Resepi
Daging Kambing
 

| Ayam | Lembu | Kambing | Lain-Lain |
Nota:Resepi-resepi yang dikumpul adalah dari sumber  pelbagai laman web . Terima kasih diucapkan kepada setiap pihak yang berkaitan


Sup Tulang Kambing
tulip77@myresipi.com
Bahan-bahan ( 6 org )

1 kg tulang kambing ( bhgn rusuk )
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2" halia
2cm lengkuas
2 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 bj buah pelaga
1 mangkuk air panas
3 mangkuk air
1 sk serbuk lada sulah
2 sb garam & 1/2 sk ajinomoto
3 sb minyak
daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

Dalam mangkuk kaca, satukan kulit kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih & bunga lawang
Masukkan air panas yang baru saja dimasak, tutup mangkuk rapat. Biar sehingga air menjadi suam. Selepas itu toskan bahan2 rempah & simpan air rendaman.
Tumbuk lumat bawang putih & bawang merah. Halia & lengkuas diketuk separuh lumat.
Panaskan minyak dalam periuk (lagi mudah kalau guna pressure cooker) tumis bawang hingga naik bau.

 

Kemudian masukkan bahan2 rempah yang telah direndam tadi. Gaul sekata.
Masuk pula halia & lengkuas. Biar selama 2minit. Masukkan tulang2 kambing, kacau biar bergaul dgn rempah,kecilkan api biar selama 10minit.
Masuk air & air rendaman rempah. Kacau sekata. Tutup periuk & dengan api perlahan reneh sehingga tulang empuk,biasanya dalam 1 1/2 jam.
Bila dah empuk, masuk lada sulah, garam dan ajinomoto. Adjust mengikut selera anda. Padamkan api, masukkan bawang goreng, daun sup & daun bawang. Tutup periuk rapat selama 20 minit. Siap utk dihidang.


BERYANI KAMBING SPECIAL

Bahan-bahan:

1 kg daging kambing
1 biji tomato } dicincang
2 sudu besar bawang goreng } diramas
4 sudu besar rempah biryani
1/2 cawan tairu
1/2 cawan susu cair
1/2 biji jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun pudina
1/4 tin tomato puree
2 cawan air
1 sudu besar minyak sapi
minyak masak  secukupnya
garam secukup rasa

   

 

Bahan tumis:
4 labu bawang besar  } dihiris
4 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang

Bahan kisar:
6 ulas bawang putih
4 cm halia
2 tangkai cili merah  
3 tangkai cili  hijau   
1 sudu besar badam  
1 sudu besar gajus

 

Cara membuat:
Panaskan minyak masak + minyak sapi, masukkan bahan tumis .  
Goreng hingga wangi dan bawang kekuningan
Masukkan bahan-bahan yang dikisar, tomato puree, rempah beryani, bawang goreng dan daging.  
Masukkan daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan air.
Kacau rata.  Masak hingga daging 3/4 masak.
Kemudian masukkan tairu dan susu cair dan garam.  Kacau rata.
Akhir sekali masukkan perahan air limau nipis dan didihkan sebentar


    MYSORE KAMBING

     Bahan bahan

  • 1/2 kg. daging kambing (tanpa tulang)

  • 2 labu bawang besar - dihiris

  • 1 labu bawang besar (Di tumbuk halus)

  • 2 ulas bawang putih  (Di tumbuk halus)

  • 1 sudu teh serbuk kaskas

  • 1 sudu teh serbuk kunyit

  • 2 biji cili hijau

  • 2 biji tomato

 

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 4 biji buah pelaga

  • 6 sm. kulit kayu manis

  • 1/2 sudu teh serbuk jeera

  • 2 sudu besar serbuk kari daging

  • 2 biji limau nipis - ambil airnya

  • Minyak dan garam secukupnya

 

Cara-cara

  1. Daging direbus hingga empuk. Panaskan 4 sudu besar minyak masak dalam kuali dan tumiskan bawang besar bersama bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan kesemua perkakas rempah dan serbuk kari, kemudian baru bubuh daging dan teruskan memasak.

  2. Bubuh garam dan sedikit air apabila kuahnya menjadi bekat baru masukkan tomato, cili hijau dan akhir sekali bubuh air limau nipis.


   Rusuk Kambing Panggang

Bahan bahan

  • 250 gm rusuk kambing muda
  • 1 batang karot
  • 3 kuntum bunga kobis
  • 3 kuntum brokoli
  • 3 keping kacang sepat
  • 1 batang zuchini
  • 2 helai bunga daun bawang
  • 2 biji kentang
  • sedikit mentega untuk menumis
  • 2 sudu serbuk roti
  • 1/2 sudu teh rempah Rosemary
  • 1/2 sudu teh rempah Oregano
  • 1/2 sudu teh rempah Thyme
  • 1/2 sudu teh tempah Marjoram
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh paprika

Cara-cara

  1. Taburkan garam, lada sulah dan paprika pada tulang rusuk yang telah dibersihkan. Panggangkan tulang rusuk ini hingga masak.

  2. Campurkan serbuk roti dengan rempah Rosemary, Oregano, Thyme, Marjoram, garam dan lada sulah. Kemudian taburkan campuran rempah ini ke atas tulang rusuk hingga rata.

  3. Sayur-sayuran segar di potong ikut citarasa dan ditoskan. Cairkan mentega dan tumiskan sayur-sayuran sehingga separuh masak. Susunkan di dalam pinggan bersama tulang rusuk tadi.


SUP KAMBING

 
Bahan Bahan

  • 1 kg daging kambing bertulang (dipotong kecil)

  • 1 camB jus halia

  • 1/2 camt serbuk kunyit

  • sedikit garam

  • 2 camB minyak

  • 5 ulas bawang merah(dicincang)

  • 3-4 liter air

  • 1 bungkus rempah sup bunjut

  • 2 camB kicap cair

  • 2 camB kicap manis

  • garam secukupnya

  • 1/2 camt gula

  • 4 camB serbuk gajus + 1 camt tepung beras + 120ml air (semuanya dicampur)

  • 3 tangakai daun bawang (dicincang halus)

  • 8 ulas bawang merah - dihiris nipis dan digoreng garing

  • 3 ulas bawang putih - dihiris nipis dan digoreng garing

Bahan Rempah
  • 2 camB serbuk ketumbar
  • 1/2 camB serbuk jintan manis
  • 1/2 camB serbuk jintan putih
Cara:
  1. Perap daging kambung dengan jus halia, serbuk kunyit dan garam selama 30 minit
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah selama 1/2 minit. Kemudian bubuh bahan rempah dan daging kambing. Kacau selama 5 minit.
  3. Masukkan air, rempah sup bunjut, kicap cair, dan kicap manis, garam dan gula. Biarkan higga menggelegak. Kemudia renehkan hingga empuk.
  4. Bubuh pula serbuk gajus dan campuran tepung beras. Renehkan sambil dikacau selama 5 minit.
  5. Sajikan di dalam mangkuk kecil dengan taburan daun bawang dan bawang goreng.

    TIPS: Untuk mengurangkan lemak di dalam sup, biarkan semalaman atau simpan sebentar di dalam peti sejuk (apabila sup sudah sejuk). Kemudian buangkan lemak yang timbuL di permukaannya.

KOFTA DAGING KAMBING IZMIR
(Izmir Koftesi)
Bahan-bahan
  • 4 keping roti putih - direndam sebentar dengan sedikit air panas dan diramas halus

  • 1 kg daging kambing cincang

  • 1 biji bawang besar - dicincang halus

  • 4 ulas bawang putih - dicincang halus

  • 2 sudu kecil paparika

  • 1 sudu kecil herba dil

  • cawan daun parsli dicincang halus

  • Garam, serbuk lada hitam secukup rasa

  • 1 tin kecil tomato dalam tin - diramas halus

  • 2 camca besar tomato puri

  • 2 ulas bawang putih

  • 1 kiub daging - dibuat stok

  • 3 biji lada hijau dibelah 2

  • 1 cawan air sejuk

  • 2 biji telur

  • Segenggam daun ketumbar

  • Minyak sawit untuk menggoreng

Cara-caranya:
  1. Gaul daging, bawang putih, bawang besar, paparika, herba dil, parsli, garam, lada hitam, roti dan telur hingga sebati.

  2. Bentukkan lonjong, lalu digoreng sampai kuning. Asingkan sebentar.

  3. Masukkan bawang putih, buah tomato dalam tin, tomato puri dan air serta stok daging. Masakkan sampai pekat sebelum dimasukkan bebola daging tadi semula. Goreng sampai ianya pekat.

  4. Masukkan cili hijau dan hiaskan dengan daun ketumbar sebelum disajikan

 

 


Varval Kambing


Bahan bahan

  • 1/2 kg. daging kambing - tanpa tulang

  • 2 labu bawang besar

  • 2 biji cili hijau

  • Sedikit daun kari

  • 3 ulas bawang putih

  • 1 labu bawang besar

  • 3 sm. halia

  • Ditumbuk halus

  • Sedikit cili kering

  • 2 sudu besar serbuk cili

  • 1 sudu besar tomato sos

  • 2 sudu teh serbuk kunyit

  • 1 sudu teh biji sawi

  • 1 sudu teh serbuk jeera

  • Garam secukup rasa






Cara membuatnya

  1. Daging kambing dilumur garam kunyit laluperapkan selama 20 minit.

  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging setengah masak, angkat.

  3. Tambahkan minyak lagi dan tumiskan biji sawi, serbuk jeera, bawang besar, daun kari, cili hijau, bahan-bahan yang ditumbuk tadi, cili kering serta serbuk cili.

  4. Masukkan pula daging, tomato sos dan terus masak di atas api perlahan hingga daging jadi kering dan warnanya gelap.


Rusuk Kambing Panggang

Bahan-bahan :

  • 250 gm rusuk kambing muda

  • 1 batang karot

  • 3 kuntum bunga kobis

  • 3 kuntum brokoli

  • 3 keping kacang sepat

  • 1 batang zuchini

  • 2 helai bunga daun bawang

  • 2 biji kentang

  • sedikit mentega untuk menumis

  • 2 sudu serbuk roti

  • 1/2 sudu teh rempah Rosemary

  • 1/2 sudu teh rempah Oregano

  • 1/2 sudu teh rempah Thyme

  • 1/2 sudu teh tempah Marjoram

  • 1/2 sudu teh lada sulah

  • 1/2 sudu teh garam

  • 1/2 sudu teh paprika

Cara memasak

  1. Taburkan garam, lada sulah dan paprika pada tulang rusuk yang telah dibersihkan. Panggangkan tulang rusuk ini hingga masak.

  2.  Campurkan serbuk roti dengan rempah Rosemary, Oregano, Thyme, Marjoram, garam dan lada sulah. Kemudian taburkan campuran rempah ini ke atas tulang rusuk hingga rata.

  3. Sayur-sayuran segar di potong ikut citarasa dan ditoskan. Cairkan mentega dan tumiskan sayur-sayuran sehingga separuh masak. Susunkan di dalam pinggan bersama tulang rusuk tadi.


Black pepper steak

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 keping daging kambing
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • serbuk lada hitam
  • 3 s/b sos cili
  • 2 s/b sos tomato
  • sedikit kicap
  • 1 biji kentang sederhana besar
  • 1 s/k mentega/marjerin
  • 5 s/b susu segar

Cara-cara

  1. Peram daging dengan bawang putih dan serbuk lada hitam. paling kurang 30 min.
  1. Masukkan dlm kuali dan tutup. masak hingga daging lembut.
  2. Ketepikan daging yang dah siap. lapkan kesan minyak dalam kuali.
  3. [untuk sos] masukkan sos cili, sos tomato, sedikit kicap dan serbuk lada hitam dalam kuali tadi. kacau sedikit dan tutup api. (kalau nak cair tambah air pun boleh)
  4.  [untuk mashed potato] kentang yang dah direbus lembut, dilenyekkan. masak dalam periuk bersama mentega dan susu. (nak lembik lagi tambah susu pun takpe.)
  5. Tuang sos atas daging dan letakkan mashed potato yang telah siap. sedap dimakan bersama dengan sayur rebus.

 



| Ayam | Lembu | Kambing | Lain-Lain |