Nasi Mansaf (makanan tradisi Jordan)
Bahan-bahan:-
A
Bawang besar
Buah pelaga
Daun salam/Bay leave
Garam
Minyak sapi/Ghee
Ayam/Kambing/Lembu

B
Yoghurt Asli(kalau diJordan ada khas)
Kunyit serbuk
Rebuskan ayam/kambing/lembu bersama dengan bahan A hingga daging masak. Garam tidak perlu banyak. Keluarkan daging dan masukkan air rebusan kedalam beras yang telah digaul dengan serbuk kunyit untuk menghasilkan warna kuning yang tidak melampau untuk masak nasi. Sisakan sedikit air rebusan tadi untuk susu/kuah. 

Yoghurt diblend supaya tidak berketul-ketul. Masukkan kedalam periuk bersama air rebusan. Sedikit serbuk kunyit sebagai penaik warna. Kemudian masukkan daging tadi kedalam susu/kuah itu,kecilkan api dan siap untuk dihidang.

Cara menghidang ala arab
Didalam dulang besar,letakkan roti arab yang telah dicarik kepada kepingan kecil. Tuangkan sedikit susu keatasnya dan senduk nasi kedalamnya. Susunlah ayam diatas nasi. 

Nasi dimakan bersama susu/kuah mengikut selera. Boleh ditabur kacang,juga daun parsley cincang.

Sup dal/Lentil soup/Syorbah 'adas

Bahan-bahan

Kacang dal
Pati ayam
Bawang besar

Rebus kacang dal sehingga lembut,masukkan bawang yang didadu,sedikit pati ayam/knorr,perasakan dengan garam. Senang gilee..