Nasi Briani Daging
Bahan-bahannya:
1 kg daging kambing/lembu
80 gm rempah briani

1 inci halia
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
3 btg lada hijau
2 btg lada merah
(Kisar semua bahan di atas)

2 biji tomato (hiris)
sedikit daun pudina
sedikit daun ketumbar
50 gm badam & gajus (rendam & kisar)
Gaul daging dgn bahan kisar, rempah & semua bahan di atas ini. Perap sebentar.

biji bawang besar (dihiris)
1 cawan bawang goreng
3 sudu makan tomato puri
200 gm minyak sapi QBB + 4-5 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Cara Memasak Lauk Daging
Panaskankan campuran minyak/minyak sapi.
Tumis biji bawang yang telah dihiris bersama sedikit cengkih, pelaga dan kayu manis.
Masukkan daging yang telah diperap tadi. Kacau rata-rata dan biarkan hingga mendidih.
Apabila daging masak (empuk), masukkan tomato puri dan garam secukup rasa.
Bila daging sudah empuk masukkan bawang goreng dan kacau sebentar, kecilkan api hingga terbit minyak sebelum diangkat.

Bahan-Bahan Utk Nasi
1 kg beras basmathi (rendam 15 minit dan toskan)
air - sama sukatan dgn beras
2 kayu manis, 3 biji cengkih, 3 biji pelaga

1 biji bawang besar }
3 ulas bawang putih }
inci halia } Kisar semua bahan

15 biji badam & gajus (kisar)
4 sudu makan minyak sapi
garam secukup rasa
sedikit daun ketumbar
tin susu cair
botol air mawar
sedikit koma-koma (optional) atau pewarna kuning campurkan pada air mawar

Cara 1
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan kisar bersama cengkih, pelaga & kayu manis dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan badam/gajus kisar, kacau lagi. Masukkan air, susu cair, daun ketumbar dan bubuh garam secukup rasa. Tutup periuk dan biarkan mendidih.*

Kemudian masukkan beras dan kacau rata sebentar saja. Tutup semula periuk dan biarkan hingga nasinya hampir masak (airnya kering). Kacau rata-rata dan bubuh air mawar/pewarna. Tutup periuk dgn sehelai kain putih yg telah dilembabkan dgn air. Kemudian tutupkan dgn tudung periuk tadi dan tindihkan dgn bahan berat seperti lesung tumbuk. Kecilkan api. Bila kelihatan wap keluar dari periuk tadi, tandanya nasi sudah masak. Kacau nasi lagi dan bahagikan kepada 3 bahagian.

Cara Melapis Nasi
Gunakan periuk lain yg lebih besar. Masukkan satu bahagian nasi briani tadi dan ratakan dlm periuk. Kemudian bubuh sedikit daging ke atasnya dgn sedikit rempah (masala) nya. Tuangkan satu lagi bahagian nasi, ratakan dan bubuh lagi daging. Akhir sekali, bubuh bahagian nasi yg ketiga lalu ratakan. Tutup periuk dan biarkan sebentar. Setelah itu bolehlah dihidangkan.

Cara 2
Setelah campuran air mendidih *, tuangkan ke dalam periuk nasi elekrtik (rice cooker). Kemudian masukkan beras dan kacau sedikit. Biarkan hingga nasi tanak lalu dikacau dan bubuh air mawar/pewarna. Kemudian, tutup semula tudung periuk rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak. Kalau ingin melapis dagingnya, caranya sama seperti di atas