  • 1 sudu besar ketumbar   } disangai
  • 1 sudu kecil jintan manis } disangai
  • 1 sudu kecil jintan putih  } disangai

Cara membuat:

  1. Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.

  2. Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .

  3. Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.

  4. Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.


Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk  mengelakkan  lidi hangus bila satay dibakar

 
Bahan satay :
  • 1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar madu
  • 2 sudu besar minyak masak
  • lidi sate
  • minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)

 


BEEFSTEAK LIZA
 

 
Bahan:
  •  500 gm daging steak/tenderloin[bersihkan]
  • 1 s/b kicap pekat
  • 1 s/k madu/gula
  • 1 s/b sos plum

Bahan yang perlu dikisar :

  • 1 s/k lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia

SOS LADA HITAM

Bahan:

  •  1 s/b lada hitam
  • 1 s/b tepung jagung  ]
  • 1 cawan air               ] bancuhkan
  • 1 s/b sos tomato
  • 1 s/b kicap pekat

Cara membuat:

  1. Gunakan non-stick pan yg merebuskan daging tadi.

  2. Panaskan semua bahan termasuk bahan lebihan daging dalam non-stick pan tadi.

  3. Bila mendideh, tuangkan dalam mangkuk dan sediakan sayuran untuk hidangan.

Susunkan semua saperti dalam gambar dan tuangkan sos lada hitam.
 
C
ara membuat:
  1. Daging dipotong lebar setebal 1 cm [1/2 inci].

  2. Gaulkan semua bahan yg disediakan dan perapkan selama 4 atau 5 jam.

  3. Masukkan semua bahan dalam non-stick pan dan tutupkan dgn tudung.

  4. Masakkan atas api sederhana sehingga air kering dan daging lembut.

  5. Angkat daging dan sediakan sos

SAYURAN

  • Salad
  • tomato
  • kentang goreng
  • baked beans

ASAM PEDAS TETEL [DAGING CINCANG]

Bahan:
  •  1/2 kilo daging tetel [potong kecil]
  • 7 batang daun kesum
  • 2 biji tomato [belah 4]
  • 3 mangkuk air
  • 1 cawan air asam jawa
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam

Bahan yang perlu dikisar :

  • 10 biji cili kering
  • 10 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 batang serai
  • 3 cm lengkuas
  • 3 biji buah keras
  • 2 cm belacan [jika suka]

 
C
ara membuat:

  1. Panaskan  minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing.

  2.  Masukkan daging dan biarkan sehingga naik minyak semula.

  3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk.

  4. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga daging empuk.

  5.  Kemudian masukkan daun kesum dan tomato. Biarkan reneh segingga pekat dan naik minyak.

  6. Angkat dan hidangkan


SINGGANG DAGING NENEK KAK NOOR
 
Bahan:
  •  600 g daging lembu
  • 2 keping asam keping
  • 2 ulas bawang putih } dihiris
  • 1 sudu kecil ketumbar } ditumbuk kasar
  • 1 sudu kecil jintan manis } ditumbuk kasar
  • 2 cm lengkuas } dihiris atau diketuk
  • garam secukup rasa
  • cili api } dibelah 2 - jika suka
  • air secukupnya

Cara membuat:

  1. Masukkan semua bahan diatas serta air secukupnya

  2. Apabila mendidih masukkan daging reneh sehingga empuk.

  3. Rasakan garam secukupnya

  4. Sebelum diangkat masukkan cili api

  5. Sedia utk dihidangkan

 


RENDANG DAGING DENDANG PERANTAU


 

 
Bahan (UNTUK 4-5 ORG):
  • 700 g daging lembu (batang pinang) } dihiris
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 helai daun kunyit } dihiris halus
  • 4 helai daun limau purut }hiris halus
  • 3 sudu besar kerisik
  • 1 keping asam keping
  • garam secukup rasa
  • sikit gula merah jika suka
  • minyak utk menumis

Bahan yang perlu dikisar :

  • 15 tangkai cili kering
  • 15-20 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 cm halia
  • 3 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit hidup
  • 3 batang serai
  • 2 biji buah keras

Cara membuat:

  1. Bahan kisar hendaklah dikisar dgn santan (jgn guna air)

  2. Panaskan minyak tumiskan bahan kisar.

  3. Kacau hingga wangi dan naik minyak.

  4. Masukkan daging, santan, kerisik dan asam keping.

  5. Renehkan sambil sesekali kacau

  6. Apabila hampir kering masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula

  7. Bolehlah diangkat



OPOR DAGING MAK LANG

Bahan:
  • 1 1/2 kg daging batang pinang
  • 5 sb cili kisar
  • 3sb kari daging
  • 3sb minyak sapi
  • 1 cwn minyak masak
  • garam

Bahan yang perlu dikisar :

  • 3 biji bawang besar
  • 6 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • 3 batang serai
  • 5sb kerisek
  • 5 biji buah keras-tumbuk
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 keping gula kabung
  • kulit kayu manis/buah pelaga/bungalawang/cengkih (rempah ratus)
  • asam keping

Cara membuat:

  1. Tumiskan bhn kisar bersama rempah ratus tadi sampai wangi

  2. Masukkan cili kisar dan kari, kacau

  3. Masukkan daging dan santan, kacau dan tunggu sampai pecah minyak

  4. Masukkan kerisek,gula kabung dan garam, kecilkan api

  5. Renih sampai daging empuk

*Boleh dimakan bersama apa saja nasi,ketupat dan sebagainya.




Kulit murtabak:
  •  1 kg tepung gandum
  • 80 gm minyak sapi
  • tin full cream evaporated milk
  • air secukupnya
  • sedikit garam & gula

Buat seperti mengadun roti canai dan biarkan dulu selama 1 jam sebelum mencanai

MURTABAK - STYLE SINGAPORE
 
Inti murtabak:
  •  600 gm daging kisar bersihkan dan tos airnya
  • 4 biji bawang besar di dadu halus
  • 6 ulas bawang putih di tumbuk
  • sedikit halia
  • garam
  • sedikit minyak atau minyak sapi - utk menumis
     
Campurkan bahan-bahan ini:
  • 2 sdm serbuk kari daging 
  • 1 sdm garam masalah
  • 1 sdt serbuk cili  
  • 1 sdt serbuk kunyi
  • 1 sdt lada itam di tumbuk halus
  • sedikit air

Cara memasak inti murtabak

  1. Panaskan minyak dlm kuali  dan tumiskan halia, bawang besar dan bawang putih.

  2. Masukkan rempah2 yg telah dicampurkan tadi dan masak lagi hingga naik minyak.

  3. Masukkan daging kisar , garam, sedikit air dan gaul rata. Kacau hingga daging masak dan kering. Biarkan sejuk

  4. Bahan tambahan nak buat murtabak
    Hirisan bawang besar & Telor

  5. Canai murtabak seperti membuat roti canai .

  6. Tabor daging , bawang - pecahkan telor atau pun campurkan semua telor, daging dan bawang dlm satu mangkuk kemudian tuang atas adunan yg di canai tadi tutup kemudian tepek.

  7. Goreng atas kuali dengan minyak yang sedikit


MAKARONI BAKAR
  1. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.

  2. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.

  3. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega

  4. Terdpt 2 cara utk memasukkan pasta dan inti kedlm loyang, pilih salah satu cara

Cara I: Campurkan kesemua pasta dgn inti kemudian masukkan kedlm loyang.
Tuang sos putih diatasnya, ratakan.
Akhir sekali tabur keju parut .

Cara II: Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut, lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut

Bakar didlm oven pd suhu 180C selama 30 min atau sehingga keju keperangan
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkanNota: Boleh tambah sayuran spt cendawan, capsicum hijau/merah didlm inti jika suka

Bahan sos putih:
  •  30 g mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 500 ml susu segar
  • 2 kuning telur
  • 125 g keju cheddar } diparut
  • garam secukup rasa
  • sudu kecil serbuk lada sulah

Cara membuat sos putih:

  1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati

  2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.

  3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

  4. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur.
    Kacau sebati ketepikan

Bahan:
  •  250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega

Bahan inti:

  •  500 g daging cincang
  • 30 g mentega
  • 1/2 labu bawang besar } dicincang
  • 1 ulas bawang putih } dicincang halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • sudu kecil oregano kering atau parsley kering
  • 175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
  • 2 putih telur
  • 500 ml sos putih
  • 125 g keju cheddar } diparut

Cara membuat:

  1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.

  2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.

 


DAGING PANGGANG BAWANG BOMBAY

Bahan:
  •  250 gram daging , dhiris lebar dan tebal 1/2 cm 
  • 2 cm halia, diparut 
  • 1 sudu teh perahanan lemon 
  • 1 biji bawang bombay, dihiris halus 
  • 1 batang daun bawang dihiris  tipis 
  • 2 sudu makan sos tiram 
  • 2 sudu makan minyak goreng 

Cara membuat:

  1. Campurkan semua bahan dan kemudian diperap selama 20 minit. 

  2. Letakkan di atas loyang yang telah lapik dengan aluminium foil lalu panggang selama 25 minit. 

  3. Angkat dan disajikan semasa masih panas


 

RENDANG DAGING

Bahan yang perlu dikisar :

  • 12-20 cabai merah, digiling
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 5 cm lengkuas
  • garam secukupnya

Cara membuat:

  1. Masak santan bersama daun kunyit dan serai.  Lalu masukkan bahan yang sudah dikisar dan masak dengan api yang kecil

  2. Lalu masukkan daging yang sudah dipotong-potong dan gaul dengan rata

  1. Masak daging dengan api yang sederhana sehingga santan pekat dan agak kering dan daging menjadi empuk.
  2. Dihidangkan panas atau sejuk mengikut  selera masing-masing.  Paling enak kalau dihidangan bersama Nasi Putih.

Untuk 6-8 orang.

Catatan:  Untuk lebih wangi, biasanya bahan yang sudah dikisar ditumis dulu dengan 2 sudu makan minyak sayur lalu masukkan potongan daging.   Akhir sekali baru dimasukkan santan.

 

     Bahan:
  •  1 kg daging, dipotong 15 ketul (Lihat gambar)
  •   2 liter santan dari 3 biji kelapa
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 lembar daun kunyit

 


Sambal Daging Cincang
Bahan:
  • 150 g daging lembu cincang
  • 5 sudu minyak sayur
  • 1 helai daun salam
  • 1 biji tomato dicincang
  • 20 mata petai, kupas, dihiris 2
  • 150 ml air

Bahan yang perlu dikisar sehingga halus:

  • 200 g cabai merah, buang bijinya, kukus sampai lembut
  • 10 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 20 g gula merah
  • 1 sudu teh garam

Cara membuat:

  1. Masak daging cincang sampai air daging kering.

  2. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar dan daun salam sehingga harum dan masak.

  3. Masukkan tomato, daging, petai, dan air.

  4. Masak sampai daging empuk, kuahnya pekat dan berminyak.





DAGING MASAK KICAP

Bahan:

  • 1 kg daging lembu bahagian paha
  • 5 biji telur rebus
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Kicap manis
  • Garam
  • Perasa

Cara membuat:

  1. Daging dicuci bersih, lalu dipotong-potong dadu kira-kira 2x2 cm.

  2. Bawang merah & bawang putih dihiris halus. Tumis bahan tersebut dengan 3 sudu makan minyak sehingga  harum. Tambahkan kicap manis secukupnya (kira-kira 2-3 sudu makan/sampai kelihatan coklat). Masukkan potongan daging, campurkan hingga rata. Tambahkan air secukupnya, sampai daging terendam air

  1. Tutup kuali dan masak dengan api kecil. Sesekali dikacau. Kalau air hampir habis tetapi daging masih belum empuk maka boleh ditambah.

  2. Sebelum daging empuk, tambahkan garam dan perisa mengikut selera. Masak daging sehingga benar-benar empuk.

  3. Kemudian boleh dihidangkan.

 

    Kerutuk daging

     Sesuai untuk dimakan dengan nasi minyak atau nasi putih

     Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500g daging
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu cili giling
  • 1/2 biji bawang besar
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 keping gula melaka/manisan
  • 2 sudu besar kerisik
  • [bahan tumis]
  • 1/2 bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak

  Cara-cara

  1. Potong daging kecik-kecik. Bersih dan toskan.
  2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
  3. Panaskan minyak
  4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
  5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
  6. Masak sehingga pecah minyak
  7. Masukkan daging dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
  8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
  9. Siap untuk dihidang.

Daging Sos Tiram Bercili Besar
      
       A.

  • 400 gm. daging filet, dipotong 1 cm tebal

  • 2 camca besar Sos Tiram

  • 2 camca teh gula atau secukup rasa

  • 3 camca teh tepung jagung

  • camca teh Kicap Pekat

  • camca teh serbuk lada sulah atau secukup rasa
     

  • 3 camca besar minyak masak

  • 10 cm. kepingan halia muda, dihiris halus

  • 4 ulas cincangan bawang putih

  • 1 biji kecil lada besar merah, dipotong berbaji

  • 1 biji kecil lada besar hijau, dipotong berbaji

  • 100 ml. air

  • -1 Kiub Pati Lembu

 
  Cara-cara:
  1. Masukkan air dan Pati Lembu. Masak hingga mendidih dan lada besar masak. Ketepikan dari api. Hidangkan panas bersama nasi.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis halia serta bawang putih hingga kekuningan. Masukkan daging dan goreng di atas api yang besar selama 2 minit; masukkan lada besar dan goreng selama 1 minit.
  3. Dalam mangkuk, campur bahan A dan gaul rata. Perap daging selama 10 minit atau lebih lama lagi.
  4. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis halia serta bawang putih hingga kekuningan. Masukkan daging dan goreng di atas api yang besar selama 2 minit; masukkan lada besar dan goreng selama 1 minit.
  5. Dalam mangkuk, campur bahan A dan gaul rata. Perap daging selama 10 minit atau lebih lama lagi.

Rendang Padang  

 

  • 500g lembu- daging batang pinang
  • 1 helai daun kunyit
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar gula coklat (brown sugar)
  • 3 cm lengkuas
  • 2 batang serai
  • garam
  • 600g kelapa diperah
  • 3 cawan air

Bahan yang perlu dikisar sehingga halus:

  • 40 cili padi
  • 4 biji lada besar merah (fresh red chillies)
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2cm halia
     Cara-cara
  1. Gaulkan semua bahan-bahan diatas di atas kuali atau periuk memasak, bila menggelegak dan airnya hampir kering sedikit masukkan santan.
  2. Tunggu hingga menggelegak sekali lagi dan perlahankan api.
  3.  Masaklah sehingga kuahnya hampir pekat dan akhirnya kering berminyak.
 

SUP EKOR CARA CHEF WAN

Bahan-bahan:

  • 125 ml @ 1/2 cwn. minyak sayuran

  • 500g ekor lembu, dibersihkan dan dipotong-potong

  • 2 sudu besar ketumbar serbuk

  • 1 sudu besar jintan putih/halus serbuk

  • 1 sudu besar jintan manis/kasar serbuk

  • 1.5 sudu besar tomato puri

  • 1.5 sudu besar tomato puri

  • 1.5 liter @ 6 cwn. air

  • 1 batang lobak merah, dikupas dan didadu

  • 1 biji ubi kentang, dikupas dan didadu

  • 2 batang saderi, didadu
    garam

  • lada hitam yg. baru dikisar

  • daun ketumbar, dhiris-hiris

  • bawang goreng

  • 4 bj. buah pelaga

  • 1 cm kulit kayu manis

  • 6 kuntum bunga cengkih

  • 2 kuntum bunga lawang

        Dikisar Halus-halus

  • 10 ulas bawang merah, dikupas

  • 4 ulas bawang putih, dikupas

  • 2 batang serai, dihiris halus-halus

  • 1cm halia, dikupas

 

 


Rempah Tumis

 



 

 
 
 
 
 
 
  Cara:
  1. Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumis ekor lembu sehingga perang sedikit. Angkat dan toskan.
  2. Di dalam minyak yg. sama, masukkan rempah tumis dan bahan kisar dan goreng sehingga naik baunya.
  3. Tambah ketumbar, jintah putih/halus, dan juga jintan manis/kasar serbuk dan kacau di atas api kecil selama 3-4 minit sehingga wangi. Campur tomato puri.
  4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
  5. Tambah lobak merah, ubi kentang dan saderi. Renihkan selama 1 jam 45 minit sehingga ekor lembu empuk. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
  6. Hias dgn. daun ketumbar dan bwg. goreng sejurus sebelum menghidang.

Nota: Untuk menjimatkan masa, anda boleh masak sup ini dalam masa 25 minit dgn. menggunakan periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurang menjadi 1 liter atau 4 cawan sahaja.

 

Meatball

Guna daging hancur. Sesuai untuk kanak-kanak.

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 cawan daging hancur/kisar
  • 1/3 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
  • Garam secukupnya
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 3 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos tiram
  • 12 biji tomato ceri
  • 2 sudu besar minyak masak

 

Cara-cara

  1. Gaulkan daging dengan breadcrumbs dan garam. Buatlah bentuk bulat kecil-kecil.
  2.  Panaskan minyak. Masukkan daging tadi. Goreng sehingga daging keperangan atau masak.
  3. Kemudian masukkan sos dan buah tomato
  4. Kacau sehingga sos sebati. 2 minit kemudian bolehlah padamkan api.

 


Daging april asmara

Bahan-bahan

  • Daging
  • Kicap tiram, kicap manis, kicap masin
  • Minyak bijan
  • Butter, Madu
  • B.merah, B.putih didadu
  • Halia dihiris halus
  • Biskut marie (tp i ganti ngan nestum je)
  • Capsicum

Cara-cara

  1. Daging diperap dgn kicap tiram, kicap manis dan masin.
  1. Masukkan sekali minyak bijan dengan bawang yg diadem dengan daging yg diperap utk mendapatkan aromanya. Kalau boleh perap selama 1 jam.
  2. Cairkan butter dlm kuali dan tumis bawang putih. Bila dah naik bau masukkan  daging yg diperap tadi dgn hirisan halia. Masak dan asingkan.
  3. Utk kuah, masukkan biskut yg dihancurkan dgn air ke dlm bekas daging yg digoreng tadi. Masukkan butter dan kacau. Asingkan.
  4. Selepas itu cairkan butter lagi, masukkan semula daging yg diasingkan tadi, goreng hingga kering dan masukkan capsicum. Kemudian boleh dihidangkan.

Daging Goreng Berlada Hitam

Bahan-bahan ( 2 1/2 Orang )

  • Daging 500 gram
  • 4 camca besar minyak masak
  • 40 gram perencah maggi
  • 1 labu bawang besar (dihiris)
  • 2 pokok daun bawang yang dihiris sederhana halus
  • 1 cawan air
  • 5 batang kacang panjang dipotong 3 cm

Cara-cara

  1. Daging dihiris nipis-nipis (hirisan filet)
  2. Rebus daging dengan secawan air
  1. Sesudah itu, keluarkan air rebusan dan simpan dulu air tersebut untuk diguna kembali.
  2. Masukkan minyak dan goreng daging tersebut selama 3 minit dengan api besar
  3. Masukkan 40 gram perencah Maggi serta bawang besar yang dicampur dengan air rebusan tadi.
  4. Goreng hingga daging masak. Sesudah itu, masukkan hirisan daun bawang dan kacang panjang.
  5. Goreng selama 1 minit. Itu saja!

Daging goreng nanas

Bahan-bahan ( 4~5 org )

  • 500g daging dihiris
  • 200g nanas (kalau guna nanas dlm tin anggaran 1/2 tin) dihiris
  • 1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris
  • 2 sd besar sos tomato
  • 2 sd besar sos tiram
  • 1 sd besar rempah kari daging
  • 1 sd kecil lada hitam (dikisar)
  • 1 kuntum bunga lawang dan 2 btg cengkih
  • bhn ditumbuk: 3ulas bwg putih dan 1 cm halia
  • minyak masak dan garam

Cara-cara

  1. Panaskan minyak utk menumis. Tumiskn bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk.
  3. Masukkan sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata.
  4. Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lbh kurang 3 minit. Sedia utk dihidang

Gyuudon

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 200g daging
  • 2 sudu kecil stock(dashi)
  • 1/2 bawang besar
  • 3 sudu kecil kicap jepun (shouyu)
  • 1 cawan air
  • Halia jeruk
  • 1 1/2 sedu kecil gula
  • 2 mangkuk nasi jepun
  • Shichimi seven-spice chili mix
  • 4-5 stalks trefoil

 

Cara-cara

  1. Hiris daging nipis-nipis. Bawang potong 6 bahagian
  2. Masukkan daging, dashi dan air ke dalam periuk. Masak daging sehingga empuk
  3. Kemudian masukkan kicap, bawang besar dan juga bawang. Biarkan air tinggal sedikit
  4. Bila daging dah siap. Letakkan daging di atas nasi dalam mangkuk. Kemudian letaklah halia jeruk, shichimi seven-spice chili mix dan juga stalks trefoil

Burger dengan keledek chips
 

Sos

  • 1/2 cawan sos tomato
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam( boleh dikurangkan kalau tak nak pedas)

Keledek chips

  • 1 biji ubi keledek
  • sedikit garam
  • grated parmesan cheese secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  •  Bahan hiasan lain 
  • tomato cherry
  • broccoli yg direbus

 

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk burger ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati. Bahagikan ke pada 5 bahagian. Buatlah bentuk burger.
  2. Letakkan sedikit minyak di atas kuali. Goreng burger sehingga masak. Seelok-eloknya gunalah kuali yang tak melekat.
  3. Campurkan semua bahan-bahan untuk sos. Kemudian masukkan ke dalam kuali yg diguna untuk goreng burger tadi. Masak sehingga pekat. Kemudian bolehlah dituangkan ke atas burger tadi.
  4. Untuk keledek chips pula. Bersih dan hiris keledek nipis-nipis. Goreng dalam minyak penuh sehingga ranggup. Sejatkan minyak. Kemudian taburkan garam dan parmesan cheese yang diparut.
  5. Akhir sekali letaklah burger dan sosnya di dalam pinggan. Hiaslah dengan keledek chips, tomato dan broccoli.

 

  Bahan-bahan ( 4~5 orang )

  Burger

  • 250g daging hancur/cincang
  • 150g taufu
  • 1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 biji bawang besar-cincang
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak

Meat roll

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 300g daging cincang
  • 1/2 cawan sayur campur
  • 50g cheese
  • 1/2 biji telur
  • 4 sudu besar breadcrum
  • sedikit garam, sedikit serbuk lada putih
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar kicap pekat

Cara-cara

  1. Masukkan daging, garam, serbuk lada putih, breadcrum dan telur ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati.
  1. Ambik sekeping aluminum foil. Ratakan daging tadi ke atas aluminum foil tersebut.
  2. Letakkan sayur campur dan cheese ke atas daging tadi.
  3. Kemudian gulung daging tadi bersama dengan aluminum foil.
  4. Bakar dalam oven pada suhu 200 degree selama 25-30 minit.
  5. Campurkan sos tomato dan kicap pekat. Kemudian sapukan pada permukaan daging tadi.
  6. Bakar lagi selama 5 minit
  7. Setelah masak, potonglah kepada beberapa bahagian. Siap untuk dihidang.

Nasi kari berdaging

Bahan-bahan ( 4~5 org )

  • 1 kg beras dan air ikut sukatan beras
  • 200g daging (dihiris nipis)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma
  • air dan garam
  • bhn hiris: 1 biji tomato, 1 cm halia, 5 bj bwg merah, 3 ulas bwg putih dan 1 biji bwg besar

Cara-cara

  1. Tumis bahan yg dihiris. Kemudian masukkan rempah(kedua2 jenis) yg telah dibancuh dgn air. Kacau lagi sampai naik bau.
  2. Masukkan daging dan masak sampai empuk.
  3. Masukkan bhn tumis ke dalam periuk nasi yg telah disukat airnya.Masak nasi macam biasa.
  4. tips: sedap juga kalau dimakan dgn telur rebus yg digoreng. Nak sedap lagi, perap sekejap telur rebus dgn sedikit bahan hiris sebelum digoreng

Potato Croquette

Bahan-bahan ( 8 ketul )

  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Rebus ubi kentang sehingga masak
  2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
  3. Potong dadu bawang besar.

   

  1. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
  3. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
  4. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  5. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
  6. Goreng dalam minyak penuh


| Ayam | Lembu | Kambing | Lain-Lain |