All posts by Ayob Hussin

Bunga Balong Ayam

BUNGA BALUNG AYAM (Celosia argentea) merupakan sejenis tumbuhan dalam kategori pokok hiasan atau juga dikelaskan sebagai tumbuhan ornamental yang semakin diminati ramai terutama mereka yang terlibat dalam ternakan kelulut. Bunga yang dipercayai berasal dan natif dari Brazil ini mempunyai bentuk bunga yang cantik dengan bunganya menyerupai ‘Balung Ayam Jantan’ dari segi struktur dan warnanya. Terdapat banyak spesis dan varieti pokok bunga balung yang boleh dibezakan melalui saiz pokok dan warna bunga serta bentuknya. Bunga balung ayam yang kini ada ditanam di Malaysia kebanyakannya ditanam dalam kawasan taman-taman bunga di Majlis Perbandaran dan juga ditanam dikawasan keliling rumah mereka yang berminat untuk mencantikkan lagi halaman rumahnya. Bunga ini memang tergolong di dalam keluarga Amaranthaceae dimana ianya dipercayai jenis atau spesis yang banyak ditanam dikawasan Asia. Ada dakwaan mengatakan bunga ini adalah berasal dari England yang dibawa masuk oleh penjajah pada zaman kolonial lagi. Penulis amat suka melihat pokok bunga balung ayam yang ditanam didalam pasu atau diatas tanah dengan bunga mekar disekeliling rumah dimana ia mencantikkan lagi permandangan ketika tinggal dikampong dahulu. Dalam kita hendak mengenali akan bunga unik ini lebih baik penulis kongsi maklumat mengenai bunga ini. Perkataan ‘Celosia’ dipercayai berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘kelos’ dimana ia memberi makna sebagai ‘terbakar’ atau dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Burned’. Kaitannya dengan bunga ini dimana ia mungkin disebabkan warna bunganya itu akan kelihatan seperti api marak yang sedang terbakar. Rujukkan mendapati didalam bahasa Inggeris ia juga dipanggil sebagai ‘cockscombs’ atau ‘woolflowers’ yang memberi makna sama dan tersendiri. Artikel tengahari Ahad ini saya menulis dalam “Anim Agro Teknology” info mengenai bunga balung ayam sekadar menambah ilmu pengetahuan penulis dan rujukkan pembaca semua.

Daripada rekod menunjukkan spesis bunga balung ayam ada lebih kurang 60 jenis semuanya tetapi ada 3 jenis sebagai popular iaitu jenis Warna Merah (Celosia argentea), Jenis Warna Kuning (Celosia cristata) dan Jenis Warna Ungu-Putih(Celosia spicata). Kesemua jenis ini ada ditanam di Malaysia kecuali spesis bunga kuning iaitu Celosia cristata yang sebenarnya ia banyak ditanam di negara China. Penulis yang beberapa kali melawat China mendapati bunga ini dijadikan pokok hiasan yang popular terutama dalam musim bunga. Dari segi pokok, tumbuhan bunga balung ini mampu tumbuh menegak sehingga capai berketinggian sehingga 1.2 meter dari paras tanah. Lazimnya pokok bunga balung ayam berbatang licin dan membentuk beberapa cabang daripada peringkat awal pertumbuhannya. Daunnya yang berbentuk bujur dan tersusun bertentangan (opposite) yang terbit daripada batangnya mempunyai warna hijau dengan sedikit licin dan rata. Daunya yang lembut dan berkelok memudahkan ia dikenali walau pun belum lagi berbunga. Biji benih bunga ini terletak di bahagian bawah atau pangkal bunga dan ia berwarna coklat atau hitam. Biji yang matang mudah dijadikan biji benih untuk ditanam dikawasan baru. Tumbuhan ini juga mudah dijaga dan kurang diserang penyakit atau perosak.

Walau pun penulis dapati bunga balung ayam ini tidak wangi tetapi ia menghasilkan debunga dan nektar yang disukai oleh serangga terutama kelulut (Trigona spp). Bunganya boleh didapati dalam pelbagai warna yang cerah-cerah seperti merah, kuning, merah jambu dan warna emas. Pada saya warna merah terang adalah warna yang paling menarik dimana ia mudah dilihat dan kombinasi cantik dengan daunnya yang berwarna hijau (Sila lihat foto disebelah). Pokok balung ayam yang ditanam dan dijaga dengan baik boleh berbunga selama 8 hingga 10 minggu. Ini menjadikan ia amat cantik jika ditanam berkelompok dengan waktu menanam berperingkat-peringkat. Bunga Balung Ayam mudah dibiakkan melalui biji benih yang disemai di kawasan teduh dan dipindahkan setelah tumbuh menjadi anak pokok. Tanam pokok bunga ini dengan jarak 8-12 inci antara satu sama lain di atas tanah yang tidak bertakung air dan mendapat cahaya matahari yang banyak. Tanah yang sesuai baginya ialah tanah yang terdiri daripada campuran lumpur, tanah liat, sedikit pasir dan kaya dengan baja dan bahan organik seperti tahi ayam. Walaupun pokok bunga ini tahan panas namun jika terdedah lama kepada cahaya matahari yang terik boleh menyebabkan bunganya menjadi layu. Sebaiknya jangan basahkan bunganya untuk mengelak dari dijangkiti kulat (fungi) sebagai petua. Bubuh baja kepada tanahnya kira-kira 3 atau 4 minggu sekali. Sekiranya dijaga dengan baik penulis dapati pokok ini boleh tumbuh sehingga 4 kaki tingginya. Pokok bunga ini tidak berapa digemari atau dirosakkan serangga perosak. Walau bagaimanapun dinasihatkan jika diserang juga boleh gunakan semburan racun serangga.

Selain ditanam sebagai pokok hiasan apa yang penulis suka mengenai pokok ini adalah ia amat disukai oleh KELULUT.Dalam banyak projek kelulut yang saya lawati, pokok bunga balung ayam adalah diantara tumbuhan yang disyorkan ditanam dikawasan penternakkan kelulut. Kelulut akan berkunjung pada bunga ini daripada pagi sehingga petang (Sila lihat foto saya ambil disebelah). Ia menghasilkan nektar yang disedut kelulut dan akhirnya dijadikan madu kelulut. Madu kelulut yang berkualiti dijual dengan harga diantara RM180.00 – RM200.00 satu kilogram. Dalam membuat beberapa rujukkan penulis juga mendapati tumbuhan ini mempunyai khasiat lain dalam perubatan tradisional. Didakwa bahagian ranting atau dahan pokok balung ayam yang ditumbuk lumat boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak dan luka dengan kaedah iaitu menampalnya pada tempat berkenaan. Air rebusan ranting dan bunga yang dikeringkan boleh diminum sebagai rawatan batuk berdarah, keputihan, batuk dan buasir. Untuk merawat jangkitan saluran kencing, disenteri, batuk dan darah haid yang berlebihan, seluruhya bahagian pokok direbus dan diminum airnya. Ada juga yang mengatakan pokok balung ayam dapat melawaskan pembuangan air besar dan air kecil. Ia juga dikatakan baik untuk tenaga batin tetapi tiada sebarang kajian dibuat mengenainya. Di Indonesia dan India dilaporkan daun pokok balung ayam ini dimakan sebagai sejenis sayur-sayuran dimana dikatakan rasanya seakan-akan rasa sayur bayam. Hebatnya pokok balung ayam digunakan sebagai penawar jangkitan cacing (terutama sekali cacing pita), sakit mulut dan sakit mata. Bijinya boleh mengubat sakit dada manakala bunganya adalah penawar cirit-birit. Daunnya pula boleh digunakan untuk merawat kudis dan bisul. Penulis berharap pembaca blog Anim Agro Technology kali ini berpuashati dengan artikel ‘bunga balung ayam – kenali dia’. Wasallam!.

feedwin Feed

Hadiah Resepi

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 8 other subscribers






Membuat Bokashi Azolla

Membuat Bokashi Azolla

Cara2 buat bokashi Azolla.
Bokashi Azolla yang sudah siap
1 kg Azolla segar.
1 kg dedak biasa (boleh juga campurkan jagung halus, hampas saya dsb)
50ml EM dan 50ml Molasses
CARA-CARANYA
Gaulkan azolla dan dedak
Bancuh EM dan mollases dengan 1/2 liter air tanpa klorin. Gaul hingga rata.
Masukan dalam bekas kedap udara dan simpan selama seminggu sebelum digunakan.
Selamat mencuba.
http://azollamalaysia.blogspot.my/

Rumput Azola

Azolla adalah sejenis tumbuhan air terapung dan tergolong dalam keluarga Azollaceae. Azolla menjadi hos pada alga simbiotik biru hijau, Anabaena azollae, yang bertanggungjawab untuk penetapan dan asimilasi nitrogen (nitrogen fixing) dari udara. Azolla, seterusnya, menyediakan sumber karbon dan persekitaran yang baik untuk pertumbuhan dan perkembangan alga. Ia adalah hubungan simbiotik unik yang membuatkan Azolla sebagai tumbuhan yang berguna dengan kandungan protein yang tinggi.

Azolla sangat mudah untuk membiak dan sesuai digunakan sebagai makanan ternakan seperti ikan, ayam, itik, kambing, lembu dan sebagainya.  Ia juga boleh digunakan sebagai baja organik untuk pertanian.  Ia popular dan ditanam secara meluas di negara-negara lain seperti India, China, Indonesia, Vietnam, dan Filipina, tetapi masih belum digunakan secara meluas ni Malaysia.

Kandungan nutrien dan kesannya ke atas pertumbuhan

Azolla adalah sangat kaya dengan protein, asid amino, vitamin (vitamin A, vitamin B12 dan Beta Carotene) dan mineral seperti kalsium, fosforus, kalium, besi, copper, magnesium dan lain-lain
Pada berat kering, ia mengandungi 25 – 35 peratus protein, 10 – 15 peratus mineral dan 7 – 10 peratus asid amino, bahan-bahan bio-aktif dan bio-polimer. Kandungan Karbohidrat dan lemak Azolla adalah sangat rendah. Komposisi nutrien menjadikannya makanan yang sangat sesuai untuk ternakan (lihat Jadual 1). Ternakan mudah mencerna Azolla kerana protein yang tinggi dan kandungan lignin rendah.

 

http://azollamalaysia.blogspot.my/

rumput napier

 

RUMPUT NAPIER (Pennisctum purpureum) atau juga dalam bahasa lain dipanggil ‘Napier Grass’ atau ada yang panggil sebagai Rumput Gajah merupakan sejenis rumput yang mudah untuk ditanam untuk makanan ternakan. Kini tanaman rumput napier yang juga merupakan tumbuhan yang berperanan mempastikan bahawa sumber tanah dan air dikawasan tanaman mendapat tumbuhan dioptimakan penggunaanya disamping membantu mencegah hakisan tanah. Rumput Napier dari jenis tertentu yang dijaga baik mampu hidup subur menjadi bahan hijauan untuk diberikan kepada ternakan ruminan seperti lembu, kambing, kerbau dan sebagainnya. Rumput Napier jenis Pak Chong 2 dari Thailand kini juga ada yang panggil rumput gajah adalah merupakan alternatif yang sesuai untuk ditanam.

Terdapat beberapa jenis rumput napier yang sesuai ditanam dinegara kita untuk dijadikan sumber makanan ternakan. Walau pun sebelum ini usaha penanaman rumput napier komersil hanya diusahakan oleh penternak ruminan untuk memberikan bahan makanan ternakan mereka tetapi kini ada usaha oleh petani lain yang menanam rumput napier secara komersil untuk dijual kepada lebih ramai penternak. Rumput Napier menarik minat pekebun kecil kerana ada beberapa varieti rumput napier yang sesuai dikomersilkan berhasil tinggi dan diproses menjadi produk lain seperti silaj dan hay.

Tanaman rumput napier juga sesuai digunakan dalam usaha untuk memelihara kestabilan tanah dengan cara mencegah daripada hakisan tanah yang teruk. Ini disebabkan rumput jenis ini merupakan tumbuhan yang mampu tumbuh dengan cepat sehingga dalam waktu singkat ia mampu meliputi tanah dengan kadar rapat dan tebal (Sila lihat foto diatas). Selain itu tumbuhan rumput napier yang ditanam menjadikan bahagian atas daunnya mampu melindungi permukaan tanah dari percikan air hujan dan melambatkan pengaliran air di permukaan. Lazimnya pada bahagian bawah tumbuhan atau akarnya boleh menguatkan struktur tanah dan membantu melancarkan resapan air kedalam tanah. Secara umumnya penanaman rumput napier ini boleh dilakukan secara ‘monoculture’ataupun ‘interculture’ dengan tanaman lain untuk mendapatkan manfaat tanaman napier iaitu secara maksima. Pertumbuhannya yang relatif cepat dalam waktu yang pendek serta peranan daun-daun dan perakarannya terhadap hakisan (erosion) maka penanaman rumput napier dapat menjadi pilihan yang bijaksana dan menguntungkan.

Artikel kali ini dalam “Anim Agro Technology” saya menulis lagi mengenai penanaman rumput napier untuk tujuan bagi makanan ternakan khususnya ruminan seperti testimoni dlaporkan oleh beberapa akhbar tempatan.

http://animhosnan.blogspot.my/2017/08/rumput-napier-mudah-tanamnya.html

new offer

http://dealitnow.biz/?subscribe=success#blog_subscription-3

affiliate Catagories I save

Motors, Watches Sunglasses Jewellery, Toys & Game, Furniture & Décor, TV, Audio / Video, Gaming & Wearables Health & Beauty , Tools, DIY & Outdoor Sports & Outdoors Kitchen & Dining , Media, Music & Books Bags and Travel , Computers & Laptops Bedding & Bath Mobiles & Tablets Cameras Pet Supplies, Mother & Baby Stationery & Craft Home Appliances Fashion Laundry & Cleaning , Digital Goods, Groceries 

 

&affiliate_name=ayobhussin&affiliate_id=210296

Celosia argentea – Bunga Balong Ayam

[tracking-form ]