CARA-CARA MASAK MANSAF ORIGINAL DARI RUMAH

Tora datang lagi dengan Tutorial membuat Mansaf. Dibawakan khas untuk anda oleh Ummu Thamer. Belle, Mai & Ainul hanya sebagai pengacara program ja. Tengok then potong sket2 and other gheja2 takdak gheja, pastu Ummu Thamer (isteri Ammu Yassin) yang masak.
 
Anyway, sorry lah kami takleh nak ajak org lain sebab Ammu Yassin ajak Mai & Ainul, then dia suruh ajak Belle jugak. Maka kami tak sampai hati nak ajak ramai lagi takut dia memang tak boleh nak terima tetamu lain takut ramai.

Have no fear, friends, kami bawak kamera serta pen & kertas untuk mencatitkan bagaimana untuk anda, ya, anda, memasak mansaf anda sendiri.

Masakan kali ini servicenya untuk satu setengah talam besaq version Arab. Boleh dimakan oleh  mungkin 10 orang kot. (3 tetamu campur 7 ahli rumah Arab ). 

Sebelum apa-apa, kami just nak terangkan yang everything goes by time sequence. 

Maksudnya Ummu Thamer nie buat nasik & sup & ayam dia macam overlapping. Bukan first wat nasik, then wat sup etc. Maka kami pun akan terangkan camtu kot sebab nak bagi senang sikit bagi kita nak manage time untuk buat. Sebab memang satu dish takkan siap dengan sendirinya. Dia memang akan overlap.

Okay.
Start your cooking by rendam beras yang  nak guna buat nasik tu. Kali ni, beras 6 cawan dibasuh 2-3 kali then direndam dengan air panas selama 25minit sampai dia kembang. 
 
 
 
While doing that, kita start wat sup dia plak. Kupas sebijik bawang besaq, then hiris nipis. Tumis bawang nie dalam satu periuk yg diletakkan 3 sudu minyak masak. Then bubuh ayam and kacau.
 
Dah agak-agak a few minutes kacau (jangan bagi dia hangit kat dalam tu!), bubuhsetengah sudu besaq rempah mansaf (baharat mansaf) and kacau lagi.
 
 

Add 2 liters of water. And let it simmer. Under medium heat.
 
 
Bubuh 2 kiub pati ayam (maji katanya, maggi kot), dan garam 1 sudu kecik, dan 2 bijik buah pelaga yg kita pop open. Oh ya, dan jugak serbuk kunyit bubuh suku (1/4) camca teh. Untuk mewarnakan. Dan jugak katanya untuk bagi bau ayam tu hilang.
 
Tutup periuk tu, biaq ayam tu masak dalam sup tu, then kita beralih kepada laban dia.
 
laban
Hari nie kitorang pakai sekilo setengah laban, which is this small bucket. Masukkan laban ni dalam blender, with tepung jagung (nasya2, نشاء katanya). So nisbah laban & tepung jagung nie, ialah sekilo laban dengan satu sudu besaq tepung jagung. So, utk hari nie, kita guna satu stgh sudu tepung jagung.

Blendkan..
 

 
Masukkan laban nie semua dalam periuk baru.
 
jameed
 
 

Kali ni, kita pakai liquid jameed. This one which she got from Saudi, & she put one cup plak kali ni. Liquid jameed is better than the dried powdered jameed.
 
Katanya, kalau macam kita org melayu nak wat kat msia, bawak balik la kiub2 jameed nie buat stok. Untuk this recipe, dia akan pakai satu kiub jameed ni, rendam dalam aiyaq (air) panas semalaman, then blend dia dlm laban & tapis. (ini in case pakai kiub2 jameed segi tiga tu)
 
Lepas campoq jameed dengan laban nie, kita heat up campuran nie dalam api sederhana, tapi kacau continuously sbb xnak ada lumps.
 
Bila dah mendidih ja laban ni, kita amik sup ayam yang tadi tengah dok reneh tue, amik dalam 4-5 cawan, tapis, n masuk terus dalam laban nie.
 

Didih dia (campuran laban, jameed dan air renehan ayam)  sampai menggelegak then slow api bagi dia simmer slow2. Ni kiranya dah partially finished.
 
Macam gambaq yg sebelum nie, kita panaskan minyak dalam kuali & straight awaygoreng ja ayam tue (tanpa apapa tambahan perisa or rempah).
 
 
Okay, bila dah goreng dah ayam tue, terus masukkan ayam tue ke dalam sup (campuran laban dan jameed tadi) tu. Bagi rasa lagi sup tu. Pergh. Still, let it simmer.

We'll do the garnishes now. Hiris halus-halus parsley (bakdonis katanya), dan goreng kacang (fustuq nayii katanya, فستوق ناى) .
 
 
 
Okay now kita nak masak nasik dia pulak. 

Dalam periuk baru, masukkan sesenduk minyak masak, preferably minyak goreng kacang yg kita pakai tadi tu sbb bau dia sedap, tapi kalo xcukup xpa ja lah.
Then kita tapis beras yang kita rendam tadi (should kembang dah by now), thenmasukkan aiyaq (air) secukupnya. Tadi sebab kita pakai 6 cawan beras, Ummu Thamer pakai 7.5 cawan aiyaq (air) la - ikut sukatan beras. Then tambah setengah sudu teh serbuk kunyit dan 3-4 sudu teh garam (mengikut rasa) dan masak nasikatas gas. Macam biasa.
 
 
 
 
 
 
 
By the time nasik dah masak, you're ready to serve!
Mempersembahkan !
Mansaf Masakan Ibu Arab~
 
 
Bon appetit!

Testimoni : Hah, ni baru betul macam mama (tuan rumah kami) masak...! Restaurant pun kalah~ Yum3..~
Selamat testing~